Friday, November 30, 2012

Video Ulasan Jamawi Jaafar [Exco Pemuda UMNO] #PAU2012 #UMB



Ulasan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berhubung Perhimpunan UMNO 2012

Video: Zahida Zarikh Khan [Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan] #PAU2012 #UMB



Ulasan dari Zahida Zarikh Khan, Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan.

Video : Pemuda Usaha Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Untuk Orang Muda #PAU2012 #UMB



Inisiatif terbaru Pemuda Umno bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dijalankan secara perintis di Pekan. Pemuda akan bekerjasama dengan JPJ, PDRM dan agensi-agensi lain untuk menawarkan kursus lesen motosikal pada harga RM199 yakni 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Pemuda meminta supaya kerajaan menaja sebahagian dari pemohon BL1M yang datang dari keluarga pendapatan rendah agar mereka dapat lesen dengan percuma. Pemuda juga dalam proses berunding supaya mereka yang sudah kena tindakan mahkamah mendapat keampunan jika melalui BL1M dan mereka terlepas dari kebimbangan dipenjarakan. Ini hadiah istimewa bagi golongan orang muda yang tersepit, khas dari Pemuda Umno.

Syed Hussein Alattas Ditahan di PWTC


Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

“Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah,” ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.



Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.-Agendadaily

Thursday, November 29, 2012

[FOTO] Pertemuan YB KJ Dengan Kelab UMNO Luar Negara #PAU2012 #UMB


Walaupun didalam kesibukan di Perhimpunan Agung UMNO 2012 namun Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkesempatan meluangkan masa mengadakan pertemuan bersama wakil Kelab Umno Luar Negara. Seterusnya klik disini...

KJ: BN Tawar Masa Depan Berasaskan Transformasi Yang Syumul Bukan Reformasi Jalanan Bersalut Janji #PAU2012 #UMB


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) menawarkan masa depan kepada rakyat berasaskan transformasi yang syumul, bukan reformasi jalanan bersalut janji, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata masa depan yang dicorak kerajaan BN untuk rakyat adalah berasaskan fakta dan penyelidikan dengan penyediaan peruntukan kewangan sewajarnya, sebelum ia membuat sebarang janji.

Kerajaan tidak akan meletakkan masa depan anak watan di meja perjudian kuasa seperti pakatan pembangkang, katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2012 di sini pada Rabu.

Khairy berkata janji populis pakatan pembangkang berasaskan semuanya diberi percuma termasuk pelupusan tol jalan raya, pelupusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), penurunan harga minyak dan harga kereta, boleh membankrapkan negara.

"Kos bagi janji mereka mencecah lebih 200 bilion ringgit dalam tahun pertama sahaja (jika mereka memerintah negara)," katanya dan menambah, soal negara boleh menjadi bankrap, tidak penting bagi pembangkang yang hanya bercita-cita mahu merampas tampuk kuasa.

Dalam ucapannya bertajuk 'Antara Dua Masa Depan', Khairy turut menyentuh beberapa masalah yang timbul di negeri di bawah pentabiran pakatan pembangkang iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Beliau memberi contoh antaranya isu kepincangan Universiti Selangor (Unisel), program Ladang Rakyat di Kelantan dan kes tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang, sementara di Kedah wujudnya kes pelaburan di luar negara tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Khairy juga menyelar budaya anarki dan revolusi termasuk demonstrasi jalanan yang dibawa pakatan pembangkang, selain meminta campur tangan asing dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sungguh terdesak mereka hingga tergamak minta kuasa asing menentukan destinasi politik kita," katanya sambil menambah, ini jelas menunjukkan mereka tidak yakin dengan kebijaksanaan rakyat dalam menentukan pilihan.

Mengenai agama Islam, parti pembangkang yang mendakwa memperjuang Islam pula berdiam diri apabila agama Islam dicerca oleh pemimpin DAP, katanya.

"Pakatan apa sebenarnya mereka ini? Nama saja pakatan namun jarang sekali bersepakat," katanya sambil merujuk kepada pertelingkahan berhubung calon perdana menteri sekiranya pembangkang memerintah negara.

Mengakui wujud kekhilafan dalam kepimpinan BN, namun Khairy menegaskan gabungan parti politik yang ditunjangi Umno sahajalah yang mampu meneroka kemerdekaan, mengisi kelompongan pentadbiran, menstruktur ekonomi rakyat, mengindustrikan sektor tani, dan meneroka perkembangan alam maya.

Sumber: Bernama