Monday, December 3, 2012

BN Yakin Menang Majoriti Dua Pertiga – Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

Perdana menteri, yang juga presiden UMNO berkata BN, gagasan yang memerintah dengan UMNO sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu.

“Inilah sasaran kami, untuk mencapai majoriti dua pertiga, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.

Najib menyuarakan keyakinan bahawa momentum dan semangat parti yang terhasil daripada perhimpunan itu akan dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum.

“Momentum adalah baik dan saya pasti, saya amat yakin bahawa mereka (perwakilan Umno) akan membawa pulang semangat perhimpunan ini…mood perhimpunan keseluruhannya amat bertenaga,” katanya dan menambah UMNO sedia untuk ‘berperang’.

Ditanya bagaimana UMNO akan menangani sabotaj dalam parti, Najib yakin anggota UMNO akan bertindak rasional dan tidak akan merosakkan parti jika mereka benar-benar sayangkan UMNO.

“Kalau dalam hati dia sayangkan UMNO dan dalam minda dia tahu bahawa sesuatu perbuatan seperti itu boleh merosakkan parti, merosakkan dia juga, saya percaya dia akan bertindak secara rasional,” katanya.

Dalam ucapan penggulungannya, Najib melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.

Lima kemungkinan ditawarkan beliau bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

Dalam ucapannya itu, beliau menyebut terdapat kes menteri dan timbalan menteri yang mengkhianati parti kerana gilakan kuasa setelah tidak lagi diberi jawatan.

Sunday, December 2, 2012

Saturday, December 1, 2012

Video: Penggulungan Naib Presiden - Dato' Seri Hishamuddin #PAU2012 #UMB @HishammuddinH2O @tunfaisal



Ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Ucapan Penuh Penggulungan Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin @Khairykj #PAU2012 #UMB @tunfaisal



Ucapan Penggulungan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC.

[Penggulungan] Janji Perjuangan Puteri UMNO Untuk Negara #PAU2012 #UMB @rosnah_ARS @tunfaisal



Ucapan Penggulungan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul
Rashid Shirleen. Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC.

Mahasiswa Tidak Termakan Umpan Pembangkang -Khairy #PAU2012 #UMB


Pembangkang cuba memancing mahasiswa dengan janji akan menghapuskan PTPTN dan memberi pengajian percuma di universiti, tetapi ternyata mahasiswa tidak termakan umpan itu apabila pilihan raya universiti menunjukkan sokong tetap kepada pro kerajaan, kata Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

Katanya lagi, kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno.

Khairy juga berkata "Orang muda tidak dapat dipisahkan media sosial... pada 2008 kita kalah kerana kurang popular di dalam Internet, tetapi kini keadaan telah berbeza... Presiden sendiri mempunyai 1.5 juta penyokong Facebook dan Twitter lebih 1 juta berbanding ketua pembangkang yang hanya mempunyak kira-kira 400,000 penyokong Facebook dan jumlah lebih rendah pengikut Twitter".

"Semua perubahan yang dilakukan hinggalah ke pilihan raya telah membimbangkan pembangkang. Pilihan raya kecil Manik Urai di Kelantan, calon muda walaupun kalah, kalah dengan tipis berjaya mengurangkan majoriti dan mutakhir kita mulai menang dan membukti golongan muda kembali kepada UMNO".

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin memperincikan program yang dianjurkan oleh pergerakan itu termasuk BN Youth Music, Job Fair, BN Youth Volunteer, Unit Media Baru dan Kelab Penyokong BN IPT.

"Sekiranya hendak pertahan Putrajaya pengundi muda harus ditawan dan Presiden menjadi contoh dalam mendekati golongan pemuda", tegas Khairy.

Akhir kata Ketua Pemuda beliau serahkan kepada Presiden tentukan siapa calon pada pilihan raya akan datang.