Saturday, December 1, 2012

Mahasiswa Tidak Termakan Umpan Pembangkang -Khairy #PAU2012 #UMB


Pembangkang cuba memancing mahasiswa dengan janji akan menghapuskan PTPTN dan memberi pengajian percuma di universiti, tetapi ternyata mahasiswa tidak termakan umpan itu apabila pilihan raya universiti menunjukkan sokong tetap kepada pro kerajaan, kata Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

Katanya lagi, kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno.

Khairy juga berkata "Orang muda tidak dapat dipisahkan media sosial... pada 2008 kita kalah kerana kurang popular di dalam Internet, tetapi kini keadaan telah berbeza... Presiden sendiri mempunyai 1.5 juta penyokong Facebook dan Twitter lebih 1 juta berbanding ketua pembangkang yang hanya mempunyak kira-kira 400,000 penyokong Facebook dan jumlah lebih rendah pengikut Twitter".

"Semua perubahan yang dilakukan hinggalah ke pilihan raya telah membimbangkan pembangkang. Pilihan raya kecil Manik Urai di Kelantan, calon muda walaupun kalah, kalah dengan tipis berjaya mengurangkan majoriti dan mutakhir kita mulai menang dan membukti golongan muda kembali kepada UMNO".

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin memperincikan program yang dianjurkan oleh pergerakan itu termasuk BN Youth Music, Job Fair, BN Youth Volunteer, Unit Media Baru dan Kelab Penyokong BN IPT.

"Sekiranya hendak pertahan Putrajaya pengundi muda harus ditawan dan Presiden menjadi contoh dalam mendekati golongan pemuda", tegas Khairy.

Akhir kata Ketua Pemuda beliau serahkan kepada Presiden tentukan siapa calon pada pilihan raya akan datang.

No comments: