Thursday, December 20, 2012

Pemuda Gerakkan Inisiatif Bantu 240,000 Muflis Dapatkan Pembelaan


Komitmen kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu diaplikasikan melalui gerak kerja yang dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Menjelaskan perkara itu, Exconya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya terpanggil untuk menggerakkan inisiatif dengan beri kerjasama untuk mencari penyelesaian berikutan rekod sedia ada menunjukkan lebih 240,000 orang muflis termasuk kakitangan kerajaan dan usahawan tidak mendapat pembelaan.

“Kita mahu mereka ini tampil untuk memberikan pandangan serta bekerjasama dengan kita. Hasil daripada maklumat itu, kita akan bawa kepada pengetahuan pihak berkuasa dan saya yakin, akta baru nanti akan memberikan lebih ruang kepada orang yang bankrap untuk mendapat peluang kedua.”

Katanya, hasil pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya baru-baru ini, terdapat banyak ruang boleh diambil.

“Difahamkan, hanya dua puluh peratus saja yang berjaya dikenalpasti sementara bakinya tidak diketahui. Kita bimbang jika tidak dicegah, ia akan mengancam masa depan serta produktiviti negara,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Muflis @ Bankrap.

Menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda UMNO bersama gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk pertimbangan selanjutnya.

“Terdapat ruang untuk mereka yang muflis kembali menjalani kehidupan seperti biasa terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak serta bebas dari belenggu bankrap.

Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Pemuda Umno, berkata, orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua bagi tujuan itu.

Menurutnya, satu forum berkaitan isu berkenaan akan diadakan penghujung Januari depan dengan menghimpunkan mereka yang muflis untuk berbincang mengenai masalah terbabit dengan penyertaan beberapa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menjawab segala perkara berbangkit.

“Kita juga melantik artis Fizo Omar sebagai duta kerana dia juga diisytihar muflis, jadi saya berharap orang ramai mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Karim Said Khadaied.

Sumber: www.pemuda.com.my

Bekas Ketua Keselamatan PAS, Kesal Pernah Kafirkan UMNO


Jertih: “Saya kesal dan rasa bersalah yang teramat sangat kepada masyarakat Islam, khususnya ahli UMNO di negeri ini kerana pernah menuduh mereka kafir,” kata bekas Ketua Keselamatan PAS Besut, Raja Omar Raja Ayob (gambar), 53.

Beliau yang berasal dari Kampung Air Terjun di sini dan pernah menjadi penceramah PAS satu ketika dulu, mengakui terpaksa mengkafirkan UMNO kerana menerima arahan supaya mematuhi amanat Datuk Seri Hadi Awang.
Katanya, pada era 1980-an ketika amanat itu dikeluarkan PAS, beliau menjelajah seluruh Terengganu menyampaikan ceramah kepada orang ramai mengikut apa yang terkandung dalam amanat berkenaan.

Raja Omar berkata, ketika itu beliau begitu yakin dan percaya dengan amanat berkenaan serta sanggup mengkafirkan orang UMNO disebabkan taksub dan patuh dengan arahan Hadi yang ketika itu pesuruhjaya PAS negeri.

Bagaimanapun, Raja Omar yang kini menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Besut berkata, beliau menyesali perbuatannya selepas sedar kesilapan dan menyertai UMNO pada 2004 ketika bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris melancarkan gerakan ‘Selamat Tinggal PAS.’

Amalan bertentangan

“Saya benar-benar rasa bersalah dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam, terutama ahli dan penyokong UMNO. Banyak amalan bertentangan dengan Islam dijadikan modal pemimpin PAS menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.
“Kerana percaya dengan amanat itu, masyarakat Islam negeri ini terutama penyokong tegar PAS sanggup mengadakan solat Jumaat berasingan, tidak makan sembelihan orang UMNO dan menyediakan tanah perkuburan berasingan dengan orang UMNO.

“Malah, ada yang terpaksa bernikah dua kali kerana mendakwa tidak percaya dengan imam daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dituduh kafir. Ini amat menyedihkan dan merugikan umat Islam kerana amanat Hadi menyebabkan perpecahan dan kepercayaan songsang,” katanya.

Raja Omar berkata, di daerah Besut sehingga kini masih wujud lapan tempat yang sebahagian besarnya markas PAS dijadikan pusat solat Jumaat berasingan, walaupun masjid yang dibina kerajaan terletak berhampiran.

Gesa Hadi mohon maaf

Katanya, sudah tiba masanya Hadi tampil memohon maaf kepada seluruh umat Islam terutama penyokong UMNO disebabkan kesilapan yang dilakukannya.

“Apa yang diucapkan pemimpin PAS itu sekarang berbalik kepada mereka sendiri. Dulu mereka kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mereka juga jadi kafir kerana menjadikan DAP sebagai rakan kongsi,” katanya.

Raja Omar berkata, pada setiap ceramah anjuran UMNO ketika ini, beliau terpaksa memperbetulkan amanat itu dan meminta maaf kerana pernah mengkafirkan orang UMNO. -BH

Wednesday, December 19, 2012

Kejayaan Terbesar Kerajaan Selangor... Berjaya Jual Arak Secara Terbuka!


Setelah kecoh isu penjualan arak di Seksyen 8, Shah Alam kira-kira 4 tahun lalu yang menjadi salah satu punca pemecatan Dato Dr Hasan Ali dari PAS dan jawatan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam, kerajaan Negeri Selangor berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

“Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu,” begitulah laporan Harakahdaily yang meninjau di kedai 7-Eleven di Seksyen 8 Shah Alam pada Mei 2011.

Namun, janji kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ditepati kerana tinjauan kami di DUN Bangi pada dua hari lepas, Ahad, 16 Disember mendapati minuman keras masih lagi dijual di kedai 7 Eleven, malah lebih menyeluruh dijual di kedai serbaneka, 99 Speedmart.

DUN Bangi majoriti penduduknya berbangsa Melayu yang dianggarkan kira-kira 80 hingga 90 peratus beragama Islam.

Daripada 3 kedai serbaneka 99 Speedmart yang kami kunjungi, semuanya menjual secara terbuka minuman keras sama ada yang mengandungi paras alkohol kurang atau lebih 10 peratus.

Jenis arak itu termasuklah Tiger, Carlsberg, Guiness, Anchor, Heineken dan sebagainya yang diletakkan sebaris dengan minuman-minuman lain.

Daripada 5 kedai 7 Eleven,kebanyakannya menjual minuman jenis ‘Barbican’, selain di sesetengah tempat turut menjual Guiness, Special Brew, Carlsberg, Tiger, Heineken, Royal dan sebagainya.

Kebanyakan kedai meletakkan minuman keras itu bersebelahan dengan minuman-minuman biasa dalam peti ais yang sama.

Majoriti penjual di kedai 7 Eleven dan kedai serbaneka 99 Speedmart adalah remaja berbangsa Melayu.

Sila rujuk gambar-gambar yang dirakamkan disini...

Nota kaki: Tahniah kepada pengundi PR!