Thursday, December 27, 2012

Skandal Tanah & Balak PAS Ulangi Kesilapan Yang Sama...



48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi.

Kenyataan Bebal Khalid Ibrahim, Sanggup Tunggu 100 Tahun Selesai Isu Air!


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam oleh seorang pemimpin persatuan pengguna negeri ini ekoran kenyataannya baru-baru ini bahawa beliau (Khalid) sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu “tidak profesional” dan mengesahkan beliau mahu satu ‘perang politik’ di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.

“Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri,” katanya dalam satu temubual.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah “gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah”, iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan melibatkan lebih 9,000 pengguna.

“Sebelum mereka datang memerintah negeri ini, mereka buat banyak kenyataan bahawa mereka nak mesra rakyat dan sebagainya. Tetapi dari 2008 sampai sekarang kita nampak sudah ada satu penukaran fikiran dalam cara mereka membuat kerja dan lakukan tanggungjawab.

“Mereka dah jadi tidak sensitif lagi, mereka ingat sudah berkuasa, boleh buat apa-apa (sahaja), tak payah dengar (suara rakyat). Ini mendukacitakan bila mereka keluar kenyataan iaitu 100 tahun pun mereka akan melengah-lengahkan walaupun mereka tahu pada tahun 2015 kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang begitu besar,” katanya.

Beliau berkata kekurangan bekalan air di Selangor bukan sahaja berpunca daripada permintaan pengguna biasa tetapi lebih kepada industri-industri, projek-projek perumahan yang tumbuh seperti cendawan yang mengakibatkan pertambahan jumlah penduduk dengan mendadak.

Menurut Dr George, beliau perhatikan setiap kali pihak seperti kerajaan pusat berbincang atau melaksanakan langkah-langkah mengatasi isu air di Selangor, kerajaan negeri akan membawa masuk isu-isu baru yang tidak ada kaitan dengan isu-isu asal.

Beliau berkata, kerajaan pusat sudah membuka banyak ruang kepada kerajaan Selangor sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk sedia membantu dari segi kawangan dan teknikal dan malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun setuju untuk turun padang.

Tuan Ibrahim Merengek Minta Polis Lindungi Konvoi Oren


PENOLAKAN total peneroka Felda terhadap Jelajah Oren yang didalangi PAS dan Pakatan haram, benar-benar mencemaskan parti bulan itu yang semakin tersepit untuk membohongi rakyat kononnya peneroka dianiayai Felda dan perlu dibela.

Maka itu, taktik mengalihkan perhatian digunakan dengan menuduh peneroka yang membantah kehadiran Konvoi Oren ini sebagai samseng dan sebagainya, sementara budak dia cuba membunuh peneroka dengan membawa kenderaan secara melulu, langsung tidak disentuh sama sekali.

Apa punya haprak PAS ini ya. Mana pergi unit tindakan khas aka komando aka pasukan khas elit PAS, Unit Amal sehingga Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mewakilkan Mazlan Aliman dengan merengek minta bantuan polis?

Sudah hilangkah telur budak-budak ini sehingga bantuan polis diminta? Kalau tak tu dia juga yang hebat mengutuk dan menghina polis, bila dia berdepan masalah, kepada polis itu jugaklah dia merengek, nak minta dilindungilah tu.

Ini, penulis nak cakap, peneroka bantah konvoi Mazlan Aliman masuk sebab Mazlan Aliman buat bising dengan berceramah melalui pembesari suara dari dalam kenderaan. Peneroka, tahu sajalah, office hour sampai pukul 10 pagi saja, lain dari itu rehat-rehat di rumah, gurau-gurau dengan bini dan sebagainya – itu yang meriah dengan anak pinak tu.

Datang Mazlan Aliman memekak dari dalam kenderaan bawak cerita bohong pasal Felda dan hasut peneroka lawan Felda, siapa tak marah?

Depan orang bandar, Mazlan Aliman kata Felda menindas peneroka, depan peneroka, Mazlan Aliman hasut peneroka untuk menentang Felda. Apa ni? Mana satu betul? Sebetulnya satu pun tak betul sebab itu Mazlan Aliman tidak berani nak cerita Felda menindas peneroka depan peneroka sendiri pasal dia tau cerita itu tidak betul.

Banyak dahlah yang tak betul, tapi kalau dah dilaung-laung hari-hari, ternampaklah macam betul, lebih lagi bagi orang yang tidak duduk Felda dan hanya dengar apa yang Mazlan Aliman cakap.

Penulis dapat maklumat, Mazlan Aliman ini penakut terbesar. Bila berlaku kecoh-kecoh, dia duk diam dalam jip, bila dah reda baru dia keluar, itu pun duk jauh-jauh dari peneroka.

Dah banyak kali peneroka ajak Mazlan Aliman bermuzakarah dengan depa berkenaan dakwaan Felda menindas peneroka ni terutama bila konvoinya sampai, tapi Mazlan Aliman buat pekak dan hanya berminat untuk cakap satu hal saja – cakap dia.

Siapa tak angin macam itu? Dah tu masuk tempat orang, nak langgar dengan kenderaan pulak, sengaja cari nahaslah.

Sekarang Mazlan Aliman minta bantuan Tuan Ibrahim pulak untuk selesaikan masalah ini dan berbincang dengan pihak polis. Kelakar sungguh.

Sepatutnya, PAS fikirlah, kenapa peneroka tolak konvoi Oren Mazlan Aliman? Atau PAS sebetulnya sudah tahu, tapi pura-pura tak tahu? -MYKMU

Hasan Ali Minta Hadi Jelaskan Amanatnya Dan Bertaubat!


Presiden Gerakan Memartabatkan Umat (JATI) Datuk Dr Hasan Ali meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memberi penjelasan segera kepada umat Islam dan menarik balik amanatnya - yang dibuatnya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981- serta bertaubat.

Hasan, yang pernah menjadi exco agama kerajaan negeri Selangor, berkata penjelasan itu penting agar tiada lagi perbuatan yang menyalahi akidah berlaku di kalangan penyokong parti kerana ia dilihat lebih memudaratkan daripada kebaikan.

Atas faktor itu juga, beliau mendesak Abdul Hadi agar tidak mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan perkara itu menjadi rumit.

"Malahan kita juga sedia untuk menganjurkan muzakarah antara ulama PAS dan memanggil ulama dari luar negara untuk membincangkan soal amanat Haji Hadi itu," katanya kepada pemberita semalam.

Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata, pendedahan yang dibuat media mengenai kesan amanat Haji Hadi hanyalah gambaran 10 peratus berbanding realiti kesannya dalam masyarakat Islam kini.

Katanya, amanat Haji Hadi yang diuar-uarkan PAS ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusia 35 tahun dahulu memberi impak negatif kepada akidah atau kepercayaan di kalangan masyarakat Islam.

Dr Hasan berkata, beliau amat terkejut dengan laporan media terhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam, perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza.

- Bernama

Hadi Awang Mengalami Tekanan Jiwa Kacau!


Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka. Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi. Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah kepada kehilangan nyawa.

Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa. Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.

Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri, menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati jiran tetangga semata-mata percaya bahawa mereka semua kafir, berdasarkan amanatnya.

Hadi Awang juga nampaknya tega memalingkan muka dari anak-anak yatim Memali yang sehingga kini nampaknya ada yang masih percaya bahawa bapa mereka adalah syuhada kerana meninggal dunia dalam keadaan memerangi kerajaan kafir.

Sikap berdiam diri Hadi menunjukkan betapa kerasnya hati manusia yang menganggap diri sendiri Ulama ini. Mungkin beliau hanya ingin menangani isu amanat ini di akhirat, dan bukan di dunia. Bagi Hadi, jika ada yang terus-terusan keliru, atau terus-terusan percaya bahawa isteri yang dicerainya, atau ibunya yang telah meninggal dunia adalah kafir, maka itu adalah masalah mereka, bukan masalahnya.

Buat masa ini, Hadi hanya berminat untuk bercakap mengenai pilihanraya dan bukan agama.

Inilah persepsi ramai terhadap sikap membisu Hadi Awang.

Walaubagaimanapun, adalah tidak wajar bagi kita untuk menjadi se-angkuh dan se-takbur Hadi Awang dengan merasakan persepsi kita benar belaka. Kerana itu kita harus bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan yang persepsi kita adalah salah.

Oleh itu kita wajar mengambil kira bisikan yang sayup-sayup kedengaran dari kedai-kedai kopi, yang mengatakan bahawa Hadi Awang sedang sakit. Khabarnya, beliau bukan sengaja ingin membisu tetapi sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan media dalam keadaan sekarang.

Benar, hanya beberapa hari lalu, beliau kelihatan begitu sihat dan cukup kuat untuk memegang jawatan Perdana Menteri tetapi, entah kenapa hari ini beliau dikatakan tenat. Ada yang berkata beliau begitu tertekan dengan isu amanat ini kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menanganinya tanpa menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

Jika beliau mempertahankan kepercayaan pengikutnya bahawa UMNO adalah kafir dan kematian penduduk Memali adalah syahid maka beliau pasti berhadapan dengan lebih banyak penceraian dan perpecahan di kalangan pengikutnya yang mana sudah pasti menimbulkan kegemparan dan membahayakan kedudukan PR.

Jika beliau menafikan yang beliau pernah menyebar kepercayaan bahawa orang UMNO itu kafir maka beliau perlu berhadapan dengan bekas penyokongnya yang telah mengkafirkan adik beradik, saudara-mara serta jiran tetangga mereka kerana percayakan sebaliknya. Beliau juga perlu memberitahu anak-anak yatim Memali bahawa bapa mereka sebenarnya telah mati katak, dan bukannya mati syahid. Ini tentu menimbulkan masalah yang lebih berat lagi kepada PAS dan juga PR.

Justeru, Hadi kini benar-benar tertekan kerana takut isu amanat ini akan menggagalkan cita-citanya untuk merasai kerusi empuk Putrajaya yang suatu masa dahulu ingin dilelongnya. Kini, hidup mati Hadi adalah untuk Putrajaya dan beliau tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa sedikit pun peluang untuk ke sana.

Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar tetapi yang pasti ia tidak wajar diketepikan. Perlu diingatkan bahawa adik Nik Aziz yang terkenal dengan doa K.O BN juga telah disahkan K.O iaitu tenat, hanya selang beberapa hari selepas doa kontroversi itu dilafazkan dengan gagah dan bersemangat sekali. Menurut sumber orang-orang kampungnya, beliau begitu tertekan dengan ‘publisiti’ berlebihan terhadap isu tersebut.

Nampaknya, tidak mustahil bahawa Hadi Awang mengalami tekanan yang sama iaitu akibat ‘publisiti yang berlebihan’. Jika ini benar, maka sebagaimana kita mendoakan agar adik Nik Aziz cepat sembuh, kita juga mendoakan agar Hadi Awang cepat sembuh agar dapat bersemuka dengan media dan menjawab segala kemusykilan penyokong atau bekas penyokongnya mengenai kafir atau tidaknya mereka-mereka yang menyokong UMNO.

Wednesday, December 26, 2012

Umno Negeri Sembilan Saran Guan Eng 'Tutup Mulut'


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disaran menutup mulut isu kalimah ALLAH kerana dikhuatiri akan mewujudkan suasana tegang di negara ini.

Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak faham tentang agama Islam dan tidak layak bercakap mengenai perkataan ALLAH.

“Mana boleh samakan nama ALLAH dengan yang lain. Kalimah ALLAH perlu dijunjung dan tidak boleh dipermainkan.

“Guan Eng tidak faham tentang agama Islam dan dia main cakap sahaja. Lebih baik Guan Eng berhenti bercakap kerana kenyataan beliau nanti akan membuatkan masyarakat keliru,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, pemimpin Pas perlu menegur tindakan Guan Eng kerana kenyataannya itu dikhuatiri akan mewujudkan suasana tidak harmoni dan mendatangkan kemarahan umat Islam.

“Kalau betul Pas sebuah parti memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka (pemimpin Pas) menegur Guan Eng supaya tidak mempermainkan perkataan ALLAH.

“ALLAH bukannya ayat politik tapi ayat al-Quran yang disanjung tinggi dalam Islam. Kita tidak mahu Guan Eng mudah memberi kenyataan tapi dalam masa yang sama tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakan,” katanya.

Hasim berkata, beliau berharap Guan Eng menghormati agama Islam sepertimana umat Islam menghormati agama lain.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Guan Eng menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Guan Eng membuat gesaan itu kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti. -SH