Tuesday, January 8, 2013

Kalimah Allah: Hasan Ali Sifatkan Ulama Pas Terpinggir


Tidak perlu untuk berhujah panjang... Hanya satu persoalan yang kini bermain di minda .. khas buat puak PAS... Sampai bila PAS harus jadi 'kaldai tunggangan' Pakatan Rakyat?

Utusan: Keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang hari ini yang membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan diri ketika berhadapan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam persoalan akidah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas terpaksa memilih DAP dan PKR, bukannya ulama-ulama besar dalam parti seperti Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah menyuarakan pandangan mereka apabila isu kalimah Allah timbul dua tahun lalu.

Menurut beliau, sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya pasti amat disanjungi DAP dan PKR.

"Jelas kepada kita golongan ulama di dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengari dan tidak hairanlah kalau golongan ini terus dipencilkan.

"Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini, mereka begitu berjaya mengubah hala tuju parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

PAS Bagi Tanah Kepada DAP Untuk Apa?



Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

Isu Kalimah Allah : Hadi Arah Pemimpin Pas Tutup Mulut


Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu suaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.

Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, disini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.

"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat. Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini. Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya.

BH semalam memetik Harun sebagai berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah, manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu.

Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalau turut dilaporkan berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam.

Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata, isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.

Terdahulu, Salahuddin berkata PAS akan membantu penduduk 10 kampung di pengerang yang terbabit dalam pengambilan tanah projek RAPID untuk memohon semakan kehakiman bagi menghentikan sementara projek itu esok. Beliau mendakwa projek itu menyebabkan 249 kubur orang Islam di empat kampung sekitar Penggerang yang dipindahkan selama 7 hari mulai 21 Disember lalu, tidak memenuhi syarak.

Bagaimanapun, Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Taufik Shamsuddin menafikan dakwaan itu.-BH

Benarkah Anwar Ibrahim Akan Kahwin Wanita Indonesia?


Ini bukan kisah baru, tetapi kisah lama yang belum pernah dihebohkan kerana agak sukar untuk ‘dihadamkan’. Mungkin ia sengaja didiamkan bagi membolehkan kita berehat seketika dari kisah-kisah skandal Anwar. Jika setiap hari disogok dengan skandal Anwar pun, boleh muntah kita dibuatnya kerana beliau membuat skandal hampir setiap bulan.

Tetapi, apa yang pasti ialah rakyat di seberang belum muak mendengar skandal Anwar. Justeru, kisah ini kini sedang hangat diperkatakan di Indonesia iaitu Anwar akan berkahwin lagi dengan cewek dari sana berusia 28 tahun yang menetap di Bandung.

Kita tahu bahawa selama ini Anwar ke Indonesia bukan sahaja untuk memburukkan Malaysia, tetapi di masa yang sama turut mengambil kesempatan menjalani kehidupan maksiatnya di sana, di mana rakyatnya lebih terbuka atas nama pluralisme agama. Hanya di negara Islam seperti Indonesia di mana Anwar boleh bercakap mengenai pluralisme tetapi tetap disanjung sebagai pemimpin Islam sejati.

Oleh itu, kisah Anwar berhubungan dengan ‘anak-anak ikan’ Indonesia adalah kisah biasa yang sudah dijangka dan tidak lagi mengejutkan kita. Kisah bahawa Anwar cuba dirawat oleh orang alim Indonesia bagi mengekang selera homoseksualnya juga sudah banyak kali terdedah.

Tetapi, kisah bahawa Anwar punya hubungan dengan wanita Indonesia yang sedang heboh di sana masih belum benar-benar sampai ke telinga rakyat Malaysia. Khabarnya, wanita tersebut pernah dikesan bersama dengan Anwar di dalam kereta, wajahnya cantik kerana berdarah keturunan bercampur-campur termasuk Belanda.

Setiap kali Anwar ke Jakarta, beliau akan memastikan sebuah bilik ditempahkan khas di hotel lain yang berdekatan dengan hotelnya untuk ‘darlingnya’ itu. Ini untuk memudahkan beliau membuat ‘lawatan’ beberapa kali dalam masa yang singkat tanpa disyaki oleh sesiapa termasuk Wan Azizah.

Lagipun, Wan Azizah terlalu ‘paranoid’ dengan ‘anak-anak ikan’ di sekeliling sehinggakan terlepas pandang akan ‘anak-anak ayam’. Kita tidak boleh salahkan Wan Azizah kerana, ramai di antara kita juga turut berpandangan yang sama. Mungkin kerana hubungan homoseksual terlalu ‘taboo’ bagi kita, maka walaupun kita sedia maklum akan hubungan Anwar dengan beberapa wanita termasuk yang terakam di dalam video, kita tetap cenderung untuk terlupa akan hakikat bahawa Anwar adalah biseksual, bukannya homoseksual.

Nampaknya, Anwar bijak sekali mengambil kesempatan ini untuk menjalin hubungan dengan ceweknya itu tanpa dapat dihidu oleh orang-orang sekelilingnya.

Namun, apa yang Anwar mungkin terlepas pandang ialah kelicikan wanita-wanita Indonesia dalam ‘mengunci’ hati orang yang diingininya. Seperti kebanyakan mereka, mereka tidak mungkin akan melepaskan satu ‘tangkapan besar’ tanpa terlebih dahulu mendapat keuntungannya. Justeru, Anwar dikhabarkan baru tersedar kini bahawa lebih mudah untuk membebaskan diri dari penjara, daripada jerat wanita Indonesia.

Sumber dari seberang memberitahu yang Anwar tidak mungkin dapat mengelak dari mengahwini wanita ini. Anwar telah pun mempertimbangkan perkara ini memandangkan ia mungkin membantu dalam memadamkan terus kisah liwatnya dari minda masyarakat. Mungkin inilah satu-satunya cara untuk membuktikan pada rakyat Malaysia yang beliau bukan homoseksual tetapi lelaki normal serta masih layak untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.

Selain itu, ia juga pasti akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara kedua negara sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah di mana perkahwinan adalah antara cara terbaik untuk menyatukan antara puak dan juga negara. Lebih dari itu, tindakan berkahwin lagi satu ini pasti akan meningkatkan lagi kedudukannya di mata orang-orang PAS yang melihat perkara itu sebagai simbol status yang tinggi.

Kita perlu tahu bahaw cewek Anwar ini orangnya bijak kerana tidak menggunakan strategi mengugut secara langsung tetapi membiarkan Anwar terpedaya dibuai mimpi indah dengan secara halus sekali.

Apapun, sebarang keputusan dalam urusan peribadi Anwar perlu ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya, kata Anwar kepada darlingnya itu. Setakat ini, ceweknya cukup faham malah beliau juga merasakan itulah yang sebaiknya.

Tetapi, apakah Kak Wan juga merasakan yang sama?

Heboh Klip Video 28 Saat Mansor Othman Bersama Gadis Cina Disebarkan?


Kalau dalam bolasepak, MVP ini dikatakan sebagai MOST VALUABLE PLAYER – di Pulau Pinang sudah ada isu baru. Mansor Othman sudah dikhabar anginkan sebagai MVP di dalam PKR. Khususnya menjelang 2013 ini. Bukan MOST VALUABLE; tapi MOST VULNERABLE POLITICIAN!

Mansor Othman tiba-tiba dapat title ini apabila banyak isu yang berkait dengan dirinya. Cocky, Arrogant tu dah basi. Benda lama. Di kalangan orang DAP dan PKR Pulau Pinang, heboh dengan klip video 28 saat Mansor dalam keadaan mengghairahkan dengan seorang gadis Cina. Gadis Cina itu pula katanya penyokong kuat DAP. Handal juga Mansor Othman ini. Khabarnya, beberapa orang peniaga telefon bimbit di PP pun dah ada video 28 saat itu. Tinggal tunggu disebarkan sahaja.

Khabarnya, Anwar sendiri sudah melihat klip 28 saat tersebut. Anwar dikatakan sudah menerima hakikat bahawa MANSOR juga sudah berpenyakit – sama seperti dirinya. Tapi, Mansor bukan Anwar. Mansor tak boleh carry title MAKSUM. Anwar seorang sahaja yang boleh carry title tersebut. Orang lain tak boleh.

Klip 28 saat inilah yang menjadikan Mansor sebagai MVP di dalam PKR Pulau Pinang. Nyata, Mansor sendiri sudah tak mampu nak mengelak. Rupa-rupanya, KUASA ini membuatkan ramai orang alpa. Mansor pun begitu.

DAP sudah memberikan kata putus, MANSOR is OUT for the next election. Kalau PKR nak letak sekalipun, DAP akan MUFARAKAH daripada membantu Mansor. Sudah jelas. Cocky, arrogant yang dinyatakan Mansor membuatkan DAP terluka. Makan dalam.

Mansor sudah perlu mencipta jalan politik baru. Tidak ada jalan untuknya di dalam Pakatan Rakyat. Jalan mati.

Video klip 28 saat Mansor Othman sudah menyebabkan dia bersara awal daripada politik. Niat nak menguburkan politik BN di PP sudah semakin kabur. PKR tidak bersatu hati. Mansor sudah jadi liabiliti.

Yang paling takut dengan video 28 saat ini adalah Guan Eng. Kalau terkeluar dalam masa terdekat ini – END OF THE ROAD. Dengan Cocky Guan Eng sekali ranap.

Sumber: GelagatAnwar

Abby Abadi Kelaut.... Mengaku Tak Sedar Diri!!


Nampaknya Abby Abadi sudah semakin kelaut jadinya sejak menjadi ahli seumur hidup PAS.

Abby membuat tuduhan liar dengan mengatakan UMNO mengupah budak-budak Melayu di Langkawi dengan RM30.00 dan setin arak hanya untuk calarkan kereta-kereta orang yang datang untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim.. Wat de helllll..... Setakat cakap pakai air liur je... Aiman pun boleh cakap tuduh-tuduh.....

Minit ke 40 Abby Abadi mengaku tak sedar diri! isk.. isk.. isk... Apa Celop!