Monday, January 28, 2013

X-File : Syahid Tragedi Memali Hanya Ciptaan PAS!! Hadi Harus Bertanggungjawab Diatas 14 Kematian!


Siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kematian 14 pejuang Memali yang mati tidak dimandi, tidak dikafan dan tidak juga disembahyangkan?


Orang Pas tidak boleh pergi ke kenduri orang UMNO...haramm, orang Pas tidak boleh makan makanan sembelihan orang UMNO...harammm!! Sekarang apa dah jadi orang Pas sudah duduk makan bersama DAP tak HARAM!!!!

Video URL: http://youtu.be/9GXWtikyI6k





Amanat ini dipetik daripada ucapan YB. Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS. Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.

Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah puak-puak PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir. Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.

Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIH sebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jemaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi.

Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga. Akhbar Berita Harian 19hb. Julai 1982 juga turut menyiarkannya. Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu.

Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan. Saya sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB. Haji Abd. Hadi Awang (Sahabatnya sendiri) ini.

Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu. Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini. YB. Hj. Ab. Hadi tiba-tiba bangun dengan bongkaknya mencelah, "Itu memang benar ucapan saya"



Pada 1 9 November 1985 behaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah. Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.

Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi. Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.

Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985.


Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati. Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya.

Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa. Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.

Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu "Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam" - demikian kaset ucapan amanat Haji Ab. Hadi Awang 07.04.1981.

YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAHIDnya dulu (Rakaman video masih ada).

"Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan tanpa dikafankan hanya dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid" (YB. Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulamak PAS Kedah).



Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh Nik Abd. Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah - Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan Nik Ab. Aziz, dia membuat pengakuan, "Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa".

Akhinya Haji Hadi sedar bahawa perjuangan membangunkan negara Islam tiada dalam AlQuran demi untuk ke Putrajaya mereka membatalkan perjuangan Islam Pas selama ini kepada perjuangan negara kebajikan sahaja.

Yaaaa HJ Hadi Awang!!! Siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kematian 14 pejuang Memali yang mati tidak dimandi, tidak dikafan dan tidak juga disembahyangkan?

Nasharuddin Tidak Tersenarai Sebagai Calon PAS - Nik Aziz


Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

Nasharuddin Isnin dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media. -Bernama

Terima Kasih... Ustaz Nasha Di Pecat Tanpa Surat!


Nasharuddin Mat Isa hari ini mengatakan beliau terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam dan berkata organisasi hanyalah satu wadah, tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan.

Beliau berkata jawatan yang diberi adalah hak milik parti dan beliau sedia memperjuangkan kedaulatan Islam walaupun tanpa jawatan.

“Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti di teruskan, sama ada berjawatan atau tidak.

“Jawatan tersebut adalah lantikan parti, jika parti ingin mengambilnya kembali, itu adalah hak parti,” kata bekas timbalan presiden PAS itu.

Ahli parlimen Bachok itu berkata, beliau masih belum mendapat surat pemecatan rasmi dari Majlis Syura, sebaliknya mengetahui berita pemecatan tersebut melalui media.

“Sehingga di saat SMS ini dihantar, saya masih belum menerima sebarang surat perlucutan jawatan tersebut.

“Cuma, setakat ini, saya hanya mengetahui pemecatan itu melalui media dan bukannya saluran rasmi parti,” katanya lagi.

Semalam, Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Majlis Syura hari ini menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.

Antara Sebab Ustaz Nasharudin Dipecat?



Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.

Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.

Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.

Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.

Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.

Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.

Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.

Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.

Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.

Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.

Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS.

-Agendadaily

Pengakuan Penduduk Kampung Di Tipu YB PAS Kedah


Pengakuan dari penduduk kampung bahawa anaknya telah mengalami kerugian hampir RM 10,000 setelah membayar kos membuat geran seperti mana yang di janjikan Kerajaan Negeri.

Segala pembayaran telah di buat di Pejabat Adun Kupang, YB Johari Abdullah dan sehingga kini masih gagal mendapat geran seperti yang di janjikan.

Menurut maklumat yang di perolehi, hasil pencarian di Pejabat Tanah, tiada fail pemohonan geran di buka di atas tanah yang di usahakan penduduk kampung yang membayar duit kepada wakil Pejabat Adun Kupang.


Hepi Besday Nicky Ajis... Usah Gadaikan Kalimah Allah untuk Kepentingan Politik Sempit dan Jumud!


"Hepi besday Nicky Ajis" ucapan Karpal Singh kepada Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang di sambut di rumah Karpal Singh. Majlis memotong kek hari jadi ini di lakukan selepas berita pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura PAS.


Khabarnya Nik Aziz telah membuat kunjungan maaf ke rumah Pengerusi DAP di Jelutong, Pulau Pinang semalam, untuk mengambil hati Karpal Singh yang telah banyak terguris berhbung isu Kalimah Allah...


Nik Aziz juga memohon maaf diatas isu pijak bendera DAP dan demo dihadapan pejabat Karpal Singh  yang di lakukan oleh akar umbi PAS tempohari!


Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa sosang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?

Sudah tentu fatwa berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.

PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.

Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk ‘cium mulut’ dengan DAP.

DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.

Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.

Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.

Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!

Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.

Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.

Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.

DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.

Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.

Pas Kawasan Guar Chempedak Bantah Hasrat Lim Guan Eng


Sekumpulan penduduk dan ahli Pas mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.Kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong selepas solat Zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.


Jurucakap kumpulan itu yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48 berkata dia kesal apabila melihat isu agama menjadi taruhan politik sesetengah pihak."DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan isu ini untuk mengambil kesempatan bagi meraih undi di kawasan bandar dan saya kecewa apabila Pas berdiam diri."Ulama-ulama Pas sepatutnya menegur dengan lebih awal Guan Eng dalam isu ini tetapi nampaknya mereka tidur sahaja.

"Hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan kami bantah jika mana-mana pihak yang bukan beragama Islam mahu menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah di sini hari ini. Seorang ahli Pas kawasan Gurun, Jasmi Rosli, 36 pula berkata dia berasa marah apabila isu ini dimulakan oleh Guan Eng."Saya juga sedih apabila soal agama dipermainkan dan saya harap pemimpin Islam di negara ini bersatu hati dalam isu kalimah Allah ini," ujarnya.

Sebelum ini, pada Jumaat lalu, satu perhimpunan aman untuk mendesak Guan Eng memintaa maaf telah diadakan oleh penduduk Islam di hadapan Masjid Muzzaffar Shah manakala semalam perhimpunan yang sama diadakan di Masjid Kampung Sepom Tikam Batu di sini.

Demo - Rakyat Selangor Tuntut RM59.8 Juta Elaun Prasekolah


Kerajaan Selangor didakwa gagal memenuhi janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008.

Pengerusi Badan Bertindak Rakyat (BTR) Selangor, Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas.

“Kita akan buat tuntutan secara berperingkat bagi memudahkan kes ini dibicarakan di mahkamah pada kadar segera,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyertai demonstrasi aman melibatkan lebih 40 penduduk pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini yang menuntut elaun murid prasekolah seperti yang dijanjikan kerajaan negeri pada 2008.

Menurut Said Anuar, satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada minggu depan meminta penjelasan kenapa kerajaan negeri gagal menepati janji.

Sebelum itu, kerajaan negeri berjanji akan memberikan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada setiap kanak-kanak prasekolah di Selangor sekiranya berjaya mentadbir negeri tersebut pada tahun 2008.

Sementara itu, seorang penduduk, Ahmad Kamil Ahmad Nazri, 33, berkata, tuntutan yang diminta rakyat adalah wajar kerana selama ini mereka diperdaya demi meraih undi.
“Kami menuntut hak kami seperti apa yang telah dijanjikan sebelum ini dan tidak salah kami meminta dengan cara baik,” katanya.

Selain itu, BTR Selangor juga pernah menuntut elaun ibu tunggal RM100 sebulan, caj air percuma bagi penggunaan RM20 ke bawah bagi perumahan bertingkat, menuntut kerajaan negeri Selangor ambil alih hutang rumah PKNS dan pengecualian cukai terhadap mana-mana premis yang tidak didiami atau disewa.

Nota: Tahniah Khalid Ibrahim kerana menjadi MB yang paling tak guna dalam Pakatan Haram...

Lim Kit Siang Hipokrit!




Tindakan Lim Kit Siang mengheret kematian William ke dalam politik merupakan langkah yang paling bodoh, Hipokrit!

Isu seperti ini tidak harus dipolitikkan dan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Seharusnya semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang... Takziah kepada kedua ibu bapa William Yau Zhen Zhong...

Tweet Lim Kit Siang tersebut mendapat kritikan dari Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang mengkritiknya kerana sanggup mempolitikkan kejadian itu. Malah tiada siapa pun yang mahukan kejadiaan seperti itu berlaku.


Petikan dari Facebook KJ

Tweet dari Lim Kit Siang tadi:

@limkitsiang: 6yr William Yau's tragic death - apart from Umno/BN Ministers/leaders, Msia just not safe even 4children like William!

Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik. What kind of leader is this? Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik.

Show some class, please!


Anwar Ibrahim Resah Gagal Kendali Isu Kalimah Allah


“Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura (PAS), maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantas dengan nada menyindir Umno BN, Anwar mencadangkan supaya Umno mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama PAS jika benar ia mengambil berat pandangan badan tertinggi PAS itu.