Monday, February 11, 2013

PSY Mulakan Persembahan di Pulau Pinang #CNY #Oppgangnam #GangnamMalaysia






Penyanyi popular Korea Selatan, PSY memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya, Gangnam Style sempena program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang, ketika ini.

Hampir 100,000 penduduk Pulau Pinang berbilang bangsa memenuhi padang Sekolah Tinggi Han Chiang di sini untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bersama rakyat pada majlis yang diserikan dengan persembahan penyanyi Korea Selatan, Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style.

Penyokong BERSIH Cuba Buat Kacau Di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN

Penyokong BERSIH Cuba Buat Kacau Di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN #Oppgangnam #GangnamMalaysia


Dikemaskini - Hampir 80 ribu rakyat Pulau Pinang berbilang kaum memenuhi pdg Kolej Han Chiang bagi meriahkan Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina bersama PM. Anda boleh tonton siaran langsung live streaming rumah terbuka Tahun Baru Cina BN melalui www.livetv.my


Kehadiran penyokong bersih dengan berbaju kuning hadir ke rumah terbuka CNY amat mencurigakan? Harap maaflah disini bukan tempat untuk membuat demontrasi HARAM. Memang dasar muka tak tahu malu puak Pakatan Haram nie...


Alhamdulilah datang jugak artis dilanda hati yang lara. Shila Amzah Patah Seribu


Mari Tengok DS Najib Pekena Nasi Kandar Beratur...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menjamu selera menikmati menu nasi kandar yang popular di negeri ini iaitu Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling dalam rangka lawatan kerja dua harinya ke negeri ini.



Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang anaknya iaitu Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev serta Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan antaranya ayam goreng, telur masin, kari ikan, sambal sotong dan sayur bendi.

Perdana menteri dan keluarganya kelihatan teruja menikmati hidangan itu memandangkan beliau sememangnya merancang untuk menikmati kelazatan nasi kandar Pulau Pinang.

“Alhamdulillah…hajat saya tercapai, dapat makan nasi kandar. Nasi ini memang sedap, original…tapi kena makan di kedai baru puas, nak bawa balik hotel tak boleh,” katanya kepada pemberita selepas selesai menjamu selera di restoran Nasi Kandar Beratur di sini Ahad malam.


Menangis air mata darah bila Anwar Ibrahim tengok Datuk Seri Najib selamba santai makan nasi kandar beratur di negeri jajahan DAP...

Puteri Umno: Malaysia Tidak Wajar Derita Kerana Anwar Ibrahim


Rakyat Malaysia tidak wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita atau bergadai nyawa bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang mencapai cita-cita mereka secara demonstrasi jalanan, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, sekiranya Anwar benar-benar ingin menjadi perdana menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihan raya.

Menurut beliau, ketua pembangkang itu tidak perlu menggunakan alasan mengadakan demonstrasi ala 'Arab Spring' di Malaysia sebagai satu cara mencapai matlamat tersebut.

"Jika, 'Arab Spring' perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah negara Arab dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.

"Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam 'Arab Spring' di negara Arab pasti akan memberitahu kita bahawa apa yang dinikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya," katanya.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut menyoal Anwar sama ada beliau sanggup menjaja dan menggadaikan keamanan negara demi mencapai matlamat pihak pembangkang.

Sunday, February 10, 2013

Shila Amzah Sah Buat Persembahan Di Pulau Pinang Esok #GangnamMalaysia

Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.

Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.


Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong.

Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan.

“Apabila membaca laporan akhbar berkenaan kontroversi yang melanda penyanyi itu sehingga membuatkan dia (Shila) menghilangkan diri selama enam hari, pihak kami menerima banyak panggilan yang bertanya tentang kehadirannya pada majlis rumah terbuka esok.

“Bagaimanapun, apabila saya menghubungi pengurusnya tadi, beliau memaklumkan Shila akan hadir dan membuat persembahan khas untuk pengunjung khasnya rakyat negeri Pulau Pinang,” katanya.

Majlis berkenaan akan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan sendiri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal.

Nota: Harap pencacai Pakatan janganlah meroyan sangat ye hehe :) Hentikanlah kerja bodoh untuk mensabotaj program ini... Oppah Ganyam Sampai Lebam!

TQ Datuk Seri Najib for inviting PSY Oppa here for #ChineseNewYear We are going to #GangnamMalaysia yeahhhhh!"

Hassan Ali Tidak Terkejut Dakwaan Bekas Pembantu Khas Ronnie Liu


Saya sama sekali tidak terperanjat atas dakwaan Pembantu Khas YB Ronnie Liu tentang siapa sebenarnya manusia Ronnie dan apa perancangan DAP dalam Pakatan Rakyat di Selangor.

Pertama, setakat yang saya kenal ahli politik bernama Ronnie Liu, lain-lain pimpinan DAP Selangor termasuk pimpinan utama mereka boleh dikelaskan kepada satu kelompok sahaja. Kesemuanya menentang Islam dan kesemuanya menentang hak-hak Melayu.

Kedua, kesemua mereka sepakat untuk menegakkan Negara Malaysia Sekular.

Ketiga, mereka semua bertekad menjadikan Malaysia negara menganut fahaman liberalisme barat yang menghalalkan cara hidup bebas. Bebas daripada peraturan hidup bersendikan agama apa lagi yang di anggap ada kaitan dengan Islam.

Keempat, dari tindak tanduk mereka dikatakan bahawa PAS hanya layak dijadikan kuda tunggangan diguna seketika bagi mencapai cita-cita DAP yang tersurat dan tersirat itu.

Pengalaman saya selama 4 tahun dalam barisan Exco Selangor dan lebih lama lagi bersama DAP dalam pimpinan Pakatan sebelumnya mengesahkan dakwaan Jeffrie itu.

Saya tidak tertarik untuk menyentuh soal-soal detail hubungan beliau dengan Ronnie atau DAP Selangor atau tempat sidang media dibuat. Itu soal beliau, Ronnie dan DAP Selangor. Yang penting dari kenyataan yang disebut dalam sidang medianya ialah kesahihan butiran kandungannya.

Bagi saya berdasarkan pengalaman peribadi dan melihat mainan politik DAP yang sebahagiannya mungkin disedari atau mungkin tidak disedari oleh pimpinan PAS dan PKR adalah selari dengan apa yang didedahkan oleh Jeffrie.

Sewaktu saya masih memegang kerusi EXCO Negeri Selangor lagi sudah wujud usaha memburukkan imej saya di kalangan Pakatan Rakyat semata-mata kerana usaha saya yang tidak pernah jemu untuk mendaulatkan Islam dan menjaga hak-hak dan perpaduan orang Melayu di negeri Selangor.

Apa pun sama seperti observasi Jeffrie, bagi saya DAP bahaya untuk Islam, bahaya untuk Melayu, bahaya untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia dan bahaya untuk generasi pengganti akan datang terutama bagi masyarakat Islam dan Melayu di bumi Malaysia yang kita sama-sama cintai.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
10 Februari 2013