Showing posts with label Ronnie Liu. Show all posts
Showing posts with label Ronnie Liu. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Panas Tak Bley Tahan... Ronnie Liu Mahu Saman Bekas Pegawai Khas Dia Maa.....


Panas maa... Telinga sudah keluar asap! Muka sudah merah maa... Malu oooo...

Semua olang sudah tau... lasia sulah bocot ooo... mana mau letak ini muka... Haiiyaaa...

Saman lor... kasi itu olang tutup mulut sikit...  Gua ada peguam baek punya... Mr Gobin anak Kapal Singheh....

Itu olang talak luit mana mau belani lawan sama gua di makamah maa....! puuiiii!  :P

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mahu mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas pembantu khasnya, Jafrei Nordin kerana menuduh beliau dan DAP tidak menghormati Pas dan PKR termasuk ada cubaan menjatuhkan kedua-dua parti terbabit.

Liu yang juga Adun Pandamaran berkata, beliau juga akan menyaman akhbar kerana melaporkan berita tidak benar menyebabkan imejnya terjejas sebagai wakil rakyat dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor.

“Lepas cuti Tahun Baru Cina ini, saya akan menyaman dia (Jafrei) menerusi peguam saya, Gobind Singh Doe kerana menyiarkan berita palsu terhadap saya.

"...peguam saya kata, kita ada asas yang kukuh untuk saman mereka,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Tambah Liu, beliau telah memecat Jafrei tiga tahun lalu setelah mendapati tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatannya di pejabat Exconya.

Jumaat lalu, Jafrei mengaku sebagai bekas pembantu khas Exco Kanan Selangor telah mengumumkan peletakkan jawatannya atas alasan tidak berpuas hati dengan majikannya dan DAP.

Jafrei mengumumkan peletakan jawatannya pada satu sidang akhbar di kediaman Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, yang keluar PKR pada tahun 2009.

Sunday, February 10, 2013

Hassan Ali Tidak Terkejut Dakwaan Bekas Pembantu Khas Ronnie Liu


Saya sama sekali tidak terperanjat atas dakwaan Pembantu Khas YB Ronnie Liu tentang siapa sebenarnya manusia Ronnie dan apa perancangan DAP dalam Pakatan Rakyat di Selangor.

Pertama, setakat yang saya kenal ahli politik bernama Ronnie Liu, lain-lain pimpinan DAP Selangor termasuk pimpinan utama mereka boleh dikelaskan kepada satu kelompok sahaja. Kesemuanya menentang Islam dan kesemuanya menentang hak-hak Melayu.

Kedua, kesemua mereka sepakat untuk menegakkan Negara Malaysia Sekular.

Ketiga, mereka semua bertekad menjadikan Malaysia negara menganut fahaman liberalisme barat yang menghalalkan cara hidup bebas. Bebas daripada peraturan hidup bersendikan agama apa lagi yang di anggap ada kaitan dengan Islam.

Keempat, dari tindak tanduk mereka dikatakan bahawa PAS hanya layak dijadikan kuda tunggangan diguna seketika bagi mencapai cita-cita DAP yang tersurat dan tersirat itu.

Pengalaman saya selama 4 tahun dalam barisan Exco Selangor dan lebih lama lagi bersama DAP dalam pimpinan Pakatan sebelumnya mengesahkan dakwaan Jeffrie itu.

Saya tidak tertarik untuk menyentuh soal-soal detail hubungan beliau dengan Ronnie atau DAP Selangor atau tempat sidang media dibuat. Itu soal beliau, Ronnie dan DAP Selangor. Yang penting dari kenyataan yang disebut dalam sidang medianya ialah kesahihan butiran kandungannya.

Bagi saya berdasarkan pengalaman peribadi dan melihat mainan politik DAP yang sebahagiannya mungkin disedari atau mungkin tidak disedari oleh pimpinan PAS dan PKR adalah selari dengan apa yang didedahkan oleh Jeffrie.

Sewaktu saya masih memegang kerusi EXCO Negeri Selangor lagi sudah wujud usaha memburukkan imej saya di kalangan Pakatan Rakyat semata-mata kerana usaha saya yang tidak pernah jemu untuk mendaulatkan Islam dan menjaga hak-hak dan perpaduan orang Melayu di negeri Selangor.

Apa pun sama seperti observasi Jeffrie, bagi saya DAP bahaya untuk Islam, bahaya untuk Melayu, bahaya untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia dan bahaya untuk generasi pengganti akan datang terutama bagi masyarakat Islam dan Melayu di bumi Malaysia yang kita sama-sama cintai.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
10 Februari 2013

Friday, February 8, 2013

Pegawai Khas Letak Jawatan... Ronnie Liu Bapak Ayam


Ini bukan cerita rekaan Dari penglipurlara UMNO... Ini pengakuan sendiri dari aktivis DAP.... Ronnie juga pernah dikaitkan dengan kumpulan mafia bebas melakukan perbuatan keji di negeri jajahannya... Sampai bila kita rakyat Selangor harus berdiam diri dengan kerakusan YB DAP ini yang sibuk mengejar harta kekayaannya... Rakyat pula terpaksa menanggung segala kesusahan? Fikirkanlah....

GEORGETOWN: Pegawai Khas kepada Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidian, Ronnie Liu mengumumkan perletakan jawatanya serta merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.

Jafrei Nordin berkata, tindakan Ronnie mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan-tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa telah menimbulkan seribu persoalan tentang ketelusan dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Jefrei berkata, beliau yang memulakan khidmat bersama Roonie bermula 1 Julai 2008 melihat sikap Ronnie semakin tamak mengejar keuntungan melalui cara 'keji' dengan merestui percambahan pusat-pusat maksiat yang berselindung di bawah nama pusat refleksologi, kelab-kelab malam, dan pusat perjudian sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

"Sifat jijik dia (Ronnie) ini semakin lama semakin membusut. Saya menyaksikan bagaimana dia (Ronnie) menjadi semakin tamak mengejar keuntungan melalui cara keji ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, semasa dilantik menjadi Pegawai Khas di Pejabat Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, beliau meletakan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada kepimpinan Ronnie namun kepercayaan itu musnah dan terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar majikanya itu.

Beliau yang juga aktivis DAP sejak 2004 mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis selain bersikap 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.

Beliau berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'jenaka' dan sering kali berseloroh mempersoalkan kepadanya bagaimana orang-orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh "pelawak".

Katanya, Ronnie dan pemimpin utama DAP juga menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa saja untuk mencapai cita-cita tersebut.

"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti PAS di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh-tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikan DAP mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU13," katanya.

Jafrei berkata, sifat pura-pura dan hipokrit Ronnie dan pemimpin DAP ini membuatkan dia nekad untuk meninggalkan tugasnya itu dan percaya sifat keji ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada pimpinan Pakatan Rakyat, malah, golongan rakyat bawahan, penjaja kecil dan peniaga turut terabai disebabkan oleh politik sempit gila kuasa mereka.

"Saya telah melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun,semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli. Sebaliknya, beliau bertindak meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan saya tanpa menghiraukan keikhlasan titik peluh dan wang ringgit yang telah saya sumbangkan.

"Ternyata, slogan dan laungan Ronnie dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat merupakan omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.

Sementara itu, Jafrei berkata, beliau akan menyerahkan surat perletakan jawatannya dalam masa terdekat kepada Ronnie.

Wednesday, November 21, 2012

Ronnie Liu Gagal Kawal Maksiat, 1,278 Pusat Hiburan & 224 Hotel Bajet

Kerajaan Selangor mengakui pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu menghadapi masalah untuk melakukan penguatkuasaan terhadap kewujudkan sarang maksiat yang berselindung di sebalik premis pusat penjagaan kesihatan seperti refleksologi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, masalah utama yang dihadapi PBT ialah dari aspek penguatkuasaan walaupun proses pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.

“Pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan pada tiap-tiap masa. Arahan bagi semua PBT ialah operasi ini perlu dijalankan setiap masa.

“Cuma kuasa pada PBT adalah terhad,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Khasim Abdul Aziz (BN-Lembah Jaya) yang bertanyakan mengenai langkah yang diambil kerajaan negeri dalam melakukan pemantauan di pusat refleksologi yang didakwa melakukan kegiatan bertentangan dengan syarat pengeluaran lesen.

Justeru, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran berkata, kerajaan negeri memerlukan kerjasama pihak polis dalam operasi pencegahan terutama dari aspek penguatkuasaan.

“Kita minta polis beri kerjasama untuk perbanyakkan operasi pencegahan.

“Tanpa kerjasama polis, kuasa pada PBT adalah terhad,” katanya.

Selain itu Ronnie berkata, kerajaan negeri mengeluarkan sebanyak 179 lesen bagi aktiviti refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa, sauna serta gimnasium di bawah kategori lesen pusat penjagaan kesihatan di dalam Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan sejak 2008.

Sementara itu, katanya sebanyak 1,278 pusat hiburan dan 224 hotel bajet diluluskan kerajaan negeri sejak 2008 hingga 2012 - mstar

Tuesday, October 23, 2012

Ronnie Liu Bawa Masuk Arak


“Masa zaman BN, ada tak 7 Eleven ada beer ? Sejak Ronnie Liu jadi exco kerajaan tempatan, 7 Eleven, Speedmart semua ada beer. Siapa yang bekerja di situ ? Seratus peratus orang Melayu kita, “kata Ayah Pong.

Ayah Pong adalah salah seorang daripada rakyat Selangor yang menerima impak sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan negeri Selangor. -AIDC

Thursday, August 2, 2012

Rumah Urut: Ronnie Liu Usah Tipu Rakyat



SUARA Keadilan atau biasa disebut sebagai Suara Penipuan ini sekali lagi tanpa malu menayangkan kebebalan dalam menjalankan fungsinya sebagai lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin sepenuhnya oleh keluarga Anwar Ibrahim, anak beranak.

Mana tidaknya, dalam keluaran terbaru akhbar tersebut, Suara Keadilan memetik kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ronnie Liu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah mengeluarkan waima satu lesen pun rumah urut dan pusat hiburan!!

Sebaliknya, kesemua lesen sedia ada kononnya dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu.

Ramai di antara rakyat Selangor yang penulis temui ketawa tidak kering gusi dengan kenyataan terbaru ini. Tanpa berkata sepatah, mereka membawa penulis ke beberapa lokasi perniagaan yang dibangunkan sepanjang 4 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, iaitu di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Puchong. Penulis berani kata baru kerana masih ada kerja-kerja pembinaan di beberapa tempat, malah banyak diantara kawasan tersebut baru sahaja diduduki peniaga beberapa bulan yang lepas.

Pada mulanya penulis menggunakan jari, tapi bila jumlah rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan yang ditunjukkan semakin bertambah dari lorong ke lorong, penulis terpaksa menggunakan kalkulator pula. Di penghujung ‘tour’ itu, penulis mengira, ada lebih dari 50 buah pusat urut, refleksologi dan hiburan yang dijumpai. Itu di 2 kawasan sahaja, belum seluruh negeri Selangor lagi.

Persoalan penulis, siapa yang keluarkan lesen untuk kesemua pusat-pusat maksiat ini?

Takkan kerajaan BN kot, sebab banyak dari lokasi perniagaan tersebut baru sahaja diduduki peniaga? Bagaimana BN boleh terlibat memberikan lesen-lesen operasi ini sekarang bila mana bukan mereka lagi yang berkuasa.

Kalau benarpun kerajaan BN yang keluarkan (walaupun tidak logik), kenapa PBT tidak menjalankan pemantauan serta menutup pusat-pusat maksiat ini? Adakah alasannya kerana kerajaan BN juga?

Itu yang berlesen, bagi yang tidak berlesen pula, masih lagi kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Masih lagi nak menyalahkan BN?

Jadi Ronnie Liu, usah temberang dan cuba memperbodohkan rakyat. Orang di Selangor tahu bahawa kenyataan Ronnie Liu itu tidak benar, malah kalau benar sekalipun (kalau), kerajaan Selangor masih boleh mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Pendek kata, pusing macam mana pun, tetap kerajaan negeri sekarang yang perlu bertanggungjawab.

Monday, January 16, 2012

Ronnie Liu Tipu Penduduk Kaum India Kampung Papan


Perayaan Ponggal yang disambut pada bulan ke-10 kalendar Tamil sepatutnya diraikan dalam suasana meriah tetapi bagi majoriti penduduk kaum India Kampung Papan di Pandamaran di sini, perayaan itu tidak memberi apa-apa makna.

Ini kerana mereka masih hidup dalam keadaan serba kekurangan dan daif berikutan kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor menunaikan janji ditabur semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Paling mengecewakan kira-kira 200 penduduk yang menetap di situ sejak 40 tahun lalu ialah kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu untuk membina rumah kos rendah yang dijanjikan.


Turut tidak dilaksanakan, dakwa penduduk ialah janji untuk membaiki jalan dan menebas semak-samun di kawasan tersebut dalam tempoh 100 hari selepas beliau memenangi kerusi DUN Pandamaran empat tahun lalu.

Wakil rakyat DAP itu juga langsung tidak turun padang meninjau dan melihat perkembangan terkini penduduk dan kampung tersebut.

Wakil penduduk, C. Arasu, 42, berkata, Ronnie berjanji kepada penduduk untuk membina penempatan rumah kos rendah berharga RM99,000 kepada mereka selepas menang pilihan raya.

Menurutnya, wakil rakyat itu gagal mengotakan janji yang diberikan dan hanya berdolak-dalik dengan menyatakan masalah dihadapi oleh penduduk di situ telah pun selesai.

"Mana janji beliau? Lepas menang pilihan raya beliau langsung tak masuk kampung ini. Sudah empat tahun kami semua menunggu, janji hanya tinggal janji.

"Apa yang kami bimbangkan adalah keselamatan anak-anak dan isteri kerana rumah saya pernah dimasuki ular baru-baru ini," katanya ditemui pemberita selepas mengadakan bantahan bersama penduduk kampung di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MCA Bahagian Klang, Datuk Teh Kim Poh dan Pegawai Penyelaras DUN Pandamaran, Ching Eu Boon.

Penduduk turut menempelak Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil komuniti India di Pandamaran kerana gagal membantu.

Malah, kedua-dua pemimpin itu didakwa lepas tangan berhubung masalah yang dihadapi penduduk India di kampung itu.

Terdahulu, penduduk yang berang dengan janji kosong wakil rakyat DAP itu berkumpul pada pukul 11.30 pagi dengan membawa poster tertera perkataan 'Jangan Tipu Kami', ' Kami Tolak DAP, PKR, PAS', Pakatan Rakyat Tipu Rakyat', 'Mana Charles MP Paling Malas' dan 'Mana Sudah Hilang Xavier'.

Sementara itu, Teh Kim Poh berjanji kepada penduduk untuk menghantar kontraktor bagi membersihkan kawasan semak-samun di kawasan itu dan merobohkan rumah usang yang tidak berpenghuni selepas perayaan Tahun Baru Cina.-Utusan

Wednesday, December 28, 2011

Ronnie Liu Gangstar Besar Di Klang


Ikuti pendedahan dari Sel13.com yang mendedahkan kegiatan Ronie Liew Ronnie Liu yang semakin bermaharajalela di Klang... Perlukah rakyat menyokong seorang gengstar besar untuk menjadi wakil rakyat?? Ingat... PRU ke 13 nanti, jangan buat silap lagi....


Seperti yang kita semua maklum Ronnie Liu adalah seorang gangstar yang banyak terlibat dengan kerja-kerja underground sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Dia pernah terlibat dengan sindiket pelacuran dan pelbagai kegiatan gelap lagi.

Selepas menjadi wakil rakyat dan diangkat sebagai exco kerajaan tempatan Selangor, maka dia telah pun menjadi taikun besar. Segala kegiatan-kegiatan haram di Selangor semuanya dikawal olehnya maklumlah dia yang berkuasa keatas agensi kerajaan tempatan.

Ronnie pernah menunjukkan kuasa ‘abang besar’ nya terhadap kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam apabila meminta mereka memulangkan arak-arak yang dirampas.

Ronnie juga pernah terlibat dengan pengeluaran surat-surat palsu untuk untuk projek-projek Majlis Perbandaran Klang yang bernilai jutaan ringgit .

Selain itu dia juga bersekongkol dengan taikun-taikun cina yang terlibat dengan pencurian pasir di Selangor.

Jika hendak disenaraikan , kegiatan-kegiatan haram Ronnie memang terlalu banyak. Blog Unspinners ada menulis tentang kegiatan haram Ronnie di sini dan banyak lagi ada di sini.

Walaupun pendedahan demi pendedahan yang dilakukan , tetapi Ronnie tetap tidak dialihkan dari kerusinya oleh Khalid Ibrahim dan DAP kerana bagi mereka Ronnie telah menjalankan ‘tugasnya’ dengan baik bagi mencari dana-dana haram untuk mereka. Bagi mereka Ronnie adalah pakar dalam hal kegiatan-kegiatan gelap dan hanya orang yang pakar sahaja yang boleh berurusan dengan gangstar serta kumpulan mafia.

Terbaru adalah berkenaan dengan perlantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang. Jawatan tersebut kosong sejak beberapa bulan yang lepas, tetapi tidak diisi sehingga kini kerana calon-calon yang ditemuduga tidak kena dengan selera Ronnie selaku exco PBT.

Klang adalah lubuk kepada segala kegiatan haram samseng-samseng cina. Apabila tidak ada YDP maka sudah tentulah si samseng-samseng bermarajalela dengan perniagaan-perniagaan haram mereka. Ronnie sengaja membiarkan jawatan berkenaan kosong dalam tempoh yang lama kerana ibarat kapal tanpa kapten maka sudah tentulah pelayaran yang dikawal oleh anak-anak buah tidak sempurna.

MB Selangor pula tidak boleh bercakap banyak kerana Klang adalah lubuk DAP dan membiarkan DAP terus bermarajalela disana.Selagi tidak ada calon yang boleh dicucuk hidung oleh Ronnie untuk mengisi jawatan YDP MPK , maka selagi itulah jawatan berkenaan akan dibiarkan kosong oleh mereka.

Sumber Sel13.com