Saturday, March 9, 2013

Hacker Pembangkang Yang Dikenali Sebagai Sofea Hana Di Berkas Pihak Polis


Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang tadi.

“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.

“Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik,” tambah ketua polis tersebut.

Wanita itu Ditahan di lokasi kediaman beliau petang tadi.. – AFP

Sebut saja pasal hackers, mungkin ramai webmaster yang takut dengan kahadiran mereka ini, tambah lagi jika hacker tersebut diberi job untuk mengondam website yang melibatkan payment atau sesuatu yang secret.

Sofea Hana kata dia buat kerja ni semuanya kerana suka-suka... mmm.. biasalah bila dah kantoi tu jelah alasan untuk selamatkan penajanya...

Kalau dah blogger upahan pembangkang pun terima gaji RM3k-5k sebulan inikan pula Hacker! Hacker beb! bukan calang-calang orangnya.

Sudah tentunya seorang hacker seperti Sofea ini di beri imbuhan yang lumayan untuk melakukan kerja mengondam laman web kerajaan, ini perkara biasa bila berurusniaga dengan seorang hackers kalau tak beriban-riban upahnya sorry la bro... booo layan...

Ini kerana hackers berhadapan dengan risiko yang tinggi kalau kantoi mereka ditangkap dan dipenjarakan, gelap masa depan tu...

Itulah sebabnya job yang mereka terima datang sekali dengan pakej yang lumayan hingga cecah jutaan ringgit...

Sofea dah gondam 10 website kerajaan Malaysia... berapa dia dapat? kalau nak tahu... suruh Rafizi Ramli (PKR) jawab...

Ingat tak lagi Rafizi pernah kata facebooknya kena gondam, sebab-sebabnya lambat bayar payment kat Sofea kot!

Polis Terima 205 Laporan Ke Atas Tian Chua Bangsat


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara.

"Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini.

Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata Anggota Parlimen Batu itu.

-Bernama

PKR Tidak Nafi Surat Rahsia Fareez Tentang Wan Azizah


PKR tidak menafikan mengenai surat yang ditulis oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu, lapor FMT.

Mohd Fareez, 24 tahun dilaporkan turut tidak menafikan tentang surat tersebut dan difahamkan telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

“Parti tidak menafikan mengenai surat itu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah Fareez juga tidak mengiyakan perkara itu.

“Saya difahamkan Fareez akan memberi penjelasan berhubung perkara ini tidak lama lagi,” ujar sumber kepada FMT.

Surat yang ditulis tangan oleh Fareez itu antaranya mendakwa beliau ‘rapat’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar mencemburui hubungan mereka.

Dalam surat itu Fareez mendakwa dia rapat dengan Anwar hingga Ketua Umum PKR itu melantiknya sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak dari tahun 2008.

Surat yang dihantar kepada Presiden Pas itu meminta campur tangan Abdul Hadi untuk menasihati Wan Azizah supaya berundur daripada parti sebelum pilihan raya umum-13.

Dakwa Fareez pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya dari sikap negatif kedua-dua beranak tersebut.

“Saya berpendapat hanya Tuan Guru (Abdul Hadi) seorang sahaja, selaku Presiden PAS yang mampu mendesak Wan Azizah untuk undur diri dari jawatan Presiden KEADILAN (PKR) sebelum menjelang PRU13.

“Lagipun Wan Azizah tidak boleh bertanding kawasan parlimen, maka apa gunanya jadi Presiden Keadilan (PKR) jikalau tidak boleh bertanding kawasan parlimen. Ini sesuatu yang amat memalukan Pakatan Rakyat,” kata Fareez dalam sepucuk surat yang disiarkan menerusi laporan Malaysia Today.

Di akhir surat itu tidak ketinggalan nama Timbalan Presiden, Azmin Ali yang wajar diangkat sebagai pemimpin untuk mengetuai PKR.

Fareez turut mendakwa Azmin sebagai pemimpin lengkap berbanding Wan Azizah yang disifatkan sebagai proksi yang berpura-pura tidak mengetahui pelbagai perkara. -AIDC

RPK Dedah Surat Rahsia Tentang Wan Azizah



Kisah Sedih Balu Pegawai Polis, Suaminya Dibunuh Di Malam Ulang Tahun Perkahwinan Mereka!


Rosiah Dahlan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya bagi mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-23.

Namun, dia tidak tahu suaminya tidak akan membaca mesej tersebut apabila beliau telah dibunuh oleh pengganas Sulu.

Rosiah, 52, seorang juruaudit, berkata kali terakhir dia bercakap dengan suaminya Supt Ibrahim Lebar, kira-kira pukul 2.00 petang pada 2 Mac, sambil menambah ia adalah perbualan yang baik dan menggembirakan.

“Saya perlu mendengar suara suami saya setiap hari. Saya menelefonnya pada pukul 2 petang dan kami berbual pendek. Kemudian dia berkata mahu bercakap dengan anak bongsu kami tetapi akan menelefon semula pada pukul 8 malam.

“Kami menunggu panggilannya tetapi menjelang tengah malam yang masuk tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-23, saya tidak boleh menunggu lagi dan hanya menghantar SMS mengucapkan selamat hari ulang tahun. Tetapi tiada jawapan. Itulah saat-saat buruk dan menakutkan saya.

“Kemudian, saya mendapat tahu bahawa beliau tidak lagi hidup pada masa saya menghantar SMS,” katanya ketika ditemui di rumahnya di USJ 9 di sini.

Rosiah berkata dia amat sedih sepanjang hari selepas mendengar berita kematian suaminya di Semporna pada 2 Mac.

Supt Ibrahim, 52, dan lima anggota polis lain terbunuh dalam serangan hendap.

Rosiah menerima kematian suaminya sebagai takdir.

“Anak-anak menjadi kekuatan saya. Mereka tahu berapa banyak saya sayangkan suami saya dan bagaimana rapat dan kukuhnya hubungan kami.

“Saya juga perlu kuat untuk mereka. Sokongan besar diterima daripada keluarga, rakan-rakan, polis dan kerajaan telah membantu kami melalui masa yang sukar ini,” katanya.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak berusia antara 17 dan 22 tahun.

Anak sulung, Amirul Shafiq, 22, sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pemasaran di UiTM, Segamat, manakala Amira Shahira, 20, belajar perubatan di Universiti Kaherah di Mesir.

Anak bongsu, Amira Shadida, dijadualkan menduduki SPM tahun ini.

Rosiah berkata dia dan anak-anaknya bangga Supt Ibrahim dan rakan-rakan lain yang terkorban telah diangkat sebagai Wira Negara.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin dan beberapa pemimpin Puteri Umno peringkat bahagian melawat Rosiah di kediamannya.

Mereka mengucapkan takziah sebelum menyerahkan sumbangan wang tunai untuk pendidikan anak-anak.-Mstar

Video Nur Misuari Ugut DS Najib Untuk Berperang!


Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.



Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Sehingga ke hari ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan apakah motif beliau berjumpa dengan dengan Nur Misuari.

Baca juga artikel ini: Anwar Masih Belum Jawab Motif Jumpa Nur Misuari Sebelum Pencerobohan Lahad Datu.


Kenyataan Bapa Saiful Percubaan Bersihkan Moral Anwar Ibrahim


Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau.

Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak di peringkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri.

Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya.

Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan.

Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya.

Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
8 MAC 2013