Thursday, March 21, 2013

Skandal Abby Abdi Dan RM50 Ribu Dilondehkan


Sejak semalam lagi berita ini hangat di layar Internet... Jadi aku ambil la screenshot... korang baca la kat bawah ni atau google jer "Abby Abadi RM50 Ribu" macam-maca cerita korang akan dapat nanti.

Itu la Abby... lain kali mulut jangan nak celupar sangat... kan dah kena londeh semua rahsia sulit u...

Mohon penjelasan dari Abby berhubung dengan isu ini, ramai yang nak tau ni....


Video - Mahkamah Tawau Dikawal Anggota Keselamatan Bersenjata


Tawau- Mahkamah Tawau yang menempatkan Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi dikawal anggota pasukan keselamatan bersenjata sejak awal pagi Khamis.

Anggota polis tambahan mula memasuki perkarangan mahkamah pada 7.30 pagi menaiki dua lori polis dan beberapa kereta.

Kira-kira 40 anggota lengkap bersenjata berada di sekitar kawasan yang telah ditutup kepada orang awam bermula 5.30 petang semalam.

Video url: http://youtu.be/FdcZwSpkqq0



Kawasan luar mahkamah juga disita dan dikawal. Hanya pekerja mahkamah dibenar masuk ke mahkamah manakala wartawan hanya dibenar berada di luar kawasan.

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dilihat memasuki mahkamah pada pukul 8.23 pagi.

Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan di sini pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 130KA kanun yang sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

-Bernama

TERHOT: Gambar 5 Pengganas Kiram Sewaktu Rundingan Di Awal Krisis Lahad Datu


EKSKLUSIF - Gambar 5 wakil pengganas yang dihantar untuk berunding dengan pasukan keselamatan semasa di awal Ops Sulu dahulu didedahkan. Foto eksklusif ini didedahkan oleh Portal My News Hub.

Yang pertama di atas, adalah lima daripada puluhan pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Ia diambil semasa awal-awal rundingan dijalankan antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas berkenaan.

Pada peringkat itu mereka boleh dilihat bersikap tenang, ceria dan seolah-olah yakin yang kemenangan sudah di tangan mereka.

Namun mereka lupa yang pasukan keselamatan kita tidak semudah itu menyerahkan tanah yang berdaulat ini begitu saja.

Dalam pertempuran tidak lama selepas itu, seorang demi seorang mereka yang di dalam gambar itu berjaya ditembak mati

Manakala gambar di bawah adalah bot milik pengganas yang telah dimusnahkan dalam serangan tentera pada 8 Mac di Kampung Tanduo.


Lahad Datu - Sandiwara Tian Chua Memakan Diri


Jenuh berpencak silat nampaknya pembangkang cuba menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa parti pembangkang tidak sensitif dan tidak patriotik.

Entah kenapa susah benar bagi pembangkang untuk mengaku bahawa Tian Chua telah keterlaluan, tersalah langkah dan celupar. Sedangkan lebih mudah untuk mereka menempelak Tian Chua dan memohon maaf dari rakyat dan keluarga wira-wira yang terkorban, bagi pihak parti mereka. Tentu dengan cara ini, rakyat akan lebih menghormati mereka sekali gus menyukarkan BN untuk mencari kelemahan mereka.

Tindakan pembangkang untuk membela Tian Chua membuktikan bahawa parti tersebut sebenarnya berkongsi sikap yang sama dengan Tian Chua iaitu tidak sensitif dan tidak patriotik. Bagi pembangkang, nyawa manusia tiada harga dan kedaulatan negara adalah perkara remeh.

Justeru, tidak guna mereka menuding jari keliling, sedangkan kata-kata Tian Chua yang biadap itu disiarkan oleh media rasmi mereka sendiri iaitu Keadilandlaily. Jika Tian Chua ingin membela diri, beliau harus terlebih dahulu mendakwa laporan media itu yang disiarkan pada 1 Mac 2013 mengenai kenyataannya, sebagai tidak benar sama sekali. Lebih elok jika beliau menyaman sahaja Keadilandaily. Tetapi Tian Chua enggan, sekali gus menunjukkan yang beliau teguh mempertahankan kenyataannya.

Antara petikan kenyataan Tian Chua yang membawa kepada pendakwaan menghina pasukan keselamatan ialah:

· “pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.” dan

· “Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.” serta

· “Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”

Sebaliknya, pembangkang memilih untuk menangani isu ini dengan menuduh kononnya pendakwaan terhadap Tian Chua adalah usaha UMNO untuk mengalihkan isu Sabah. Sedangkan sebelum itu, Tian Chua juga menuduh yang UMNO cuba menutup apa yang berlaku di Sabah.

Untuk itu, kita merasakan bahawa tidak perlulah UMNO membela diri dalam hal ini tetapi biarlah pembangkang dan Tian Chua sahaja yang terkinja-kinja meroyan mengatur langkah sumbang dan lintang pukang.

Ini kerana, rakyat sedia maklum bahawa media-media rasmi kerajaan memberi tumpuan penuh dan liputan berterusan dan besar-besaran mengenai keadaan di Sabah. Jika benar tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba mengalih isu, tentulah kita tidak akan dapat membaca dan mendengar perkembangan di sana melalui media kerajaan.

Malah, rakyat juga sedia maklum bahawa pembangkang juga yang paling teruja dan seronok sekali apabila Sabah diceroboh. Bagaikan pasukan sorak, pembangkang mendesak kerajaan agar mengeluarkan arahan bunuh sahaja sambil mengutuk tindakan diplomasi sebagai lembab.

Tetapi, apabila media asing menghebahkan pembabitan pembangkang dalam insiden tersebut tiba-tiba saja sorakan mereka menjadi pudar. Malah, apabila ada pasukan keselamatan kita yang terbunuh, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara kerajaan pula. Kononnya untuk menutup isu kad pengenalan.

Nyatalah bahawa hanya orang yang benar-benar taksub dan buta tuli sahaja yang tidak mampu melihat segala kecelaruan pembangkang.

Hakikatnya, pencerobohan Lahad Datu telah mengganggu fokus kerajaan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, selain membantutkan Barisan Nasional untuk menggerakkan kerja-kerja awal bagi menghadapi Pilihanraya. Pendekata, ia tidak memberi keuntungan atau kelebihan dari segi apa jua kepada pihak kerajaan atau BN dan kerana itulah pembangkang merupakan yang paling seronok, teruja, gembira dan seolah-olah meraikan pula pencerobohan tersebut pada mulanya.

Namun, siapa sangka apa yang pembangkang rancangkan untuk memberi imbuhan kepada mereka, kini memakan diri. Malah, menjadi semakin parah akibat keceluparan Tian Chua menayangkan sikap tidak berhati perut mereka secara terbuka.

Sebenarnya, kita tidak perlu berfikir jauh untuk mencari logik dalam kejadian ini. Fikirlah sendiri, yang manakah yang lebih masuk akal antara dua senario ini:

1.) pihak yang sedang berkuasa dengan momentum sokongan yang semakin memberangsangkan mengarahkan sandiwara berdarah yang mampu membuka ruang untuk dikritik,

ATAU

2.) pihak yang tergila-gilakan kuasa yang semakin kehilangan sokongan mengarahkan sandiwara berdarah dengan harapan untuk melemahkan kerajaan atau mungkin menjatuhkan terus kerajaan tanpa perlu melalui pilihanraya?

Malah, kita juga boleh menyaksikan sendiri bagaimana pihak yang tergila-gilakan kuasa itu langsung tidak sensitif dan langsung tidak punya semangat patriotik.

Tetapi, jika ini belum cukup kuat untuk membuktikan pendalangan pembangkang dan pengkhianatan Tian Chua, maka kenyataan Majlis Peguam, iaitu antara rangkaian penyamaran pembangkang, yang ingin membela pengganas Sulu, wajar dijadikan noktah terhadap sokongan kepada pembangkang.


Cubaan Desperado PKR Untuk Kaitkan Penceroboh Sulu Dengan UMNO...


Kalau terdesak sangat tak perlulah begini.Rafizi Ramli,Pengarah Stratejik PKR bersusah payah hendak buktikan konon pencerobohan gerombolan bersenjata Sulu ada kaitan dengan UMNO.

Beliau mengadakan sidang akhbar di ibupejabat PKR dengan membawa keluar salinan dokumen untuk tunjuk ketua penceroboh, Azzimuddie Kiram pernah menjadi Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat pada tahun 1975.

Salinan dokumen berkenaan adalah senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dokumen itu catat Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.

Sebenarkan spekulasi mengenai Azzimudie kemungkinan pernah jadi ADO di Kudat sudah dilaporkan oleh media tempatan kebelakangan ini.

Namun cara Rafizi nak buat gempak terus dakwa macam kerajaan hendak menyembunyikan fakta ini.

Para wartwan yang hadir sidang akhbar itu sendiri garu kepala memikirkan bagaimana isu seorang yang dikatakan pernah jadi ADO di Kudat 38 tahun lampau hendak dikaitkan dengan UMNO.

Malah waktu itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri belum aktif dalam politik.

Najib baru bertanding kerusi parlimen Pekan pada tahun 1976 ekoran kematian Allahyarham Tun Abdul razak.

Juga UMNO hanya masuk ke Sabah sebagai sebuah parti pada awal 1990han.

Lebih melucukan bila ditanya kenapa cuba kait penceroboh dengan UMNO,Rafizi jawab sebab kebanyakan orang Sabah keturunan Sulu dan Bajau adalah ahli UMNO.

Apa lojiknya Rafizi cakap begitu.Bunyi macam desperado sangat hendak kaitkan UMNO.

Mungkin hendak counter isu gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang sembang dengan Nur Misuari yang cetuskan pelbagai tandatanya kebelakangan ini.

-AgendaDaily

Wednesday, March 20, 2013

Dun Negeri Sembilan Bubar Secara Automatik Selasa Ini


Seremban - Urusan pentadbiran Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sekalipun Dewan Undangan Negeri (Dun) terbubar secara automatik Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembubaran Dun itu hanya melibatkan kuasa politik yang dipegang wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud.

"Kerajaan sementara mesti ada (walaupun Dun terbubar) untuk menjaga kepentingan rakyat, sehingga satu pilihan raya diadakan dan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan.

"Tetapi dalam tempoh Dun dibubar sehingga pilihan raya, kerajaan sementaralah yang akan menjaga negeri.

Orang mesti faham ini sebab jangan nanti ada yang persoal kenapa Menteri Besar masih ada selepas Dun bubar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Katanya amalan di negara ini apabila Dun atau Parlimen bubar, sama ada secara automatik atau dibubarkan, kerajaan yang sama akan mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan sementara.

Katanya kerajaan sementara adalah kerajaan yang sah dan masih boleh membuat keputusan berkaitan dasar termasuk memperkenalkan dasar baharu jika perkara itu dilihat amat diperlukan.

"Tapi dalam kerajaan sementara ini kita cuba mengelak daripada membuat keputusan-keputusan dasar. Sebab kita kerajaan sementara sahaja jadi kita sepatutnya cuma mengurus hal-hal pentadbiran sahaja.

Dun Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, merupakan yang pertama akan terbubar secara automatik iaitu pada 26 Mac ini jika tiada pembubaran awal dibuat.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi, manakala selebihnya dimenangi DAP (10), PKR (4) dan Pas (1). - Bernama

Rembau Most Wanted yewww! http://youtu.be/unOwwgRTcFY