Wednesday, March 27, 2013

#TolakPR Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat? #LahadDatu


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat?

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

#TolakPAS Video Pembohongan PAS Bina 12 Buah Masjid Di Kedah


Dalam buku terbitan PAS Kedah bertajuk Sayangi Kedah, PAS Kedah telah berbohong dengan berkata bahawa mereka telah membina 12 buah masjid di Kedah. Sebenarnya kesemua masjid tersebut dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Nama jer lebai PAS tapi kuat menipu puak ni! Hampehhh!


Terdahulu Pemuda UMNO Kedah yang di ketuai Badrul Hisham Hashim telah berjumpa dengan Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU ) bagi Negeri Kedah, Datuk Hj Azmi Lateh .

Perjumpaan tersebut adalah untuk mendapatkan kepastian berkenaan pembinaan 12 Masjid yang di katakan dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah seperti mana yang tertulis dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.

Dalam perjumpaan itu, Datuk Hj Azmi Lateh mengesahkan 11 dari 12 Masjid yang telah di bina dan yang masih dalam proses pembinaan adalah hasil peruntukan dari Kerajaan Pusat. Manakala baki 1 lagi Masjid merupakan hasil derma dari individu dermawan.

Menurut Badrul Hisham, Pihak Pemuda UMNO Kedah merasa kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS Kedah yang menipu rakyat Kedah melalui buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.

Juteru dari itu Pemuda UMNO Kedah meminta Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada rakyat Kedah yang telah di tipu melalui buku Sayangi Kedah Sejahtera.

Video url: http://youtu.be/2LWIYBBY47s

#BELA13 Pendedahan SMS Pembangkang Dengan Pengganas Kiram #LahadDatu



Pendedahan dari blog Mymassa mendakwa terdapat beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) antara pembangkang Malaysia dengan wakil pengganas Jamalul Kiram III dilakukan sebelum terjadinya insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Kandungan SMS dari pembangkang Malaysia tersebut telah meminta pengganas Kiram masuk menceroboh Sabah dengan harapan untuk melakukan kacau bilau di Lahad Datu.

Selain itu, pembangkang Malaysia turut berjanji akan menyalurkan wang dan memberikan pangkat serta jawatan dalam melaksanakan misi tersebut.

SMS dari pengganas Kiram pula menuntut supaya perjanjian damai kerajaan Filipina dengan MILF dibatalkan, elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan dan taraf kewarganegaan secara automatik kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah.

#ManisfestoBukanJanji Pendedahan Janji Kosong Pembangkang!

Setelah 4 tahun di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, dan 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis Pakatan Rakyat masih belum ditunaikan...

Ternyata manifesto Pembangkang adalah janji kosong. Tiada kemajuan yang banyak malah manifesto yang lalu tidak tertunai.  Mereka sering mengatakan itu dan ini dan berjanji bermaca-macam kepada rakyat. Seharusnya mereka mempunyai integriti untuk mengotakan janji mereka.

Rakyat di empat negeri Pakatan harus tolak Pakatan Rakyat untuk ajar mereka jangan tabur palsu lagi! Marilah kita bersama TOLAK JANJI-JANJI palsu pembangkang!!!





Video Seks Nurul Izzah - Anwar Cemuh Wartawan

Foto dakwaan pembangkang mirip Nurul Izzah

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur wartawan Antarapos yang mengajukan persoalan mengenai video seks yang dikaitkan kepada beliau.

Soalan itu bertumpu kepada kenyataan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution yang mendakwa Umno akan mendalangi video seks fitnah membabitkan pemimpin selain Anwar, termasuk Nurul Izzah.

Ditanya mengenai kenyataan Saifuddin itu, Anwar menuduh Antarapos sebagai alat Umno.

"Saya nasihatkan UMNO waktu Maghrib, awak solat dan ambil wudhuk, malu kita kepada umat Islam, kalau masyarakat Islam khususnya UMNO dan Antarapos dan mari kita solat maghrib dan mohon keampunan daripada Allah SWT," kata Anwar kepada AntaraPos.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) di ibu pejabat PKR.

Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang sebelum ini sering dicemuh oleh Anwar dilarang sama sekali daripada membuat liputan sidang akhbar itu.


Terdahulu Saifuddin menyamakan pimpinan PKR kepada Nabi Yusuf, Mariam dan Aisyah yang difitnah dengan fitnah seks. Anwar adalah Ketua Umum PKR.

“Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan,” kata Saifuddin.

“Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Saifuddin bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong hujah bahawa video yang dimaksudkan adalah manipulasi imej digital.

“Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah,” kata Saifuddin.

Sejak beberapa hari lalu, ibu pejabat PKR mengadakan sidang akhbar untuk melempar pelbagai tuduhan terhadap blogger Papagomo selepas blog itu menunjukkan sedutan video membabitkan aksi seorang lelaki mirip Anwar.

Menurut Papagomo, rakaman penuh video itu akan menunjukkan lelaki berkenaan meliwat seorang mahasiswa dari Sabah yang kemudian diberikan upah RM300.

Anwar sudah pun menfailkan saman RM100 juta terhadap Papagomo namun blogger itu bertegas mendedahkan video berkenaan.

Anwar dan pimpinan PKR sebelum ini menolak video-video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu sebagai fitnah jahat Umno.

Pada tahun 2011, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengenakan denda terhadap tiga orang termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana menayangkan sebuah video seks kepada orang ramai.

Ketiga-tiga tertuduh itu mendakwa pelaku seks dengan pelacur Cina dalam video itu adalah Anwar.

Pada sidang mahkamah itu, dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengemukakan laporan bahawa rakaman video itu adalah tulen iaitu tidak ada sebarang “tampering” (diubah-ubah) dan “super impose” (pertindihan imej) dilakukan.

PRU13: BN Pulau Pinang letak 40% Muka Baru


Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menampilkan 40 peratus calon muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow.

Bagaimanapun, beliau berkata, senarai calon BN bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun di negeri itu belum dimuktamadkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN.

"Sebahagian besar daripada calon telah diteliti dan kami yakin mereka mampu memberi saingan hebat kepada calon pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Penjaja 1Malaysia di sini hari ini.

Chang Yeow yang juga Setiausaha Agung parti Gerakan, meminta semua parti komponen BN negeri menghormati keputusan pemilihan oleh pucuk pimpinan BN pusat serta memberi sokongan penuh kepada calon.

Beliau turut mengingatkan anggota parti komponen BN memanfaatkan segala ruang dan peluang dengan sebaik-baiknya di samping melipat gandakan usaha dalam memantapkan jentera pilihan raya pada peringkat akar umbi.

Pada PRU 2008, pakatan pembangkang memenangi 29 kerusi Dun iaitu 19 oleh parti DAP, sembilan oleh PKR dan satu oleh Pas manakala BN memperoleh 11 kerusi menerusi calon Umno.

Bagi 13 kerusi Parlimen, pakatan pembangkang menguasai 11 manakala dua oleh BN.

Sementara itu pada majlis berkenaan, Penasihat Koperasi Penjaja 1Malaysia Tan Sri Tan Khoon Hai berkata, penubuhan koperasi itu bertujuan membantu peniaga kecil daripada pelbagai kaum mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan geran pelancaran berjumlah RM3 juta sebagai permulaan modal untuk koperasi itu merangka pelbagai program yang bakal memberi manfaat kepada lebih 12,000 peniaga berdaftar di negeri ini.

Beliau berkata, peniaga kecil tanpa mengira kaum boleh menikmati kemudahan bantuan itu dengan mendapatkan borang pendaftaran di pejabat Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini pada waktu pejabat. - Bernama

Lim Guan Eng Tertekan Kerana Video Ini #SavePenang


Anne Edwards interviews Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) CEO Tan Sri Dr Michael Yeoh on how Malaysia's 13th General Election can affect the economy. Watch this video http://youtu.be/G_qY1SO3Oc4

Sebab Undi PAS Itu Haram #TukarKelantan


Timbulnya ‘fatwa’ undi PAS itu haram, adalah mungkin ekoran pihak PAS sendiri yang merentangkan kain iklan bahawa undi PAS itu adalah wajib!

Hujah@alasan ‘fatwa’ haram itu adalah berpokokkan pada kerjasama PAS dengan DAP, yang menyaksikan stigma ‘perjuangan’ PAS selama ini untuk menegakkan negara Islam, sekali gus memperkasakan tata perundangan Islam, ‘digadai’ untuk serasi dengan tuntutan DAP. Tertinggi dalam tuntutan DAP ialah tidak boleh wujudkan ‘negara Islam’ dan melaksanakan ‘hudud’. Isu kalimah Allah pula adalah satu lagi ‘ujian’ terhadap keikhlasan PAS dalam memberikan kerjasama, walau pun PAS hanya diberikan kerusi parlimen, lebih kurang 70 saja untuk bertanding dalam PRU-13 nanti.

Melalui berita TV3 pula, Nik Aziz, yakni Mursyidul Am PAS, membalas balik ‘fatwa’ haram itu dengan meminta hujjah, kerana beliau pun boleh kata ‘undi UMNO itu haram’. Inilah yang menyebabkan penulis rasa terpanggil untuk memberikan pandangan.

Penulis melihat isu undi haram ini dalam konteks amalan umat Islam. Ini kerana umat Islam boleh berada dalam negara Islam, dan boleh juga berada dalam negara bukan-Islam. Pun begitu asas dan prinsip ajaran tetap sama, seperti kejujuran dan keikhlasan yang dituntut dilaksanakan oleh umat Islam walau terhadap bukan Islam sekali pun. Tegasnya, neracanya ialah kejujuran dan keikhlasan, bukan umat Islam itu sendiri.

Sehubungan dengan amalan umat Islam ini, mereka sering diperingatkan tentang berguru dengan tokoh ulamak. Amalan tidak boleh diambil semberono, tetapi perlu menepati ajaran dalam Islam, atau lebih jelas lagi, berada dalam sanad Nabi saw.. Inilah yang dikira amalan yang betul.

Sungguh pun begitu, ’orang’, yakni tokoh ilmuan/ulamak, yang dipergurukan itu, perlu lah seseorang yang berilmu dan berwibawa.

Dengan kata lain, dalam amalan itu terdapat dua hal: amalan (yang menepati ajaran Islam) dan ‘pembawa’ (tok guru) amalan itu. Maksudnya, jika amalan itu menepati ajaran Islam, maka perlu perhalusi si tok guru itu pulak.

Jika dipadankan dengan situasi politik semasa, istimewanya dalam kes mengundi, maka tindakan mengundi itu dikira amalan, manakala pihak yang bertanding – baik secara individu, atau pun tiket parti – adalah dikelasifikasikan sebagai ‘tok guru’, kerana merekalah kelak yang akan mempunyai kuasa, atau dikelaskan sebagai pihak berkuasa.

Dengan kata lain, mengundi adalah satu amalan, yakni tindakan, yang perlu selaras dengan tata atau ajaran Islam. Ini tanpa mengira sama ada tatacara mengundi secara demokrasi yang diamalkan dewasa ini, kompatibel dengan ajaran Islam atau pun, masih tidak menepati ajaran Islam sepenohnya. Maksudnya, selaras dengan ajaran Islam itu ialah apabila undian itu diberikan kepada tokoh (yakni tok guru) yang jelas memiliki kepimpinan Islam. Atau boleh juga dikatakan, siapa yang lebih menepati ajaran Islam, yakni bila dibandingkan antara calon-calon yang bertanding.

Perlu diingati ialah tentang hadis yang meminta supaya memilih (tokoh) yang terbaik. Terbaik ini merujuk kepada semua aspek, bukan sekadar mahir dalam ilmu agama semata-mata (atau bertokoh ulamak semata-mata), tetapi juga arif dalam pentadbiran dan pengurusan negara, menjaga kepentingan bangsa dan umat Islam, sihat dan bertenaga, dan sebagainya.

Justeru, bersandarkan pada senario sebeginilah, maka timbulnya nilaian, yakni ‘fatwa’, sama ada mengundi sesatu pihak itu dapat difatwakan sebagai haram atau pun tidak.

Oleh itu, bila PAS yang termaktub dalam perlembagaannya, memperjuangkan negara Islam, tiba-tiba kepimpinannya didapati bersekongkol dengan pihak yang menentang penubuhan negara Islam (yakni DAP), maka ‘fatwa’ haram itu adalah jelas dan tepat.

Malah terdapat banyak lagi contoh-contoh kepimpinan PAS yang melanggar ajaran Islam. Paling tersohor ialah Amanat Haji Hadi, yang mengkafirkan UMNO, bersekali dengan ahli-ahlinya, walau pun mereka masih beragama Islam. Paling utama pula ialah bila perjuangan ‘ketuanan Melayu’ dikatakan tidak ada dalam Al-Quran, lalu digantikan dengan ‘ketuanan Islam’, sedangkan orang Melayu itu adalah orang Islam. Dalam pada itu, PAS tidak menjelaskan pula siapa yang bakal memainkan peranan dalam ‘ketuanan Islam’ itu… adakah orang Cina, India atau pun siapa?

Paling parah ialah bila N.Aziz, yang diberikan jolokan ulamak mursyid itu, menyifatkan Nabi Muhammad saw. itu adalah sama seperti Mamat-Mamat di kampung-kampung! Ini adalah suatu fitnah, dan penghinaan terhadap junjungan, meski pun sebelum baginda dilantik jadi nabi lagi pun.

Jika hendak di sebutkan kes-kes lain lagi, maka berderetan lah contoh-contohnya…

Apa yang jelas ialah hujah di sebalik ‘fatwa’ mengharamkan undian ke atas PAS.

Selebihnya, mengundi UMNO adalah harus, dan tidak boleh dimasukkan ke dalam kandang ‘haram’ langsung. UMNO juga perjuangkan Islam, sebagaimana terbukti wujud dalam Perlembagaanya, selain mengotakan apa yang diperjuangkan. Apatah lagi kepimpinan yang ada pada hari ini yang seringkali mengajak PAS bersatu dalam memperjuangkan kepentingan bangsa, negara dan agama. UMNO hanya minta Amanat ditarik balik, dan tidak pun mengatakan PAS bukan sebuah parti atau pertubuhan Islam pun.

… dan jika hendak disebutkan kes-kes lain lagi, maka berderetanlah contoh-contohnya…

Umat Islam sememangnya perlu faham, akur dan dijadikan nadi amalan bila syurga yang berada di bawah tapak kaki seseorang ibu itu, tidak dimestikan mematuhi si ibu jika si ibu berada dalam landasan yang bertentangan dengan ajaran Islam…. Inikan pula PAS dan tokoh-tokoh ‘ulamak’nya itu!

Oleh : Mohd Khairi Wan Ali

#Sodomy Penyokong Masih Menunggu Anwar Bersumpah Mubahalah #UUlangISaman


Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.

Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara. Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.

Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.

Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk. Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?

Ini kerana isu di sini bukan ‘rela atau paksa’ tetapi ‘liwat atau tidak’. Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat.

Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP. Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.

Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme. Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.

Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme. Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan ‘kesucian’ dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan. Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan lagi. Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”

Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’. Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah. Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah. Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.

Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.

Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.

Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.

Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata. Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.

Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan. Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong. Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.

Tuesday, March 26, 2013

Selangor Bubar DUN 22 April - Khalid Ibrahim


Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor.

“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.

Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak," kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan Pas dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan Pusat.

Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan berkata, pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa.

“Sekarang kita bincang dahulu," katanya.

-Bernama

#Sodomy Rafizi Silap Pangkah Rumah... Ibarat Filem Ali Baba Bujang Lapuk #UUlangISaman

Ibarat filem ‘Ali Baba dan 40 penyamun’ begitu gambaran kejadian berlaku kepada seorang penduduk terkejut dengan pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa rumah beralamat SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang milik blogger Papagomo.


Menurut laporan akhbar Sinar Harian, Baharuddin Abu Talib, 67, yang tinggal berdekatan alamat itu berkata, rumah itu sudah lebih lima tahun tidak berpenghuni.

Katanya, rumah itu milik seorang doktor berketurunan Sikh yang kini dipercayai menetap di London.


"Pakcik dah duduk sini 37 tahun. Tak pernah pula dengar nama Wan Muhammad Azri (Dakwaan pihak PKR kononnya Papa Gomo).

"Rumah itu sudah lama mahu dijual tetapi tak ada yang nak beli. Pemilik rumah pun tak pernah dilihat pulang dalam tempoh lima tahun ini", katanya.

Katanya, rumah itu pernah disewa seorang mekanik dan keluarganya namun hanya dalam tempoh singkat.

Itulah.. lain kali kalau nak buat pertuduhan, siasat dulu betul-betul jangan nak main redah je...

Marilah kita gelakan si Jambu yang bernama Rafizi Kah Kah Kah Kah Kah Kah!


#Sodomy Ada Cubaan Beli Mohd Saiful


Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) yang mendakwa menjadi mangsa liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan maruahnya bukan sesuatu yang boleh dijual beli dan berikrar akan mempertahankannya.

Kenyataan terbaru yang dibuat Mohd. Saiful menerusi laman twitternya itu menimbulkan persoalan apakah terdapat pihak tertentu cuba membelinya dengan wang ringgit sebagai balasan membuat pusingan ‘U’.

Ini kerana penegasan Mohd. Saiful itu dibuat selang dua minggu selepas bapanya, Azlan Mohd. Lazim secara tiba-tiba mengubah pendirian dengan mendakwa pertuduhan kes liwat terhadap Anwar adalah konspirasi.

“Kepada Anwar Ibrahim, saya bukan untuk ‘dijual’. Jika anda Perdana Menteri sekali pun saya tidak akan tunduk. Yang hak pasti akan berdiri, yang batil pasti jatuh. Itu janji Allah,” katanya menerusi akaun twitternya hari ini.

Pada 8 Mac lalu, Azlan dilihat mengkhianati perjuangan anaknya apabila menuduh kononnya dakwaan Anwar pernah meliwat Mohd. Saiful pada 2008 adalah fitnah, tetapi segera dinafikan mangsa pada hari yang sama.
Sebaliknya, Mohd. Saiful pula mendedahkan bapanya mengambil tindakan mengejut itu, beberapa ahli keluarganya didatangi beberapa pihak tertentu bertujuan mahu mengganggu-gugat perjalanan kes liwat tersebut.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai tindakan Anwar mempergunakan bapanya, Mohd. Saiful juga menerusi laman twitternya menyifatkan, tindakan tersebut satu langkah yang sangat silap dan bakal memakan diri Ketua Pembangkang terbabit.

- Utusan

Maklumat Bocor - Orang Dalam PR Dedah Senarai Calon #ManifestoBukanJanji



Senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam.


SENARAI CALON PKR
Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

Polis Jejak Individu Kirim Wang Ke Pulau Jolo Bantu Pengganas #LahadDatu


Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata, perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.

Beliau berkata, 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya.

-Bernama