Monday, April 8, 2013

Video Eksklusif : Ulasan #ManifestoBN Dari Ketua Pemuda UMNO, KJ


Temuramah ulasan manifesto BN, Khairy Jamaluddin di siaran Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 dan Nasi Lemak Kopi O TV9 (NLKO) pada hari ahad, semalam. Video url: http://youtu.be/jcLfrGB_mO0





#PRU13 PKR Bakal Berkubur... PRU-13: 27 Lagi Ahli PKR Pasir Salak Sertai UMNO, 429 Orang Dalam Seminggu


PASIR SALAK 8 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bercita-cita mahu merampas Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 terus menerima tamparan hebat apabila 27 lagi ahlinya bertindak meninggalkan parti itu.

Perkembangan itu sekali gus memberi tekanan kepada kepimpinan pakatan pembangkang di Pasir Salak selepas 428 ahli dan pemimpin PKR meninggalkan parti itu setakat ini, dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Kesemua 27 ahli PKR tersebut berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Tarmizi Abu Bakar, 40, berkata, keputusannya meninggalkan PKR sudah bermain-main difikirannya sejak enam bulan lalu selepas melihat pucuk pimpinan parti itu gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat.

"Keputusan menyertai UMNO bukan dipengaruhi mana-mana pihak tetapi atas keyakinan terhadap BN yang saya lihat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Pasir Salak,'' katanya yang menyertai PKR Ranting Parit 4A sejak tiga tahun lalu.

Pada 8 Mac lalu, bekas Setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip mengetuai 340 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Parti pembangkang itu terus menerima kejutan apabila 62 ahlinya yang diketuai Setiausaha PKR cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan membuat tindakan sama pada 3 April lalu.

Mohd. Tarmizi berkata, dia dan rakan-rakannya juga berikrar akan bertungkus-lumus membantu jentera BN pada PRU-13.

Sementara itu, Tajudin mengalu-alukan tindakan kumpulan tersebut sambil menyifatkannya sebagai simbol gelombang sokongan rakyat kepada BN.

Katanya, kredibiliti PKR juga semakin tercalar apabila ramai ahlinya hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu yang hanya bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya.

"Kepimpinan PKR dilihat semakin menggelabah apabila ramai ahlinya menyokong BN dengan menjadi ahli UMNO. Ini memberi tekanan yang bukan sedikit kepada parti itu apabila momentum sokongan terhadap BN semakin meningkat,'' ujarnya. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 #TolakPR - PKR Indera Mahkota Lumpuh, 300 Ahli Keluar Parti



Tidak dapat dinafikan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat di Negeri Pahang pada ketika ini semakin bertambah buruk hari demi hari.

Sejak bermulanya insiden 'Boo...' dari kalangan ahli - ahli PKR sewaktu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini timbul pula masalah lain.

Jika sebelum ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kepimpinan Datuk Fauzi ditolak kepimpinan Negeri apabila Azan Ismail meletakkan jawatan.

Kemudiannya, beberapa ahli PKR Paya Besar turut mengikut jejak langkah Azan dan bertindak secara drastik untuk keluar dari parti tersebut.

Jelas, kepimpinan Datuk Fauzi bukan baru ini menjadi bahan pertikaian tetapi sejak awal beliau melangkahkan kaki keluar dari UMNO lagi.

Ramai yang mempersoalkan, dimana kredibiliti Datuk fauzi sebagai seorang pemimpin? Beliau bukan seorang Ketua Cabang. Bagaimana beliau boleh jadi Pengerusi Negeri?

Sewajarnya, sebagai seorang Ketua Umum, perkara sedemikian akan berada dalam pertimbangan Datuk Seri Anwar. Namun malangnya, perkara tersebut tidak berlaku.

Suara ahli PKR diperingkat akar umbi seolah - olah telah dipinggirkan begitu sahaja. Malah, sehingga ke hari ini, nama Datuk Fauzi masih disebut - sebut oleh Anwar.

Tidakkah itu bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lansung mendengar gerak nadi orang bawahannya sendiri? Bagaimana mungkin beliau dapat memimpin Negara kelak?

Mungkin jelak dengan cara kepimpinan sedemikian membuatkan 300 orang ahli PKR termasuk Timbalan Ketua Cabang bertindak keluar parti malam semalam.

Tindakan itu dilakukan sewaktu jamuan makan malam sempena Majlis Jalinan Kasih Kelab Pembangunan India Kuantan Pahang bersama YAB Menteri Besar semalam.

Dalam Majlis tersebut, mereka juga turut membaca ikrar taat setia dan akan menyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi mereka, hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk memperjuangkan hak serta menjaga Kebajikan rakyat terutamanya kaum India diseluruh Negara.

Selain itu, mereka juga turut menempelak kepimpinan PKR yang jelas bukan sahaja tidak mengendahkan mereka, malah turut tidak mengambil berat terhadap kaum tersebut.

Persoalannya sekarang, jika ahli sendiri pun PKR buat tak layan, apatah lagi dengan kita orang biasa? Memang jelas perjuangan PKR bukan untuk memperjuangkan rakyat. Sebaliknya untuk kepentingan diri mereka semata - mata!!!

#ManifestoBN - Satu Juta Rumah Mampu Milik vs 150,000


Ulasan manifesto dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin - Antara aku janji BN paling menarik yang dibentangkan oleh Dato' Sri Najib semalam ialah kemudahan rumah mampu milik.

Berdasarkan kajian Pemuda BN, antara permintaan utama orang muda ialah untuk memliki rumah dengan harga yang sederhana di kawasan yang strategik.

Hasil daripada feedback yang diberi oleh Pemuda BN, kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100% untuk orang muda. Sebelum ini, pembeli rumah perlu tanggung 10% 'down payment'. Ramai orang muda tidak mampu.

Selepas diperkenalkan skim tersebut, ramai pula yang minta untuk diperbanyakkan rumah mampu milik di kawasan bandar-bandar besar.

Alhamdulillah, aku janji BN memberi komitmen untuk menyediakan SATU JUTA rumah mampu milik dalam lima tahun akan datang. Ini termasuk 500,000 unit rumah PR1MA yang dijual pada sekurang-kurangnya 20% dibawah harga pasaran!

Aku janji ini jauh lebih hebat daripada apa yang dicadangkan oleh pihak lawan. Pakatan 'janji' untuk bina hanya 150,000 unit dalam tempoh lima tahun. Ini saya petik dari manifesto mereka.

Untuk ulasan manifesto dan perkembangan terkini mohon like dan follow www.facebook.com/khairykj

#PRU13 #ManifestoBN 'Aku Janji' BN Dirangka Dengan Teliti: KJ


Berbanding manifesto Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) mengambil kira faktor kedudukan ekonomi negara sebelum membentangkan 'Aku janji', kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

"Setiap daripada janji yang kita bentangkan dalam 'Aku janji' BN telah disemak. Kita nak pastikan janji kita ini kita dapat biayai dan bayar janji itu. Bukan retorik," katanya ketika menjadi tetamu program MHI di TV3.

Katanya, manifesto BN kali ini meliputi pelbagai aspek serta langkah untuk meringankan beban rakyat. Malah, yang paling penting ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

ni amat baik sekali kerana apabila kita bagi rakyat duit untuk berbelanja, mereka akan menjana ekonomi. Mereka akan berbelanja dan permintaan peribadi (private consumption demand) meningkat dan menjana aktiviti ekonomi.

"Soal penjanaan pelaburan, soal meningkatkan lagi latihan, peluang pendidikan, keusahawanan, pinjaman untuk usahawan-usahawan dan sebagainya, ini aspek yang mapan. Bukan hanya bagi duit, tapi kita juga bagi untuk menjana ekonomi supaya pertumbuhan ekonomi mapan.

"Kalau sekadar nak hapuskan itu, hapuskan ini, nak ini percuma dan sebagainya, dia akan membebankan ekonomi dalam jangka masa panjang tanpa ada usaha'" katanya.

Menyahut kata-kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pengundi perlu memilih berdasarkan pemimpin yang mempunyai 'kebolehpercayaan', beliau berkata ia dapat dinilai melalui bukti manifesto pembangkang yang masih belum tertunai.

"Soalnya disini sama ada kita bertanggungjawab ataupun tidak., dapat laksana atau tidak.

"Contoh bagi negeri pembangkang, Selangor. Ramai yang dah saman kerajaan negeri, tidak dapat laksana janji warga emas, ibu tunggal, anak-anak tadika air percuma dan sebagainya,tidak dapat nak buat. (Ini) Soal tiada kebolehpercayaan.

"Selain itu boleh tak kita percaya pemimpin ini untuk laksana janji realistik yang tidak akan memusnahkan negara kita," ujarnya.

-AntaraPos

#PRU13 #Vote4BN - Mohamad Hasan Pertahan DUN, Khairy Kekal Di Rembau


Senarai calon Barisan Nasional (BN) negeri sudah pun dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan dan mungkin ada 'gegaran' sewaktu diumumkan kelak, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, walaupun ada penyandang yang tidak dicalonkan atau nama disenaraikan tidak tercalon, beliau berharap semua pihak dalam BN menerima keputusan pemimpin dengan hati terbuka dan bersama-sama bekerja untuk kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

"Saya berharap jangan ada pertukaran pada saat akhir. Antara saya dan pucuk pimpinan sudah selesai. Jika ada pun perubahan itu nanti, ia adalah di atas pertimbangan yang diberi pucuk pimpinan," katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat teknikal Peti Daerah Mengundi (PDM) BN di Wisma UMNO Seremban, Negeri Sembilan kemarin.

Kata Mohamad, apa yang dibimbangi ketika ini bukanlah tentangan dari pihak luar tetapi kelemahan dalaman parti disebabkan pertelingkahan sesama sendiri.

"Kadangkala kita suka seseorang calon tetapi tidak dipilih, diri kita tidak dipilih atau sebagai penyandang kita tidak terpilih, maka kita berpecah. Sepatutnya kita bersatu menghadapi pilihan raya umum.

"Elakkan juga berpuak-puak di mana satu puak lain sabotaj apabila puak itu dipilih menjadi calon. Ini perlu dijauhkan," katanya.

Dalam sidang akhbar itu juga, Mohamad mengesahkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju supaya beliau kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam PRU-13 ini.

"Saya harap selepas cakap-cakap mengatakan saya bertanding di tempat lain, eloklah dipadamkan. Saya mahu semua pihak berikan tumpuan untuk kemenangan 2/3 BN di peringkat Parlimen mahupun DUN di negeri ini," tegasnya.

Mohamad turut memaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kekal bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

#PRU13 #TolakPR - PAS Sebenarnya Parti Assabiyah


Alah bisa tegal biasa. Oleh kerana terlalu selesa dengan cara mudah dan murah untuk menggerakkan ideologi politiknya, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menggunakan status ulamanya untuk kepentingan politik.

Menyedari satu ciri penyokong PAS ialah sami’na wa ‘atha’na (dengar dan taat) maka Nik Aziz melontarkan satu lagi tafsiran songsang. Kali ini berhubung pengertian assabiyah.

Dengan memberi tafsiran mudah dan dangkal mengenai assabiyah, Nik Aziz menggunakan taktik lama PAS sama seperti strategi Amanat Hadi pada tahun 1981 untuk memperteguh saf politik PAS menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Secara umumnya Nik Aziz cuba menakutkan ahli-ahli Umno dengan memfatwakan bahawa perjuangan parti itu (Umno) bersandarkan assabiyah atau perkauman. Beliau mendakwa kerana menganut fahaman ini, maka Umno telah menolak Allah.

Ikut ilmu mantik Nik Aziz, muslim yang menganut mana-mana fahaman (dalam kes ini assabiyah) berdosa pada Allah. Sebab katanya Rasulullah diutus untuk sebar Islam dan bertuhankan Allah dan bukan ideology buatan manusia. Maka solatnya tidak akan dapat pahala.

Logik ini nampak terlalu mudah dan cetek. Bagaimanapun bagi ahli PAS yang telah terbius dengan kepercayaan bahawa ulamanya tidak mungkin membuat kesilapan, ia diterima tanpa soal.

Apabila ahli PAS mangli dengan fahaman yang serong ini, orang-orang yang dilabel sebagai ulama dalam PAS menggunakan kedudukan istimewa ini untuk mengejar impian politik mereka untuk berkuasa.

Tidak perlu dibahaskan tentang persoalan assabiyah di segi hukumnya. Apa yang lebih penting diperhatikan ialah bagaimana ulama PAS menggunakan agama sebagai senjata politik.

Mengambil kesempatan untuk mengeluarkan hukum, Nik Aziz bukan sahaja mahu meremehkan perjuangan Umno malah cuba menyuntik keyakinan ahli-ahli PAS bahawa penentangan mereka terhadap Umno adalah sah dan halal.

Natijahnya Nik Aziz memperdalam kebencian dan mendorong perpecahan umat. Modalnya ialah agama. Dalam kes ini Nik Aziz cuba meremehkan iman ahli Umno dan menggalakkan ahli PAS untuk membenci sesama muslim.

Hujah beliau sebenarnya politik. Bagaimanapun Nik Aziz menyaluti dengan pertimbangan agama. Beliau memberi tafsiran assabiyah dari satu perspektif sahaja. Yang disogokkan pada penyokong PAS ialah assabiyah ini dilarang Allah. Namun perincian berhubung konsep assabiyah tidak pernah dihuraikan.

Yang dilarang ialah ketaksuban. Ini meliputi tindakan memberi sokongan dan perjuangan yang melampau batas hingga hilang perspektif keadilan. Itu yang dilarang.

Dalam Islam juga ada konsep hubbul watan (sayangi bangsa). Lantas assabiyah tidak wajar ditafsir sebagai penentangan Islam terhadap semangat cintakan sesuatu kaum atau bangsa.

Ini kerana sebagai agama fitrah Islam akur pada naluri dan tabii insan yang cenderung mencintai kaum kerabat dan bangsa sendiri.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’: “Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al- assabiyah?

Sabda baginda: Tidak, sebaliknya assabiyah itu ialah apabila kamu menolong kaummu atas kezaliman.” (Riwayat Abu Daud)

Sedar atau tidak, sebenarnya Nik Aziz telah menjadikan PAS satu “kaum” yang taksub pada kepentingan politik PAS sahaja. Natijahnya, yang dilumur dengan jenayah assabiyah ialah PAS dan ahli-ahli sendiri.

Dalam bahasa politik Malaysia, Nik Aziz dan PAS sebenarnya adalah bertanggungjawab menyebar ketaksuban, assabiyah dan memecah belahkan umat Melayu-Muslim.

Soalan yang sama patut ditanya pada Nik Aziz, solat orang PAS dapat pahalakah? Ini kerana mereka berpegang pada ideologi PAS yang suka mengkafirkan orang lain dan memecah belahkan umat!

-AntaraPos

Sunday, April 7, 2013

#PRU13 TolakPR : Izzah Akui Pakatan Bertelagah Isu Kerusi


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui perselisihan di kalangan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) telah menjejaskan proses pengumuman calonnya walaupun manifesto mereka telah dilancarkan dua bulan lalu.

“Benar...ia adalah cabaran buat kami di mana kami sedang melakukan yang terbaik di dalam situasi sukar ini,” katanya.

Pengumuman calon Pakatan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini ujar beliau terpaksa dilakukan secara berperingkat disebabkan beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh pimpinan.

“Apa yang penting adalah faktor keboleh menangan yang perlu kami ambil kira.

“Kami juga perlu memastikan di mana akhirnya nanti, rakyat akan berupaya untuk memilih sebuah parti yang boleh mereka percayai. Sekiranya berlaku kesilapan, ia akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada kami dalam pilihan raya akan datang,” tambah beliau.

Namun begitu, isu tersebut disifatkan penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai ini perkara kecil yang mampu ditangani oleh pimpinan Pakatan.

Anak sulung kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman calon-calon Pakatan yang dibuat secara berperingkat sehingga didakwa telah mengakibatkan perselisihan di antara kem-kem tertentu pakatan pembangkang itu meskipun manifesto pilihan raya mereka telah diumumkan 25 Februari lalu.

Sebelum ini parti-parti pakatan pembangkang dilaporkan bertelagah sesama sendiri mengenai kerusi yang bakal ditandingi menyaksikan Pengerusi PKR Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon.

Justeru PKR menuntut kerusi Bakri dan Kulai sebagai ganti.

Namun dalam perkembangan terbaru DAP berhasrat untuk mempertahankan kerusi Bakri dan Kulai yang diumumkan sendiri oleh Kit Siang.

Sebelum ini Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dicemuh oleh penyokong sendiri apabila diumumkan sebagai calon kerusi Indera Mahkota menggantikan penyandang Azan Ismail.

Manakala PAS Wilayah Persekutuan menyatakan kekecewaan selepas Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat Azmin Ali mengumumkan bahawa PKR akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

PAS mendakwa Azmin sewenang-wenangnya mengisytiharkan kerusi yang ditandingi PKR tanpa persetujuan daripada PAS terlebih dahulu.

P/S: Demi kesejahteraan rakyat ayuh sudah tiba masanya... PRU13 kita TOLAK PR!!!

#PRU13 Umno Permatang Pauh Akan Beri Tentangan Hebat Pada Anwar


Umno Bahagian Permatang Pauh tidak gentar untuk berhadapan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua UMNO bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata pihaknya tidak akan terjebak dengan muslihat politik Anwar yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di luar kawasan kubu kuatnya itu kerana percaya tindakan Ketua Umum PKR itu sebagai helah untuk melekakan jentera pilihan raya Umno.

Beliau berkata pihaknya telah membuat persedian sejak awal lagi untuk berhadapan dengan siapa juga calon terutama penyandangnya, Anwar.

"Kita tahu Anwar tidak habis-habis menipu dengan taktik itu (mengumumkan bertanding di luar) supaya kita tidak payah bekerja kuat atau leka, sebaliknya beliau silap kerana Umno di sini telah membuat persedian dari awal lagi.

"Umno Permatang Pauh tidak akan terpedaya dengan taktik Anwar sebaliknya kita akan menentang beliau habis-habisan di kubu kuatnya," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Anak Muda Berkoperasi Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di sini hari ini.

Program yang dihadiri kira-kira 8,000 orang itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Anwar mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 pada satu ceramah di Taman Pauh malam kelmarin.

Abdul Jalil berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh sudah bersedia menggempur kubu lawan dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk menang di parlimen itu.

"Kita memberi amaran kepada Anwar bahawa jentera di sini telah bersiap sedia dan tidak akan memberi laluan atau kemenangan mudah sebaliknya kita akan merampas kembali kerusi yang menjadi kubu kuat PKR itu pada pilihan raya kali ini," katanya.

Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 dengan majoriti 15,671 undi. - Bernama

#ManifestoBN #PRU13 Terbaik Dalam Sejarah



Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 semalam yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’. Ianya disambut baik oleh semua golongan yang jelas semakin yakin dengan kerajaan.

Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju, 2004 - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia.

Manifesto BN kali ini dikatakan berpijak di bumi nyata atau realistik, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik. Tema ini juga dilihat sebagai gambaran keikhlasan kepimpinan, bersifat yakin tetapi merendah diri, tekad berusaha namun tetap berserah kepadaNya.

Ini kerana, realitinya, dunia telah berubah bukan sahaja dari segi landskap tetapi juga dari segi politik. Jika dahulu kita hanya bercakap tentang dunia tanpa sempadan tetapi hari ini kita telah terpaksa berdahapan dengan kesan dari kesamaran sempadan itu. Segalanya bukan lagi rahsia dan semuanya boleh didapati di hujung jari. Malah, jatuh bangun sesebuah negara kini tidak lagi bergantung kepada rakyat dan kerajaannya semata-mata tetapi kedaulatan negara boleh dicerobohi tanpa perlu pun mengangkat senjata.

Hanya dengan hujung jari, kita boleh mencetuskan penghapusan etnik sepertimana yang berlaku kepada Rohingya ataupun menempah neraka sepertimana berlaku di Libya, Syria ataupun Mesir. Kehebatan akal manusia yang diamanahkan sebagai anugerah tertinggi kepada makhlukNya teruji hampir ke tahap maksima, di mana hanya yang bijak dan menguasai ilmu sahaja yang akan menang.

Justeru, bagi negara yang penguasaan ilmu iaitu sains dan matematik berada di tahap yang sangat lemah dan semakin lemah, Malaysia berhadapan dengan cabaran mentaliti dan sikap dalam menangani berbagai asakan yang dahulunya asing bagi kita . Antaranya, asakan terhadap jati diri, akidah, keyakinan diri, sehinggalah kepada kestabilan dan kedaulatan negara.

Alhamdulillah, kerana kepimpinan negara nampaknya begitu peka akan keadaan ini lalu meletakkan landasan baru yang lebih kukuh, sesuai dengan iklim dunia baru bagi menahan getaran dari segala asakan tersebut. Dari situ, Manifesto BN yang dirangka menyenaraikan 17 perkara penting sebagai persediaan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi:

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi

Tanpa meminggirkan sesiapa dan mana-mana aspek kehidupan, manifesto BN dijangka mampu mengukuhkan lagi negara ini dari segi ekonomi, sosial dan politik. Apa yang BN perlukan kini hanyalah sokongan padu rakyat untuk menjadikan ‘sebuah negara yang lebih baik’, satu realiti.

Melihat dari sambutan terhadap manifesto ini, kita yakin bahawa sokongan padu, bukanlah satu masalah besar bagi BN.

#PRU13 #Vote4BN - Masyarakat India Kembali Menyokong BN Selepas Tertipu Dengan PR


Sokongan masyarakat India di negara ini terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin mandat daripada komuniti tersebut akan membantu BN mencapai kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-13.

Najib ketika wawancara eksklusif bersama Bernama turut melihat trend dan corak pemikiran masyarakat India telah mula memilih BN sebagai parti untuk disokong dalam pilihan raya akan datang.

Perkara itu juga sebelum ini telah diakui oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau yakin bahawa masyarakat India telah sedar bahawa kerajaan BN lebih cekap berbanding kerajaan pembangkang khususnya dalam memberi bantuan kepada kaum terbabit.

Sokongan itu kembali hasil daripada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memperkenalkan dasar transformasi dan bantuan kepada rakyat yang turut menitik berat masa depan masyarakat India.

“Situasi sudah jauh berubah… mungkin di pilihan raya lalu dia terpengaruh oleh parti pembangkang dan beberapa isu seperti Hindraf menyebabkan masyarakat India marah beberapa tahun lalu tetapi kini masyarakat India seperti kaum lain perlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan,” kata Timbalan Perdana Menteri lagi.

“Beberapa isu khusus yang dihadapi masyarakat India seperti soal perkembangan dan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang kita beri peruntukan besar begitu juga soal guru dimana soal pendidikan diberikan perhatian.

“Soal keduanya berkaitan tempat beribadah kuil mereka di mana sebahagian besar diberi bantuan dan pertolongan dan ketiga soal membangunkan pendapatan mereka dari soal pendapatan perniagaan dan pinjaman di bawah TEKUN dan bantuan lain yang memberi impak besar.

“Kami dalam BN rasa yakin bahawa sokongan kita daripada masyarakat India jauh lebih baik,” jelasnya.

Penerimaan Najib berjumpa dan berbincang dengan pemimpin Hindraf ternyata memberikan kesan positif kepada BN yang dilihat lebih ke hadapan menangani isu masyarakat Pakatan Rakyat yang ternyata selama ini gagal membela nasib kaum ketiga terbesar di negara ini.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian juga berpendapat bahawa sokongan masyarakat India, terutama masyarakat India luar bandar terhadap BN semakin meningkat berbanding senario pada PRU 2008 sebelum ini.

Masyarakat India jelasnya mengakui pentadbiran Najib berjaya membantu mereka daripada pelbagai sudut dan ia merupakan faktor yang menyebabkan sokongan masyarakat India kembali semula kepada BN.

“Bagi saya, faktor Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri memainkan peranan yang besar untuk menarik semula sokongan masyarakat India terhada BN. Saya yakin 55 peratus sokongan masyarakat India hari ini telah kembali semula kepada BN.

“Faktor kejayaan gagasan 1 Malaysia serta transformasi kerajaan dengan mewujudkan pelbagai program bantuan rakyat di negara ini tanpa mengira faktor bangsa dan warna kulit, merupakan salah satu perkara yang meningkatkan keyakinan masyarakat India terhadap BN,” katanya.

“Faktor calon juga merupakan satu asas dan elemen yang penting dalam menarik kembali sokongan daripada majoriti masyarakat India.

Ini kerana, selain faktor kepimpinan Najib, faktor calon juga merupakan satu perkara penting yang menjadi sebab bertambah atau beralihnya sokongan masyarakat India terhadap BN,” tambahnya.

Masyarakat India kini sedar hanya BN yang mampu memberikan yang terbaik untuk mereka serta menjamin masa depan bangsa mereka berbanding PR yang hanya pandai menipu dan menabur janji, sedangkan jauh panggang dari api untuk ditunaikan.

Penipuan demi penipuan PR terhadap masyarakat India kini sudah nyata apabila mereka gagal menyelesaikan banyak masalah kaum India, sebaliknya menunding jari menyalahkan kerajaan BN.

#Transformasi KL Antara Bandar Raya Termurah


Dalam kajian yang dibuat oleh Deutsch Bank Market Research, Kuala Lumpur merupakan antara bandaraya termurah untuk di lawati di dunia dan didami.

Kajian yang bertajuk “Mapping the World’s Prices: KL” Kuala Lumpur menjadi destinasi utama pelancong dari pelosok dunia untuk dilawati kerana taraf hidup yang lebih rendah berbanding ibu kota negara-negara lain di Asia, mahupun Eropah, termasuk juga Singapura, London, Moscow, New York, Beijing, New Delhi, dan juga Paris.

Kajian yang dijalankan oleh Sanjeev Sanyal itu mendapati subsidi kerajaan berjaya menjadikan bandaraya itu kekal sebagai kawasan yang sesuai untuk didiami termasuk subsidi bahan api seperti petrol.

Malah, kajian itu juga turut menjelaskan Malaysia adalah antara lokasi di mana pembeli telefon seperti pengguna produk Apple membayar harga iPhone kedua terendah selepas Amerika Syarikat.

Malahan jika dibandingkan dengan negara-negara luar berkenaan, kadar penginapan di hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur juga amat rendah.

Semua itu adalah berkat usaha dan kesungguhan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya memacu ekonomi dan taraf hidup rakyat yang lebih baik.

Apabila Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan rakyat luar negara untuk menetap dan menjadikan rumah kedua mereka, ia bakal manyaksikan pertukaran wang asing yang besar sekaligus memberikan kesan positif terhaadap industri hiliran di negara ini.

Berbeza dengan pembangkang yang hanya kerap menganjurkan demonstrasi jalanan dan huru-hara, yang mana akan menyebabkan ekonomi negara merundum, kerajaan BN beruasaha keras memastikan imej negara membangun yang menuju negara maju menjelang 2020 akan tercapai.

Bukan mudah untuk kerajaan membersihkan imej yang dicalarkan Pakatan Rakyat dalam tiga siri demonstrasi Bersih, namun alhamdulillah … berkat kepimpinan Najib Malaysia berjaya membangun dan ekonomi negara tetap berkembang walaupun ekonomi global mengalami kelembapan.

Hal itu dibuktikan dengan pujian daripada Dana Matawang Antarabangsa (IMF) yang mengakui pembangunan ekonomi Malaysia “melepasi jangkauan.”

Ternyata Program Transformasi Kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi, Progran Transformasi Politik dilihat berjaya kerana tanpa kestabilan politik dan kekuatan BN, mustahil ekonomi negara akan berkembang pesat.

Kemajuan sisopolitik dan ekonomi rakyat Malaysia dan negara ini di bawah pentadbiran BN ternyata menjadi pilihan untuk warga asing singgah dan berbelanja di Malaysia.

#TolakPR Tian Chua Diusir Dari Sabah



Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu dilaman twitter telah dihalang penguatkuasa imigresen di lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terus diminta menaiki pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tian Chua sebelum ini dengan bongkak mengaitkan isu pencerobohan Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO, kenyataan tersebut telah membangkitkan kemarahan ramai pihak di seluruh negara.

Susulan penahanan tersebut, Tian Chua turut membayangkan Pakatan Rakyat akan memansuhkan kuasa autonomi seperti yang dimiliki pihak imigresen Sabah jika mereka berjaya memerintah...

Namun bukan perkara baru, bahkan setiap kali ada kes seumpama ini pihak pembangkang akan mempersoal kuasa autonomi yang dimiliki Sabah dan Sarawak.

Apakah mereka benar-benar berhasrat begitu?

Padan Muka Ko!!

#PRU13 #TolakPR - Sukarnya Wan Azizah Menjadi Isteri Anwar Ibrahim


Memang besar pengorbanan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada suami dan partinya. Beliau sanggup menjadi “pemanas” kerusi Presiden parti bagi memberi laluan kepada pihak suaminya, Anwar Ibrahim memerintah PKR tanpa perlu bertanding.

Malah beliau juga sanggup, atas arahan Anwar, untuk memendamkan hasratnya bertanding dalam pilihanraya umum kali ini. Kak Wan sudah buka mulut pada media bahawa beliau mungkin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sahaja.

Seperti biasa Kak Wan dengan takzimnya cakap berlapik. Beliau berkata, keputusan muktamad sama ada beliau jadi atau tidak bertanding bergantung pada keputusan pimpinan PKR, walhal beliau adalah presiden parti.

Demi Anwar, Kak Wan terpaksa akur. Namun bagaimana pula pendirian Kak Wan sebagai presiden PKR? Tidakkah beliau perlu bertegas bahwa demi parti, beliau perlu juga bertanding.

Jika tidak umum akan percaya bahawa dakwaan Setiausaha Politik Ketua Wanita PKR, Mohd Fareez Kamal Intidzam bahawa Kak Wan tidak berusaha memelihara maruah parti kerana tidak bertanding dalam PRU adalah benar

Namun hasrat Kak Wan bertanding lebur apabila Anwar dalam wawancara dengan stesen televisyen satelit Al Jazeera menegaskan bahawa Kak Wan tidak akan bertanding dalam PRU kali ini.

Sedihnya dalam PRU ke 13 ini Kak Wan tidak boleh bertanding kerusi parlimen kerana pada 2008 beliau melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh kepada Anwar sebelum penggal khidmatnya tamat. Kini untuk bertanding kerusi DUN Selangor Anwar tidak benarkan.

Lebih mengkagumkan Kak Wan yang dikurniakan anugerah Siti Khadijah sempena nama isteri Rasulullah s.a.w. oleh Angkatan Belia Islam (Abim) itu hanya menerima dan redha sahaja “penjelasan” Pengarah Pilihanraya PKR, Azmin Ali yang juga Timbalannya dalam parti.

Azmin berkata PKR lebih memerlukan khidmat Kak Wan terutama dalam menyertai kempen di seluruh negara bagi mencapai matlamat lebih besar iaitu menuju Putrajaya.

“Presiden mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kalangan wanita. Parti secara keseluruhannya memerlukan beliau dalam konteks yang lebih besar.

“Jadi mengapa kita perlu sekat Presiden hanya di satu kerusi DUN sahaja sedangkan semua pihak di seluruh negara perlukannya,” kata Azmin.

Mungkin kenyataan ini berniat baik. Namun jika diambil kira kenyataan pengasas PKR, Ng Lam Yong, Azmin sebenarnya melihat keadaan itu peluang baginya mempersiapkan diri bertanding jawatan presiden dalam kongres PKR akan datang.

Bagi Azmin, buat masa ini biarlah Kak Wan selesa dengan “harapan tinggi” yang disandarkan kepadanya untuk meraih undi pengundi wanita buat PKR dalam PRU kali ini.

Peranan peraih undi dan simpati ini mudah lekat pada imej Kak Wan seorang Presiden yang mempunyai perwatakan keibuan untuk menjadi “pom pom girl” PKR sahaja. Maka akan lebih mudah Azmin mengatur langkah merampas jawatan nombor satu itu kelak.

Namun nasib Kak Wan tetap mendapat pembelaan. Anak sulungnya yang juga seorang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bingkas menolak kenyataan bapanya Anwar Ibrahim dan alasan Azmin yang meremehkan sumbangan Kak Wan.

“Itu hanya cakap-cakap politik…itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP). Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan calon,” kata Nurul Izzah mengulas laporan portal berita rasmi PKR, Keadilandaily.com.

Mungkin hanya Nurul Izzah memahami bahawa maruah ibunya sebagai Presiden parti diperlekehkan sedemikian rupa hingga dikatakan tidak layak disenaraikan sebagai calon kerusi dewan undangan negeri dalam PRU kali ini.

-AntaraPos

#PRU13 #TolakPR Fuziah Toron Gagal Matematik


Jangan heran sangat kalau orang kata Mantan Ahli Parlimen Kuantan ni seorang yang buta matematik. Mungkin sebab itulah dia jadi pakar kaunseling pesakit mental.

Kerja tu memang lebih sesuai bagi dia memandangkan dalam Pakatan Pembangkang sekarang ni ramai yang sedang mengidap penyakit tersebut.

Tambahan pulak sebelum ini, Mantan Ahli Parlimen Kuantan ini telah pun mengantoikan dirinya sendiri dalam bab kira - kira ni sewaktu menabur fitnah terhadap Lynas.

Dalam satu sidang media di Kedutaan Australia, dia dengan yakin menyatakan bahawa penduduk disekitar kawasan Gebeng terdapat 700ribu orang penduduk.

Kenyataan itu dijelaskan sendiri dari mulut dia seperti mana yang dipaparkan dalam video dibawah. Bayangkan. Di Gebeng sahaja ada 700ribu orang. Macam mana dia kira?



Statistik penduduk di seluruh Negeri Pahang setakat tahun 2011 dicatatkan seramai 1.4juta orang. Jadi, adakah masuk akal separuh dari jumlah tersebut ada di Gebeng?

Kalau nak campur dengan penduduk di Kemaman sekali pun, jumlah tersebut tak sampai seramai itu. Di Kuantan sahaja baru ada dalam 200ribu orang. Mana datang yang lainnya?

Maka sekarang, dia sekali lagi cuba hendak membodohkan rakyat dengan menyatakan semua bekalan air di Kuantan telah habis disalurkan kepada Lynas.

Tindakan itu hanya semata - mata mahu memburuk - burukkan lagi Kerajaan Negeri dan cuba untuk memesongkan minda rakyat terhadap pembekalan air ke Selangor.

Bagaimana mungkin kilang memproses nadir bumi itu menggunakan keseluruhan air di Kuantan? Berapa banyak sebenarnya jumlah air yang diperlukan oleh kilang tersebut?

Dari satu sumber yang dimaklumkan oleh syarikat tersebut sebelum ini mendedahkan penggunaan air kilang itu secara purata adalah sebanyak 1.5juta liter sehari.

Berapa banyak pulak jumlah air yang digunakan oleh penduduk di seluruh daerah Kuantan? Pernah tidak dia mendedahkan perkara tersebut kepada rakyat?

Jawapannya tak pernah. Jika dia mendedahkan perkara tersebut secara umum, sudah tentu dia akan kehabisan peluru untuk terus memperbodohkan rakyat.

Yang paling kita takut, dia akan menyalahkan pula mesin kira atau pun komputer yang memberikan dia maklumat mengenai perkara tersebut sebelum ini. Maklum la. Puak - puak Pakatan ni memang tak de kerja lain. Asyik cari salah orang je kerja diorang pun!!!