Monday, April 8, 2013

#PRU13 #Vote4BN - Mohamad Hasan Pertahan DUN, Khairy Kekal Di Rembau


Senarai calon Barisan Nasional (BN) negeri sudah pun dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan dan mungkin ada 'gegaran' sewaktu diumumkan kelak, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, walaupun ada penyandang yang tidak dicalonkan atau nama disenaraikan tidak tercalon, beliau berharap semua pihak dalam BN menerima keputusan pemimpin dengan hati terbuka dan bersama-sama bekerja untuk kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

"Saya berharap jangan ada pertukaran pada saat akhir. Antara saya dan pucuk pimpinan sudah selesai. Jika ada pun perubahan itu nanti, ia adalah di atas pertimbangan yang diberi pucuk pimpinan," katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat teknikal Peti Daerah Mengundi (PDM) BN di Wisma UMNO Seremban, Negeri Sembilan kemarin.

Kata Mohamad, apa yang dibimbangi ketika ini bukanlah tentangan dari pihak luar tetapi kelemahan dalaman parti disebabkan pertelingkahan sesama sendiri.

"Kadangkala kita suka seseorang calon tetapi tidak dipilih, diri kita tidak dipilih atau sebagai penyandang kita tidak terpilih, maka kita berpecah. Sepatutnya kita bersatu menghadapi pilihan raya umum.

"Elakkan juga berpuak-puak di mana satu puak lain sabotaj apabila puak itu dipilih menjadi calon. Ini perlu dijauhkan," katanya.

Dalam sidang akhbar itu juga, Mohamad mengesahkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju supaya beliau kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam PRU-13 ini.

"Saya harap selepas cakap-cakap mengatakan saya bertanding di tempat lain, eloklah dipadamkan. Saya mahu semua pihak berikan tumpuan untuk kemenangan 2/3 BN di peringkat Parlimen mahupun DUN di negeri ini," tegasnya.

Mohamad turut memaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kekal bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

No comments: