Saturday, October 5, 2013

#PemilihanUMNO Apasal Blogger @Mymassa Bikin Panas!


Beberapa hari lepas, ketika kami mengimbau peranan MyTeam dalam membawa sinar transformasi kepada arena bolasepak Negara, ramai yang mencemuh. Ada yang kata itu semua "tunggangan" KJ untuk menaikkan namanya dalam bidang politik. Ada pula yang tanpa fakta kukuh cuba membawa sentimen silam dengan menuduh KJ sebagai seorang liberal, kaki seleweng dan macam-macam perkara buruk lagi. Tidak kurang juga yang tanpa sebarang sebab, terus memaki hamun dengan carutan.

Kami ingin bertanya kepada mereka yang bersikap sedemikian rupa, apakah itu wajah pejuang Melayu yang tulen? Apakah nasib orang Melayu akan terbela dengan caci maki dan carut marut?

Apakah seseorang itu boleh dikira sebagai seorang pejuang bangsa hanya dengan menghunus keris dan menjerit-jerit semangat Melayu? Tanpa disusuli sebarang usaha yang serius dan konkrit, orang Melayu akan terus lemah dan tidak mampu bangkit.

Apakah salah YB KJ membawa arus transformasi dalam merubah cara bagaimana orang Melayu berfikir dan bertindak tanpa menggadaikan asas prinsip hidup mereka sebagai seorang Islam dan Melayu? Bukankah lebih bijak jika orang Melayu itu terus berusaha keras tanpa dilihat sebagai ancaman kepada kaum lain di negara ini? Sedar-sedar sahaja kita sudah pun menguasai semuanya. Mahu atau tidak, kita harus berubah, terutamanya dari segi pemikiran kerana kita bukannya hidup di zaman 50 an, 60 an dan 80 an lagi.

Mana yang lebih baik, seorang yang mengaku sebagai pejuang Melayu, tetapi tidak berbuat apa-apa langsung, atau seorang yang tidak gemar bermain dengan retorik bangsa ini, tetapi tidak henti-henti mengangkat nasib anak bangsanya, dan dalam masa yang sama tidak dilihat sebagai ancaman kepada sesiapa? Teruskan membaca klik disini...


Survey : Hampir 90 Peratus Setuju @khairykj Ikon Orang Muda, Tidak Kenal Siapa @amubaidahs


KJ4KP adalah pilihan yang tepat! Aku berani berkata sedemikian kerana KJ adalah seorang pemimpin Pemuda yang sanggup meletakkan taraf diri beliau sebaris dengan pemuda bawahan, pertengahan dan juga atasan! Sikap tegas KJ mengikut aliran suara rakyat terutama golongan muda amat di sanjunggi!

Malah tidak keterlauan jik dikatakan KJ adalah 'Ikon Anak Muda'! Ikon yang mewakili suara golongan muda serta memberi nafas baru didalam parti keramat! parti UMNO!

Semoga Allah swt memudahkan perjalanan KJ untuk terus berjuangan demi agama! bangsa dan negara!

All the best! Rembau most wanted Vote KJ 4 KP!

Untuk mendapat tinjauan yang telah dilakukan sila baca disini.....


Pemuda perlu bekerja keras di Sungai Limau


Pergerakan Pemuda UMNO diminta bekerja keras untuk membantu Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan memberi tumpuan kepada kira-kira 11,000 pengundi muda pada pilihan raya kecil (PRK), 4 November ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, rekod Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menyaksikan BN kurang mendapat sokongan pengundi muda di kerusi berkenaan meskipun sokongan secara keseluruhan golongan itu di negeri ini adalah baik.

"'Jadi kita kena kerja kuat. Jentera Pemuda mesti memberi tumpuan kepada pengundi muda ini. Angka 11,000 pengundi muda di kawasan itu bukan jumlah besar tetapi tidak kecil," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan pentadbiran persatuan belia di sini hari ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan kerusi tersebut selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili BN.

Ini merupakan PRK kedua selepas PRU-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut yang diadakan pada 24 Julai lalu.

Menurut Khairy, Pemuda UMNO akan menggunakan pendekatan terbaik untuk mendekati dan menarik sokongan pengundi muda di DUN Sungai Limau kepada BN.

Kata beliau, pendekatan itu mesti bersesuaian dengan keadaan setempat dengan mengadakan program yang boleh meliputi secara keseluruhan kehendak golongan tersebut seperti program keilmuan, keagamaan dan sukan. - Utusan