Saturday, October 5, 2013

#PemilihanUMNO Apasal Blogger @Mymassa Bikin Panas!


Beberapa hari lepas, ketika kami mengimbau peranan MyTeam dalam membawa sinar transformasi kepada arena bolasepak Negara, ramai yang mencemuh. Ada yang kata itu semua "tunggangan" KJ untuk menaikkan namanya dalam bidang politik. Ada pula yang tanpa fakta kukuh cuba membawa sentimen silam dengan menuduh KJ sebagai seorang liberal, kaki seleweng dan macam-macam perkara buruk lagi. Tidak kurang juga yang tanpa sebarang sebab, terus memaki hamun dengan carutan.

Kami ingin bertanya kepada mereka yang bersikap sedemikian rupa, apakah itu wajah pejuang Melayu yang tulen? Apakah nasib orang Melayu akan terbela dengan caci maki dan carut marut?

Apakah seseorang itu boleh dikira sebagai seorang pejuang bangsa hanya dengan menghunus keris dan menjerit-jerit semangat Melayu? Tanpa disusuli sebarang usaha yang serius dan konkrit, orang Melayu akan terus lemah dan tidak mampu bangkit.

Apakah salah YB KJ membawa arus transformasi dalam merubah cara bagaimana orang Melayu berfikir dan bertindak tanpa menggadaikan asas prinsip hidup mereka sebagai seorang Islam dan Melayu? Bukankah lebih bijak jika orang Melayu itu terus berusaha keras tanpa dilihat sebagai ancaman kepada kaum lain di negara ini? Sedar-sedar sahaja kita sudah pun menguasai semuanya. Mahu atau tidak, kita harus berubah, terutamanya dari segi pemikiran kerana kita bukannya hidup di zaman 50 an, 60 an dan 80 an lagi.

Mana yang lebih baik, seorang yang mengaku sebagai pejuang Melayu, tetapi tidak berbuat apa-apa langsung, atau seorang yang tidak gemar bermain dengan retorik bangsa ini, tetapi tidak henti-henti mengangkat nasib anak bangsanya, dan dalam masa yang sama tidak dilihat sebagai ancaman kepada sesiapa? Teruskan membaca klik disini...


4 comments:

Anonymous said...

Dimana KJ dalam issue kalimah Allah??

Labu8455 said...

Minta penulis blog ini (pengampu KJ) tolong senaraikan perjuangan "sebenar" KJ selama ini yang boleh dibanggakan dalam memperkasa orang orang Melayu di Malaysia ? Apakah KJ seorang yang "bersih" (tidak seorang perasuah dan mengkhianati orang orang Melayu) dalam setiap perjuangan nya kalau nak dibandingkan dengan Akram ?

Anonymous said...

Support KJ !!

marleyRasta said...

tunggu lepas ni sepenggal mendatang, kemajuan dan perubahan dibawa KJ, amcm die punya pi...maung xmaung, takat strategi mamat sembang tu, dah lapukk, men tipu...payung kembang nampakk, sudah2 la nak goreng KJ mcm ni, memalukan UMNO je lahh..