Thursday, October 10, 2013

#PemilihanUMNO - Last Bullet @Khairykj #KJ4KP

This is democracy. True gentleman

Sebagai pendahuluan... aku berminat untuk memetik kata-kata lagenda peninju dunia Mohammad Ali, "Float like a Butterfly, Sting like a Bee."

Aku guna ayat diatas sebab bagi aku... KJ merupakan satu-satunya fighter dan perisai yang ada dalam parti keramat ini! Rugi kalau kita tukar dengan pemimpin yang baru nak cuba nasib jadi Ketua Pemuda! Buang masa beb!

Bila ditanya tentang kehangantan Pemilihan UMNO kali ni... aku rasa suam-suam je... tak la seHANGGAT yang aku jangkakan.

Mungkin juga kerana kita tahu akan kekuatan atau kelebihan yang ada pada KJ?

Dan mungkin juga kerana pihak lawan KJ tak ada sengggaaaattttttt! (bacol) guna serangan peribadi terhadap KJ dan keluarga KJ bila tak ada isu!

Tapi kami tak main politik kotor beb! lu orang nak buat... buat la... Jangan malukan Dato' Sri Najib sudah la! Korang boleh baca di sini dan di sini...

OK....

Bukan nak cari pasal tapi nak cerita sikit pasal blogger tempang... (dah tua dah) OutSyed The Box! Beliau merupakan blogger yang menyokong Akhramsyah! Dan membuat serangan yang tidak sepatutnya kepada KJ! Haiiii Akhram dah terdesak sangat ke brader?

Kalau nak menang pun tak payah la nak buat fitnah dan buat serangan peribadi yang tak ada kena mengena dalam Parti... Perjelaskan la apa misi dan visi Akhram! buktikan la kekuatan yang Akhram ada dalam Pemuda! supaya jangan besok bila masuk ke gelanggang lawan/pembangkang kena gelakkan je! hehehe! Kat sini kita dapat perbezaan diantara KJ dangan Akhram!

Pssstt... Syed... Tak guna cerita pasal "Hidup Melayu" jika dalam penulisan anda langsung tiada semangat juang Melayu! (Tulis guna bahasa orang puteh, malu agaknya nak guna bahasa Melayu... puiiiii!)

Kepada blogger yang mengelarkan dirinya adik beradik kepada 'kura-kura' tu... Sorry la bang Din... Pada saya pendapat abang agak kuno dan ketinggalan, cuba guna Ipad mini untuk mencergaskan pemikiran abang yang agak perlahan tu...

Kita perlu menang dalam pemilihan UMNO dan menang pada PRU ke 14 nanti! bukan nak menang pada pemilihan ni je? Bak kata Tun M... Guna akai sikit!

Cukuplah... rasanya tak perlu aku berbicara panjang... Nak gaduh pun tak guna, sok lusa aku jumpa Abang Din kura-kura jugak! hahahaha.....  (Maklumlah satu kapal...)



Mstar - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak takut dengan dakwaan daripada lawannya yang mengugut untuk membuat laporan salah guna kuasa terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tidak ada yang luar biasa kepada saya. Saya telah melalui semua ini sebelum ini dan saya dapat mengatasinya.

"Saya tidak suka dengan kempen yang memburuk-burukkan lawan dan jika ada laporan yang dibuat, saya agak gembira untuk memberi jawapan kepada tuduhan yang dibuat kepada sesiapa sahaja, (sama ada) jawatankuasa disiplin atau SPRM.

"Mereka sepatutnya cuba menyusun atur visi alternatif dalam usaha memperbaiki diri berbanding membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap saya. Ini bermakna mereka sendiri mempunyai kekurangan dalam kempen mempromosikan diri mereka," kata Khairy pada Khamis.

Khairy yang akan mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti Sabtu ini, menolak semua tuduhan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

Seorang lagi calon, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail berkata dia akan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan Khairy menyalahgunakan kedudukannya dalam Kabinet dan harta benda kerajaan pada kempen pemilihan parti.

Syed Rosli, yang juga pemimpin Umno bahagian Pandan turut bersaing untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno bersama-sama Khairy dan tiga yang lain turut membuat laporan yang sama kepada jawatankuasa disiplin parti awal minggu ini.

Hujan Lebat Mengakibatkan Lembah Klang Banjir Dan Jem Giler


Pasal banjir rupanya aku terperangkap dalam jem gile tadi... sampai naik kematu kaki menahan padel break dan minyak! fuh....

Mstar - Ribut petir disertai hujan lebat yang turun lebih kurang satu jam bermula pada pukul 4 petang Khamis menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.

Jalan berhampiran Tugu Negara menghala ke Padang Merbok menghala ke Bank Negara tidak dapat dilalui ekoran ditenggelami banjir.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan Cheras dihadapan Leisure Mall dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, Taman Wahyu dan bulatan Sungai Besi ke TUDM.

Di NKVE, satu kemalangan berlaku di KM.20 arah Bukit Lanjan ke Kota Damansara di laluan kecemasan menyebabkan trafik bergerak sangat perlahan.

Di laman twitter, Chee Yih Yang, melaporkan kawasan pembinaan MRT bertentangan dengan Phileo Damansara di Seksyen 16, Petaling Jaya telah menyebabkan banjir lumpur di laluan jalan menghala ke Kuala Lumpur.

Dia berkata pokok tumbang di laluan kiri LDP sebelum KDU berhampiran Damansara Jaya menyebabkan kesesakan bagi pengguna yang mahu ke Kepong.

Menurut tweet Lembaga Lebuhraya Malaysia pada pukul 6.05 petang, trafik di LDP secara keseluruhannya bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Satu lagi tweet pada pukul 6.15 petang, LLM berkata semua lebuh raya BESRAYA, NPE, SILK dibuka selepas insiden banjir kilat yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun keadaan trafik dilaporkan masih bergerak perlahan.

Pada pukul 6.33 petang, satu lagi tweet LLM melaporkan, trafik di lebuh raya ELITE dari Shah Alam/NKVE menghala ke USJ dan dari Putrajaya ke USJ juga bergerak perlahan.

PLUS pula melaporkan trafik bergerak perlahan dari tol Subang menghala ke Glomac dan dari Putrajaya menghala ke Putra Heights.

PLUS berkata keadaan trafik turut bergerak perlahan dari Jalan Duta ke Bukit Lanjan dan Subang ke Bukit Lanjan.

#PemilihanUMNO : Pendirian @Khairykj Dalam Kancah Politik


Ikuti temubual eksklusif bersama Wartawan Kanan Sinar Harian Negeri Sembilan, Sarinah Mat Kasim, bersama jurufoto Syamilah Zulkifli, bagi mendapatkan gambaran sejauh mana kesediaan Menteri Belia dan Sukan ini menghadapi Pemilihan Umno.

Ada juga ISU panas yang di ketengahkan oleh blogger KRO sila baca disini....

MUKADIMAH

SEBUT sahaja nama Khairy Jamaluddin atau KJ sudah pasti semua orang tahu dan kenal dengannya. Di sebalik kelantangan bersuara di Parlimen, beliau juga antara Ketua Pemuda Umno yang agresif dalam menyatakan pendirian serta menolak sesuatu yang dirasakan tidak betul tidak kira di dalam parti atau kerajaan.

Bagi mengetahui sejauh mana pendiriannya dalam kancah politik ini, ikuti temubual eksklusif bersama Wartawan Kanan Sinar Harian Negeri Sembilan, Sarinah Mat Kasim, bersama jurufoto Syamilah Zulkifli, bagi mendapatkan gambaran sejauh mana kesediaan Menteri Belia dan Sukan ini menghadapi Pemilihan Umno.


Bagaimana persediaan YB dengan pemilihan yang akan datang tidak lama lagi ini?

Buat masa ini, segala persediaan dari segi mental dan fizikal telah pun saya siap sedia sepenuhnya. Malah sebarang bentuk cabaran dan juga liku-liku sepanjang menjalani proses berkempen juga telah saya lalui dengan baik sekali.

Alhamdulillah, setakat ini perwakilan menerima saya dengan senang hati dan mana-mana jua saya pergi mereka menyatakan sokongan terhadap saya. Insya-ALLAH semua yang dirancang berjalan dengan baik.


Apa komen YB tentang keputusan Lembaga Disiplin dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan yang membuat keputusan memberi kelonggaran berkempen kepada semua calon yang bertanding?

Sebaik sahaja menerima perubahan syarat itu, saya berasa lega dan berterima kasih kepada mereka kerana mendengar keluhan setiap orang seperti kami ini (calon bertanding).

Seperti sedia maklum, setiap calon yang bertanding itu sudah pastinya memerlukan ruang yang lebih terbuka dan luas untuk berkempen bagi memperkenalkan diri serta kehebatan masing-masing.

Jika disekat, saya khuatir tidak semua calon akan dapat bergaul mesra dengan perwakilan. Saya juga bimbang, jika berkempen juga ada syarat yang ketat, bagaimana perwakilan mahu kenal dengan calon mereka.

Macam saya ini tak apalah, sebab semua orang kenal atas kapasiti menteri dan penyandang Ketua Pemuda Umno Malaysia, tetapi bagi calon yang lain, tidak semua orang kenal, termasuklah saya sendiri yang tidak kenal siapa mereka semua ini, sebelum mereka menawarkan diri bertanding di kerusi yang sama dengan saya.


Oleh yang demikian, saya menerima baik dengan keputusan tersebut, sekaligus mengharapkan agar pihak pengurusan dapat menilai semula Tatacara Etika Kempen, agar ianya lebih relevan dengan suasana politik semasa.

Ia selaras dengan pindaan perlembagaan pada 2009, yang membolehkan semua ahli Umno bertanding dan jumlah perwakilan juga dilihat meningkat menjadi 146,500 orang berbanding sebelum ini hanya 2,500 orang sahaja.


Apa pandangan YB apabila terdapat ramai calon pemuda yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini, termasuk empat calon baru yang akan bertanding di kerusi Ketua Pemuda?

Saya menganggap apa yang berlaku ini merupakan sesuatu yang positif. Malah jika dibandingkan dengan sayap lain, Pergerakan Pemuda mempunyai calon Ahli Jawatan Kuasa iaitu seramai 77 orang, antara yang paling ramai sekali.

Ini menunjukkan satu isyarat yang baik, apabila ramai yang berminat untuk bertanding merebut jawatan, bermakna mereka berminat dengan Pemuda, dengan itu kita dapat pastikan bahawa Pergerakan Pemuda ini masih relevan dan masih lagi menjadi tumpuan ramai golongan muda.

Bagi empat calon yang bertanding bersama saya itu, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang positif.

Walaupun ada di antara calon itu saya sendiri tidak kenal, namun saya melihat proses ini sebagai sesuatu yang baik. Sejak tahun 2000 saya bersama Pemuda dan kini sudah hampir memasuki tahun ke 14 saya bersama Pergerakan Pemuda.

Saya bermula dengan exco Pemuda, kemudian Naib Ketua Pemuda, seterusnya Ketua Pemuda Umno Malaysia, dan pernah juga menjadi Ketua Pemuda Bahagian selama dua penggal. Jadi saya telah melalui setiap tangga dalam pergerakan Pemuda Umno ini.

Saya bertanding berdasarkan ‘track’ rekod dan visi, yang lain saya tidak tahu mengapa mereka bertanding. Apa pun, saya serah kepada perwakilan dan saya yakin telah pun buat yang terbaik pada penggal lepas. InsyALLAH saya dapat yakinkan kepada semua perwakilan untuk memilih semula saya menerajui mereka.



Menerusi pencalonan ramai di peringkat tertinggi Pergerakan Pemuda ini, adakah YB merasakan wujudnya perasaan protes atau tidak berpuas hati dengan cara kerja YB selama ini?

Saya tidak merasakan ada wujudnya protes atau perasaan tidak puas hati ini, memandangkan mereka yang bertanding itu terdiri daripada ahli biasa sahaja. Malah ada di antara mereka yang baru sahaja memegang jawatan dalam peringkat cawangan dan kini mahu mencuba nasib di peringkat yang lebih tinggi.

Kalau tidak puas hati baik pencabar saya terdiri daripada mereka yang dikenali dan mempunyai nama yang besar atau pun gergasi-gergasi politik misalnya dalam MT atau dalam Exco Pemuda Pusat. Saya yakin, kebanyakan yang bertanding hanya mahu mencuba nasib.

Tetapi saya bersyukur kepada pemimpin kanan Umno yang sedia ada ini, tidak bertanding di kerusi saya dan memberi laluan kepada saya untuk bertanding dan mempertahankan jawatan.


Terdapat dakwaan yang mengatakan YB menyokong calon naib presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara terang-terangan, Adakah benar YB akan membantu calon naib presiden ini dalam berkempen?


Iya. Itu sememangnya tidak dapat dinafikan kerana kami mempunyai keserasian yang sangat rapat. Sudah pasti saya serasi dengan Datuk Seri Hishammuddin.

Selama empat tahun saya jadi naib dengan beliau, dan empat tahun menjadi ahli exco dengan beliau. Beliau adalah individu yang bawa saya masuk ke dalam politik. Beliaulah juga orang yang bertanggungjawab masukkan saya dalam Pemuda Umno.

Sudah pasti saya menyokongnya. Lebih-lebih lagi beliau adalah bekas Ketua Pemuda kita. Kita akan 'promote' sesiapa sahaja yang melalui ‘kilang’ pemuda, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga pernah menjadi Ketua Pemuda, dan Datuk Shafie juga sebagai Ketua Pemuda Sabah.

Walau bagaimanapun, saya percaya setiap calon mempunyai kehebatan masing-masing dan terserah kepada perwakilan untuk menilai mereka, termasuklah saya.


Bagaimana pula dengan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, ada dakwaan yang mengatakan bahawa YB berpakat antara satu sama lain bagi membantu memikat hati perwakilan? Komen YB.

Saya dengan Mukhriz? Bagi saya tidak wujudnya pakatan atau berpakat antara semua calon, kerana saya serahkan semuanya kepada perwakilan. Kita bertanding atas kekuatan masing-masing.

Saya hormati setiap calon yang bertanding. Saya serah kepada perwakilan. Tidak ada pakat-pakat, kita serah semuanya kepada perwakilan. Kalau kita pakat-pakat seolah-olah kita menidakkan hak perwakilan.



Ramai pihak pernah buat andaian bahawa YB adalah calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri di masa akan datang, adakah YB bercita-cita sedemikian?

Saya tidak bercita-cita tinggi dalam politik. Saya serahkan kepada Tuhan dan serahkan kepada rakyat dan perwakilan. Saya bertanding di Rembau saya serah kepada rakyat, saya bertanding dalam Umno saya serah kepada ahli Umno.

Seterusnya apa yang akan berlaku selepas ini saya tidak fikir lagi. Yang penting BN dan Umno akan menang dalam PRU14 dan tugas pemuda sendiri haruslah sentiasa membantu parti dalam membentuk kerajaan.

Saya tidak letak target yang terlalu tinggi. Syukurlah sebab saya masih ada dalam kancah politik tanahair ini dan masih diterima di kawasan saya lagi. Selebihnya saya serahkan kepada perwakilan dan rakyat.

Mungkin disebabkan saya muka baru, sebab itulah mudah dapat perhatian ramai. Selain itu, kekerapan penggunaan saya dengan media sosial ini juga, sedikit sebanyak memberi kelebihan dari sudut publisiti, sebab itulah orang melihat saya lebih berbanding yang lain.


Akhir sekali, apa harapan YB kepada perwakilan?

Harapan saya semoga pemilihan kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga para perwakilan dapat menilai dan melihat prestasi yang telah saya lakukan pada penggal lalu, yang mana ianya banyak membawa kepada perubahan serta kemajuan di kalangan pemuda itu sendiri.

Penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan bagi memantapkan lagi Pergerakan Pemuda Umno, sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang di kalangan pemuda. Pilihlah dengan bijak seseorang pemimpin itu bagi memastikan arah tuju Pemuda akan kekal terus gemilang.