Thursday, October 10, 2013

Hujan Lebat Mengakibatkan Lembah Klang Banjir Dan Jem Giler


Pasal banjir rupanya aku terperangkap dalam jem gile tadi... sampai naik kematu kaki menahan padel break dan minyak! fuh....

Mstar - Ribut petir disertai hujan lebat yang turun lebih kurang satu jam bermula pada pukul 4 petang Khamis menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.

Jalan berhampiran Tugu Negara menghala ke Padang Merbok menghala ke Bank Negara tidak dapat dilalui ekoran ditenggelami banjir.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan Cheras dihadapan Leisure Mall dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, Taman Wahyu dan bulatan Sungai Besi ke TUDM.

Di NKVE, satu kemalangan berlaku di KM.20 arah Bukit Lanjan ke Kota Damansara di laluan kecemasan menyebabkan trafik bergerak sangat perlahan.

Di laman twitter, Chee Yih Yang, melaporkan kawasan pembinaan MRT bertentangan dengan Phileo Damansara di Seksyen 16, Petaling Jaya telah menyebabkan banjir lumpur di laluan jalan menghala ke Kuala Lumpur.

Dia berkata pokok tumbang di laluan kiri LDP sebelum KDU berhampiran Damansara Jaya menyebabkan kesesakan bagi pengguna yang mahu ke Kepong.

Menurut tweet Lembaga Lebuhraya Malaysia pada pukul 6.05 petang, trafik di LDP secara keseluruhannya bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Satu lagi tweet pada pukul 6.15 petang, LLM berkata semua lebuh raya BESRAYA, NPE, SILK dibuka selepas insiden banjir kilat yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun keadaan trafik dilaporkan masih bergerak perlahan.

Pada pukul 6.33 petang, satu lagi tweet LLM melaporkan, trafik di lebuh raya ELITE dari Shah Alam/NKVE menghala ke USJ dan dari Putrajaya ke USJ juga bergerak perlahan.

PLUS pula melaporkan trafik bergerak perlahan dari tol Subang menghala ke Glomac dan dari Putrajaya menghala ke Putra Heights.

PLUS berkata keadaan trafik turut bergerak perlahan dari Jalan Duta ke Bukit Lanjan dan Subang ke Bukit Lanjan.

No comments: