PETALING JAYA: Following the movement control order (MCO) triggered by the Covid-19 outbreak, Science, Technology and Innovation Minister Khairy Jamaluddin has decided to celebrate the fifth birthday of his son in self-isolation.
Tuesday, March 24, 2020
Kerajaan Negeri Selangor Main Politik Dalam Suasana #COVID19 ? – Shahril Hamdan
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Suffian Hamdan hari ini melahirkan kekesalahannya dengan perkiraan politik yang digunapakai oleh kerajaan negeri Selangor di saat negara sedang berperang dengan wabak #Covid19 dan ianya satu tindakan sangat keterlaluan dan tidak menunjukkan kematangan Menteri Besar dan barisan EXCO yang ada.
Netizen Tersentuh KJ Terpaksa Menyambut 'Birthday' Anak Dari Luar Tingkap
Netizen Tersentuh YB Khairy Jamaluddin terpaksa menyambut hari lahir anaknya melalui luar tingkap bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
KJ yang perlu bertugas diluar tidak terus meluru ke arah anaknya dan hanya berada di sebalik kaca sambil tersenyum memandang anaknya yang genap berusia 5 tahun hari ini.
#KhairyJamaluddin #KhairyKJ #PerintahKawalanPergerakan
Monday, March 23, 2020
Jadikan Penjarakkan Sosial Norma Baru Kehidupan - Khairy Jamaluddin
Hari ini masuk enam harı perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, bagi mengurangkan keresahan rakyat YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi menyampaikan pesanannya melalui rakaman videonya, Ayuh borsama kita tonton video ini "Jadikan penjarakkan sosial norma baru kehidupan."- KJ.
Akak Polis Garang Tarik Perhatian Netizen
Tular video seorang anggota polis wanita yang begitu tegas dalam menjalankan tugasnya menasihati orang awam agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Sunday, March 22, 2020
Penang - Polis Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Mereka Yang Berdegil!
GEORGE TOWN -- Polis Pulau Pinang akan mengambil tindakan lebih tegas dan drastik ke atas orang ramai dan penjaja di sekitar Pasar Awam Air Itam, di sini yang masih gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis negeri Datuk Sahabudin Abd Manan berkata sehingga hari ini kira-kira 70 peratus penduduk dan penjaja di kawasan itu sudah mematuhi arahan dan ketika ini pihaknya masih menasihatkan mereka yang tidak mematuhi PKP agar mengikut arahan itu.
#DAP #Penang #PerintahKawalanPergerakan
ATM Bantu PDRM Berkawal Bermula Malam Ini.
Mulai tengah malam ini, khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan rakyat berada di rumah masing-masing dalam usaha membendung koronavirus (Covid-19).
Perkara tersebut diputuskan oleh Menteri Pertahanan yang juga Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Usaha kawalan itu dibuat di bawah Seksyen 5 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan beban PDRM dalam penugasan sepanjang perintah berkenaan selain mahu melihat keberkesanannya terhadap orang awam yang enggan mematuhi perintah tersebut.
Saturday, March 21, 2020
Netizen Terhibur Melihat Gelagat PREDAT0R Naik Motor
Kuantan - Tindakan seorang lelaki yang memakai kostum watak filem sains fiksyen, predator ketika keluar membeli barang di sebuah kedai di Balok, Kuantan, sehingga tular di laman sosial menarik perhatian pengguna.
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki itu yang memakai kostum predator.
Kredit Video twitter ~ @HakimmmSuhaimi
Subscribe to:
Posts (Atom)