POLITIK HARIAN: Kj terjemahkan teguran Tun sebagai teguran orang yang berpengalaman

Thursday, September 17, 2009

Kj terjemahkan teguran Tun sebagai teguran orang yang berpengalaman




Dalam sesi soal jawab antara KJ dengan tetamu pada malam berbuka puasa KJFC beliau telah ditanya dengan berbagai bagai soalan yang spontan oleh bloggers dan juga ahli KJFC dan beliau juga menjawab soalan soalan dengan selamba. Antara soalan yang ditanya oleh bloggers adalah tentang perasaan KJ terhadap Tun Mahahthir Mohammad yang selalu menekan beliau. Menurut bloggers yang memberikan soalan , jika kita lihat , politik KJ tidak kurang juga hebatnya, kerana bagi orang yang ditekan oleh Tun Mahahthir jarang sekali dapat survive tetapi KJ terus mendapat sokongan.

Menurut KJ sewaktu dia mula pulang ke tanah air , sekitar masa kebangkitan Reformasi , kebanyakan pelajar pelajar IPTA dan IPTS ketika itu ramai yang memilih untuk menyertai kumpulan reformasi dan memilih Anwar Ibrahim dari pada memilih Tun Mahahthir. Sebagai seorang pelajar dari kumpulan pelajar pengajian tinggi Khairy bebas untuk membuat pilihan beliau pada masa itu bagi memilih Tun Mahahthir atau Anwar Ibrahim. Tanya Khairy kepada hadirin pada malam itu. Saya pilih siapa? Saya pilih untuk menyertai UMNO dan ketika itu Tun Mahahthir adalah Presiden UMNO. Kenapa saya memilih Tun Mahathir dan bukan Anwar Ibrahim ? diikuti dengan tepuk gemuruh para hadirin.

Ayah saya seorang pegawai kerajaan yang bertugas diluar negara, kami banyak berpindah dari satu negara hingga lah ke satu negara. Sewaktu di Jepun , Ketika itu saya telah bertemu dengan Mukhriz Mahahthir yang mana ketika itu usianya dalam jangkaan belasan tahun dan sedang menuntut di Jepun.Keluarga saya juga berpeluang bertemu dengan Tun Mahathir dalam usia yang muda itu dan ayah saya adalah antara pegawai kerajaan dibawah pemerintahan Tun Mahathir. Saya mengenali Mukhriz sebelum perwakilan pemuda UMNO mengenali beliau lagi. Itulah setiap kali beliau mem,buka mulut dan bercakap mengenai saya , saya tidak akan memberikan respons dan menterjemah kan apa saja yang keluar dari mulut beliau adalah merupakan kata kata orang yang lebih dewasa dan merupakan satu teguran orang yang berpengalaman dan pangkat ayah kepada beliau.

Beliau juga menyeru kepada bloggers bloggers di tanah air ini agar berhenti bertelagah sesama sendiri dan ini merupakan satu kerugian dan simpan tenaga dan idea idea untuk digunakan bagi melawan pihak pembangkang. Kita memerlukan tenaga dan sumbangan bloggers pada pilihan raya Bagan Pinang . Apa gunanya kita bertelagah sesama sendiri dan yang menafaatkan pertelagahan kita adalah pembangkang.

Khairy yang begitu simple pada malam itu berbangga kerana dapat bersama dengan satu kumpulan yang lain, satu kumpulan dari alam siber dan kini bersua dalam dunia realiti. Beliau kagum dengan usaha beberapa pengerak yang telah mengerakkan KJ Fan Club kerana menurut beliau yang ada fan club ini hanya lah artis dan ahli sukan sahaja , bukan ahli Politik. Beliau juga tidak mencampuri langsung majlis malam berkenaan dan juga usaha penubuhan KJFC dan pada malam berkenaan beliau telah diundang untuk menjadi tetamu kehormat majlis pertama KJFC. Sumber ~ KJFC

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Kadang-kadang golongan muda merasakan mereka terlebih pandai tanpa disedari orang lama sudah terdahulu merasai pahit maung garam..

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin

Anonymous said...

beraklah kau KJ(KETUA JANITOR) BAPAK MERTUA X JADI PM BARU KAU NAK INSAF..DULU MCM PUKIMAK..SUDAHLA..DAMAGE DONE..WE(YOUNG VOTERS) WILL NOT VOTE 4 U BUGGER

p.s/ x lepak heritage row lagi ke? minum2 sket..j.d ke..chivas ke..hahaha..oxpot2

-pengundi cawangan kg.gadong, dun kota,parlimen rembau

Anonymous said...

Mana2 yang baik, kita boleh terima..

Saya sokong reformasi dan transformasi..






Faizal Bin Zakaria

Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
>>> Klik Di Sini <<<