POLITIK HARIAN: Hishammuddin Terima Peluru Hidup

Wednesday, August 24, 2011

Hishammuddin Terima Peluru Hidup

Puak Pembangkang semakin gila, sanggup buat kerja gila untuk menutup mulut Menteri KDN.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ancaman bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

Bercakap di majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, Hishammuddin berkata, kedua-dua peluru itu diletakkan dalam dua lubang pada sebuah buku kecil.

Bungkusan itu mengandungi mesej tulisan tangan mengenai ancaman tersebut tetapi beliau enggan mendedahkan kandungannya kepada pihak media.

Bungkusan itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Hishammuddin berkata beliau tidak gentar dengan kejadian itu dan berikrar untuk meneruskan tugasnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Anonymous said...

DAP keturunan komunis stkt hntr peluru ni mmg perkara biasa bg diaorg..

Sangtawal Sakranta said...

wahh...peluru hidup.... hisham keris tak gentar pun... he he he...
apapun "amaran keras" akan diberikan dengan kadar yang sangat segera kpd mereka yg terlibat!!!! :))))).