Tuesday, August 23, 2011

Rayo Sakan : Program ‘Mengacau Dodol’ - Kehadiran Syawal Kian Dirasai

AG kacau dodol pun sonyum... 
macam nak bagi duit rayo lobeh yo....

Kemeriahan kian terasa dengan pelbagai persiapan dilakukan oleh umat Islam samada yang membeli belah pakaian baru, membuat kuih muih bagi menyambut Syawal yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

Kelab Sukan Komuniti DUN Rantau dan UMNO DUN Rantau juga tidak ketinggalan membuat program ‘ mengacau dodol bersama Menteri Besar’ bagi merasai kemeriahan sambutan hari raya tahun ini seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin telah meluangkan masa bersama-sama mengacau dodol sambil beramah mesra serta bertanya khabar bagaikan sebuah keluarga.


Program santai yang bermula seawal jam tiga petang Ahad ini diadakan di Dewan Orang Ramai Rantau ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau dan Dato’ Abdul Ghani Hj. Hasan,Timbalan Pengerusi Jentera Pilihanraya DUN Rantau merangkap Pengerusi Kelab Sukan Komuniti DUN Rantau.

Sebelum itu, bertempat di Masjid Solok, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga fakir miskin di sekitar kariah tersebut.

Kemeriahan jelas terlihat dengan semua yang hadir bekerja sama serta saling membantu bergilir-gilir mengacau dodol yang mana sebanyak tujuh kawah telah berjaya disiapkan pada kira-kira jam 12 tengah malam seterusnya diagihkan kepada semua yang hadir.

Sesungguhnya program sebegini wajar dibuat serta di perluaskan kepada semua komuniti tidak kira di kampung atau juga di taman sebagai satu cara menghidupkan kembali suasana gotong royong, semangat kerjasama serta jalinan persaudaraan di antara kejiranan dan penduduk setempat amnya.-N9kini

1 comment:

Anonymous said...

meriahnya....