Thursday, September 8, 2011

Kerana Mat Sabu Sokong Komunis... Lebih 50 Ahli Pas Padang Terap Keluar Parti, Sertai Umno...


Aku percaya akan ramai lagi akan tinggalkan PAS kerana Mat Sabu....

Lebih 50 ahli Pas di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini.

Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli Pas selama 35 tahun berkata, beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua Pas itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, beliau juga tidak teragak-agak menyertai UMNO kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.

Ismail berkata, beliau juga terkilan dengan perjuangan Pas hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin Pas telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada UMNO untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, keputusan kumpulan ahli Pas terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut.

6 comments:

Anonymous said...

Alamat awal PAS akan TUTUP KEDAI..angkara Mat Sabu

Ahmad Zack said...

Mereka (Anuwar) merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..

Mat Toncit Penyokong Pakatan Rakyat said...

50 ekor keluar..tak luak sikit pun..lebih baik diorang berambus...PAS masih tetap menang di Padang Terap dengan majoriti lebih besar dalam PRU 13 akan datang

Tapi tengok muka dan dressing diaorang dalam TV3 tadi tak ada ciri-ciri macam orang PAS tapi nampak macam mamat-mamat yang dok beli 4D kat Magnum tiap hari sabtu draw je! Biasanya yang beli 4 Digit tu = ORANG-ORANG U.M.N.O

Mamat Benci UMNO Suka PAS said...

Seingat aku BAPAK SI NAJIB = "TUN RAZAK" salam dengan Mao Tze Tung Presiden 'Komunis China' adakan hubungan politik & ekonomi masa aku kecik dulu.

Tak ada pulak 'barua-barua' UMNO ni ramai-ramai keluar UMNO bantah Tun Razak masa tu.

Pasal apa ?? pasal barua-barua UMNO ni cium tangan (menyudu itek) kaki bodek pemimpin diaorang.

ABE ZUL KELATE said...

MAT TONCIT TERUS BERILUSI DAN BERHALUSINASI....BELIAU GAGAL MENYELAMI HATI NURANI RAKYAT YANG TELAH DIBUKAKAN HATI NYA OLEH ALLAH S.W.T.....DEMI ALLAH INILAH RAHMAT YANG TELAH ALLAH TURUNKAN UNTUK INSAN MELAYU MUSLIM....ALLAH TELAH BUKA KAN HIJAB HITAM YANG MENYALUTI HATI-HATI PENGANUT AGAMA SESAT PAS SEJAK SEKIAN LAMA.....SESUNGGUHNYA AHLI-AHLI PAS YANG MENINGGALKAN PERJUANGAN YANG BODOH DAN SIA-SIA ADALAH KEHENDAK ALLAH.....SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH SELAMAT DARI TERUS BERDOSA BERSENGKOKONGKOL DENGAN MANUSIA YANG HILANG AKAL DAN BUDI.....PERCAYALAH GEROMBOLAN RAKYAT YANG MENINGGALKAN PERJUANGAN BEBAL PAS BEGITU BESAR JUMLAHNYA DAN IA SEMAKIN BERTAMBAH HARI DEMI HARI.....KEPADA MAT TONCIT USAH LAH SYOK SENDIRI....CUBALAH MUHASABAH DIRI DAN MENCARI HAKIKI NESCAYA KAMU AKAN TEMUI JAWAPAN NYA......PERCAYALAH DAN DEMI ALLAH PAS PASTI KECUNDANG.....BAHKAN DI KELANTAN PUN PAS TERUS TERGUGAT...RAKYAT KINI DAH TERBUKA MATA HATI .......SEANDAINYA PAS KECUNDANG AKULAH INSAN YANG PALING BANYAK BERSYUKUR...KERANA TELAH SEKIAN LAMA AKU PERHATIKAN PERJUANGAN PAS.....IANYA PENUH KEJAHATAN DAN PENIPUAN..AGAMA ALLAH DIJADIKAN KOMODITI UNTUK MENCAPAI KEMEWAHAN DAN KUASA......SESUNGGUHNYA AKU DAN HAMBA RAKYAT YANG WARAS TERTUNGGU-TUNGGU PRU KE 13 BAGI MENGHUKUM PAS DENGAN SEADIL-ADILNYA...TUNGGULAH...TAKBIR...TAKBIR...TAKBIR....

Anonymous said...

jumud betullah korang nie masih nak sokong pemimpin pas dan pembangkang nie...takdak akal ker
nak menilai...