Tuesday, September 6, 2011

KJ Said "Mat Lu Bacul..." : Kerajaan Pas Kelantan Sahkan Jemput Khairy-Mat Sabu Berdebat


Kerajaan Pas Kelantan mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung isu sejarah tragedi serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini.

Timbalan Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua pihak berkenaan melalui e-mel semalam.

Beliau berkata, pihaknya bercadang mengadakan debat tersebut di Balai Islam Lundang tetapi tarikh belum ditetapkan kerana sedang menunggu persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

"Kita belum mendapat jawapan rasmi daripada kedua-dua belah pihak. Kita akan maklumkan perkara ini selepas mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

"Setakat ini Khairy secara tidak rasmi telah mengesahkan untuk hadir pada debat tersebut melalui laman twitternya manakala Mohamad tidak ada sebarang jawapan lagi," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun sebuah portal propembangkang melaporkan Mat Sabu seolah-olah menolak jemputan itu dan telah menyerahkan soal debat tersebut kepada Pemuda Pas.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat dalam kenyataan akhbar hari ini, turut menawarkan diri bagi menggantikan Mat Sabu untuk meneruskan perdebatan tersebut. -UM

Pas pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah dan tewas sebelum tempur. Baca di sini kenyataan KJ...

3 comments:

mcm ni lah said...

kompem mat sabu taknak debat, umpama baling batu sembunyi tangan,.
jom singgah ke blog saya ada pelbagai info terkini lagi sengsasi,
tajuk utama hari ini.
filem hantu bonceng catat rm4.5 juta kutipan,
remaja perempuan dibunuh,dibakar mayat dibuang di loji kumbahan di ampang jaya,
pusat jagaan haiwan cuai sebabkan kematian 16ekor kucing dan 200 lagi kebuluran di damansara,
ada pelbagai lagi info2 terkini lagi sengsasi,
jom terjah ramai2 ke blog sy

Anonymous said...

ulama2 muda pas menjadi pencacai penyondol najis babi mat sabu munafik komunis aljuburi.

kelas gituuuu ulama2 PAS komunis munafik aljuburi.pemakan tahi babi mat sabu.. KELASSSSS GGIIITUUUUU..

HIDUP MAT SABU ..PUJAAN HATI KUUU

Anonymous said...

UMNO bngok..name pon dlm BI,,ha3,,sape komunis??? najib lah..ha3..najib ngam ngn komunis..