POLITIK HARIAN: Harga Tiket Bola dan Kunjungan Khairy Bersama MB N9 Ke Rumah Terbuka Deepavali

Wednesday, October 26, 2011

Harga Tiket Bola dan Kunjungan Khairy Bersama MB N9 Ke Rumah Terbuka Deepavali


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersama YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) serta Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan menghadiri rumah terbuka Deepavali YB Dato' VS Morgan (Ketua MIC Bahagian Rembau, Adun Jeram Padang dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan) di Taman Rantau, Parlimen Rembau.



Harga tiket Bolasepak bukan dibawah kawalan PBNS dan Presiden

Menteri Besar Negeri Sembilan YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada rakan-rakan dan masyarakat yang beragama Hindu di seluruh tanah air khususnya rakyat Negeri Sembilan.

MB juga menyeru seluruh rakyat berkunjunglah dan menziarahi rakan-rakan yang meraikan Deepavali bagi mengeratkan lagi hubungan demi perpaduan.

Disamping itu, beliau menjemput rakyat di Negeri Sembilan terutamanya di kawasan Port Dickson untuk sama-sama memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri di Port Dickson pada malam 1 November 2011.

Berhubung harga tiket yang dijual oleh FAM, beliau terkejut dengan keputusan FAM dan peminat turut kecewa tetapi beliau menyatakan bahawa ini di luar kawalan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dan juga Presiden Persatuan .

Beliau berharap supaya semua peminat sama-sama turun padang bagi menyokong Bola Sepak Negeri Sembilan pada peringkat akhir, Sabtu ini.

Hobin Jang Hobin!!!

No comments: