Saturday, November 5, 2011

Seksualiti Merdeka: Polis Soal Siasat Ambiga



Polis telah memanggil bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan untuk disoal siasat berhubung sokongan beliau ke atas program Seksualiti Merdeka, yang telah pun diharamkan berkuat kuasa kelmarin.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Datuk Ambiga telah diminta datang ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi pada Selasa ini untuk disoal siasat, berkaitan dengan Seksualiti Merdeka,” kata ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Andrew Khoo hari ini.

Ambiga, pengerusi Bersih 2.0 yang diharamkan beberapa hari sebelum ia mengadakan perhimpunannya 9 Julai lalu, telah bersetuju untuk melancarkan Seksualiti Merdeka Selasa ini.

Dalam satu kenyata semalam, Ambiga berkata Seksualiti Merdeka bertujuan memberi ruang komuniti LGBT yang dipinggirkan untuk mengetengahkan diskriminasi mereka alami setiap hari dan bukannya menggalakkan gejala homoseksual.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihkanya mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Kata beliau, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula Selasa lalu dan sepatutnya berlarutan sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam.

Menurut sumber rapat, difahamkan Anwar Ibrahim bersetuju program itu diadakan!

4 comments:

Anonymous said...

tahan terus... jgn lepaskan dajal ini...

AAKJblog said...

TWEET KHAS ANWAR DIA SOKONG SEKS MERDEKA ?!! BABI YAHUDI NI ISLAM KE APA? tuuuiHHH !!

Anonymous said...

apalah korang ni? apa kesalahan yg telah di buat oleh homoseksualiti? knp nak haramkan program kami? kami ada hak kami sendiri! kami mahukan kebebasan!

Anonymous said...

kembar seiras anwar, ambiga buat onar lagi

mcm biasa para ulama' dan fuqaha' Parti Ambiga Sreneevasan (PAS) tgh cari alasan untuk keluarkan fatwa menyokong tindakan tersebut....