Monday, December 12, 2011

7 Hasan Ali Bakal Tinggalkan Pakatan Haram ?

"Jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti akan berlaku."-Hasan Ali.

Sikap pemimpin Pas yang 'pengecut' menyebabkan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Hari ini Hasan Ali berkata, beliau akan bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Mungkin ini adalah langkah tepat di lakukan oleh Hasan Ali untuk meninggalkan Pakatan, kerana Pakatan Haram dilihat sering memperkotak katikan ketiga-tiga perkara tersebut.



DAP sememangnya tidak menghormati aqidah dan sensiviti umat Islam, malah mereka pernah mencabar PAS "jika mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu".

PKR pula dilihat asyik main tikam belakang dan Chinadolls...

Ditanya wartawan sama ada beliau patut meninggalkan PAS jika menghadapi masalah dalaman parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

Menurut bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu, ini kerana beliau harus mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan, mufti dan veteran politik terlebih dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti akan berlaku.

Sebaliknya jika rakan-rakan, mufti dan veteran politik Hasan Ali setuju? Bermakna Hasan Ali Akan keluar parti...?

Dan jika Hasan Ali keluar parti, ini merupakan satu tamparan hebat buat PAS!

7 comments:

Anonymous said...

Pas pun tak ada hala tuju…suka ikut cakap PKR dan DAP. Hadi pun tak ada hala tuju!

DAP Nak Dengar Cakap PAS Ke? hamPAS!

Anonymous said...

umngok syok sendiri hahaha

WaliMuar said...

yang mana lebih hebat curi duit raayat 250 juta lembu feedlot atau Hassan Ali keluar Pas....cuba kau fikir baik2.UMNO dijahanamkan oleh kumpulan mamak tua dan achee yang mengaku melayu.....melayu tak kenal warna kulit la nih....

Lebai Malang said...

..kalau Dr Hassan benar2 anak jantan yg membela Islam, Melayu dan Raja Melayu, dia sepatutnya sudah tinggalkan PAS yg kini telah jadi sebuah parti yg dayus dan bertaraf barua DAP. Adakah Dr Hassan yg terkenal tegas dan ada jati diri sanggup jadi BARUA kepada DAP dan diperbudakkan oleh sebahagian para pemimpin PAS yg mentaliti separuh masak.

Anonymous said...

Dr Hasan Ali dilihat berani dalam menyatakan pendirianya dan tidak mengikut telunjuk Majlsi Atasan Pas yang dilihat tidak lagi relevan dan hanya mengikut DAP.Dengar-dengar manifesto PAS tidak akan ada Hudud lagi

Anonymous said...

walimuar....berapa banyak duit kau kena curi untuk buat projek lembu tu ? hang habaq mai kat aku.....meh aku gantikan....sikit2 duit rakyat.....betul ke kena curi ?....buktikan la ...jangan cakap2 berdegar je

Anonymous said...

Walimuar....oral hang boh kat lutuk...ka....

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates