Tuesday, March 20, 2012

0 Lynas: MP BN Ajak Debat Luar Dewan

Kekecohan di dalam Dewan Rakyat berlarutan sehingga ke luar dewan apabila Ahli Parlimen Mambong (BN) James Dawos Mamit mengajak wakil rakyat Kuala Selangor (Pas) Dr. Dzulkefly Ahmad berdebat di luar.

Dzulkefly ketika ditemu bual wartawan di luar dewan, ditegur Mawit dengan nada beremosi mengajak berbincang secara bersemuka dengannya dan tidak hanya pandai memboikot tindakan kerajaan yang ingin penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk meneliti isu nadir bumi Lynas di Gebeng.

Pelawaan itu disambut baik Dzulkefly yang ketika itu bersama Ahli Parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh.

Perang mulut antara wakil rakyat BN dan Pas itu berlanjutan sehinggakan temubual itu terpaksa dihentikan.

Bagaimanapun, tindakan Dzulkefly menenangkan James sehingga mengiringinya ke kereta meredakan keadaan.

Dzulkefly menyifatkan perselisihan faham seperti itu adalah perkara biasa apabila menyentuh isu-isu besar seperti projek nadir bumi ini.

Beliau ketika ditanya, apakah perasaan apabila Mawit menuding jari ke arahnya berkata:

“Saya tidak mengambil serius tentang perkara itu kerana pada saya semua orang beremosi apabila berbicara tentang isu Lynas ini,”

“Dan jika benar beliau mahu berdebat dengan saya tentang hal ini, saya bersedia… walaupun saya bukanlah orang terlalu pakar dalam hal ini, namun dengan sedikit pengalaman dan ilmu yang saya ada.. Saya terima untuk berdebat,” kata pakar toksikologi dari Universiti Sains Malaysia.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates