Thursday, May 31, 2012

Selepas Hasan Ali... Kini Giliran Nasharuddin Ditikam Oleh Puak Anwaris!


Kalau dulu kita di gemparkan dengan berita panas apabila nama YAB Dato' Dr Hasan Ali tidak di senaraikan sebagai calon PAS pada PRU13, kini tiba masanya, nasib yang sama menimpa kepada Ust Nasharuddin....

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa melahirkan perasaan terkejut apabila diberitahu bahawa beliau tidak disenaraikan dalam calon PAS Kelantan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Beliau yang dihubungi AntaraPos.com walaubagaimana pun enggan mengulas lanjut sebaliknya akan menunggu respon daripada PAS Pusat bersabit perkara itu.

"Oh benar? Saya tidak tahu. Nanti kalau saya komen susah juga. Kalau saya ada maklumat boleh."

Menurut sumber nama Ahli Parlimen Bachok itu gagal dikesan di dalam senarai nama calon yang diserahkan kepada PAS Pusat.

Namun sumber itu menyifatkan sebarang perubahan boleh berlaku.

"Setakat ini nama beliau (Nasharudin) tidak tersenarai di Kelantan. Itu sahaja yang saya boleh katakan.

"Soal mengapa dan bagaimana ia berlaku saya tidak boleh nak jawab kerana saya tidak menguruskan hal-hal PAS Kelantan," katanya ringkas.

Nasharuddin mula bertanding dalam politik tanahair apabila memenangi kerusi parlimen Yan, Kedah pada pilihan raya umum 1999.

Beliau kemudian kalah pada di Besut pada 2004.

Manakala pada pilihan raya umum 2008, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti sebanyak 2,896 undi.

Adakah keputusan ini wajar di terima....? Ahli PAS fikir-fikirkan lah....

No comments: