Saturday, June 2, 2012

Azmin Ali Diserang 20 Samseng Malam Tadi


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata lebih 20 samseng, mengganggu keluarganya di rumah mereka di Ampang kira-kira dua jam lewat malam tadi.

Kumpulan itu dikatakan berada di pekarangan rumah Azmin, di Taman TAR, dan disuraikan oleh polis yang tiba sekitar jam 11.30 malam.

Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, Azmin membuat tuduhan yang liar kononnya samseng tersebut adalah Pemuda UMNO.

Katanya polis tiba di rumah untuk memantau serangan lebih 20 ahli Pemuda, yang bermotosikal "untuk ganggu kacau keselamatan keluarga saya."

Seorang pegawainya memberitahu bahawa mereka berada di kawasan rumah Azmin sejak 10 malam dan hanya bersurai selepas polis tiba pada jam 11.30 malam.

Azmin berhadapan dengan insiden ini beberapa hari selepas pendedahan sebuah portal bahawa beliau tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa dalam isu rasuah yang berlaku 17 tahun yang lalu.

Dari sudut pandangan aku ada besar kemungkinan, musuh dalamannya sendiri yang hantar samseng untuk mengugut Azmin agar beliau meninggalkan parti tersebut dengan segera! Ini kerana Azmin membawa terlalu banyak masalah dalam PKR!!

4 comments:

Anonymous said...

Samseng di hantar parti sendiri? Agak2 la kalau nak membohong...orang mcm lu la buat org caboot sokong PR..fitnah2 rekaan lu kebudak-budakan sangat...blog2 Pro BN lain wa baca..nampak ilmiah la jugak..tapi LU?

Anonymous said...

kalau nak kira fitnah...puak sana paling kerap fitnah...macam makanan harian...mmm

x-pkr said...

aku pun percaya bro.. sbb azmin ramai musuh dlm pkr.. musuh paling kuat khalid ibrahim dan kak wan azizah sendiri! sudah tiba masanya untuk pancung azmin..

Abdullah said...

Khalid Ibrahim hantar tu. Pi letak jawatan la Azmin, biar Khalid jadi MB. Aku lagi rela Khalid gagap jadi MB daripada Azmin yang takde qualification ni.