Friday, June 1, 2012

Fitnah Sultan: Pemuda Johor Mahu Nizar Di Kenakan Tindakan Tegas!


Pergerakan Pemuda UMNO Johor kemarin membuat laporan polis menuntut pasukan itu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap Mohammad Nizar atau mana-mana individu yang menggunakan media sosial sama ada Twitter atau Facebook untuk menyokong kenyataan fitnah terhadap Sultan Ibrahim.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Fadil Muskon berkata, peruntukan undang-undang sedia ada perlu dilaksanakan dengan tegas ke atas mereka yang terlibat sebagai pengajaran agar kejadian sama tidak berulang.

“Kami menganggap Mohammad Nizar sebagai seorang yang biadab dan kurang ajar terhadap baginda Sultan Johor. Tindakannya ibarat menghasut rakyat untuk mencemar kesucian institusi diraja keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sentran.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru yang diwakili ketuanya, Khalid Mohamed bersama 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar raya ini turut membuat laporan di balai yang sama berhubung isu berkenaan.

Antara NGO yang turut serta adalah Persatuan Pesara Kerajaan; Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa; Kelab Rakan Muda dan Persatuan Sahabat yang turut membawa sepanduk mendesak mana-mana pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap kenyataan biadab Mohammad Nizar.

Pasukan khas siasat kenyataan Nizar

Sementara itu, Polis negeri Johor akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff berkata, sehingga petang semalam pihaknya telah menerima lapan laporan berhubung kenyataan pemimpin Pas Perak itu dan siasatan mengenainya akan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948.

“Pihak kami akan meneliti dan melengkapkan kertas siasatan terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya. Justeru, saya berharap semua pihak dapat menghormati undang-undang negara ini dan tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas," katanya.

Kelmarin, Mohamad Nizar menerusi akaun Twitter miliknya mengeluarkan komen, Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Sumber: Utusan

3 comments:

Anonymous said...

Sayang sungguh rakyat Johor kepada Raja Johor mereka 'yang berjiwa rakyat' - selalu pandu motor - Harley Davidson berharga RM200,000 bawa keliling kampung seluruh negeri Johor atau pandu laju kereta sport - Bugatti Veyron berharga RM5 juta sebuah....Pandu helikopter RM6 juta.
Baru2 ni beli plet kereta harganya RM setengah juta ringgit...Ha ha ha
Rakyat Johor telan air liur lihat cara2 raja mereka melabur duit...

Anonymous said...

Adakah DS Nizar biadap serta membuat fitnah wahai Pemuda UMNO. Jika kita sebagai rakyat membela perlakuan sultan yang jelas dan terang membazirkan wang rakyat,sebenarnya kita meletakkan ketaatan secara membabi buta.Apabila kita menyokong tindakan itu (bidaan),sultan akan rasa tidak bersalah kerana ada rakyat yang bodoh akan membelanya. Jika beginilah sikap baginda yang dikatakan berjiwa rakyat dengan "kembara Mahkota Johor"nya,nampaknya hanya mengaburi mata rakyat. Rakyat yang sayangkan sultannya akan sentiasa mengingattkan baginda seperti marah ibu terhadap anaknya. h

Anonymous said...

June 1, 2012 10:36 AM << Manusia Bodoh .Dah Terang2 Sultan Johor ckp x guna duit raktat ko nak pertikaikn ape .?Even Elaun Sultan Johor pn Beliau Masuk Dlm Yayasan Johor.Ape lg? Berapa Harga kereta Harga Motor Kau Sibuk Ape?Tu hak Dia Duit Dia Kau Sakit hati asal?
Kalau Mampu X makan Duit Rakyat Ape Salahnya? Kau ni Sibuk2 Asal??