Friday, October 5, 2012

Jumpa Peguam di Paris Bukti Anwar Dalang Pembohongan Scorpene/Altantuya


Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut.

Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal ëkomisyení yang terlibat dalam urusniaga itu.

Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.

Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut?

Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa? Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat sendiri ëwang komisyení bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?

Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki? Jika benar, layakkah beliau? Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut? Sebagai musuh? Sebagai rakan subahat? Sebagai pasangan intim?

Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene?

Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang mana mereka menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, butiran komunikasi antara pihak yang terlibat, butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.

Selain dari semua ini, tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang tersenarai dalam proses penyiasatan.

Justeru, di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis?

Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai ëskandal scorpeneí ini, iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini. Maka, pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.

Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan ëmencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebutí. Bertitik tolak dari itu, maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini.

Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang ditemuinya?

Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?

Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua ëkemalangan langgar-larií berasingan melibatkan kematian isteri seorang Datoí yang menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes tersebut, Azizan.

Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim yang ëtiada kena mengenaí dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan iaitu semakin banyak persoalan atau mungkin juga sebenarnya adalah sebuah jawapan.

2 comments:

Anonymous said...

Yg gabra sngt dgn kes Scorepene di Perancis tu knp?Yg suruh SUARAM di siasat le,SUARAM di biayai oleh Yahudi le.Kakitangan kerajaan menjadi talibarut SUARAM le.Dn skrg DSAI ada konspirasi dgn peguam2 kes Scorpene plk.Najib sendiri tidak pernah menafi kn yg dia terlibat.Ada kh kerana takut dgn kes Altantuya akn timbul.Sendiri mau ingat le.

Anonymous said...

sebab dah terang lagi bersuluh kerajaan perancis pun dah cakap tiada kes jadi anwar nak pergi perancis jumpa peguam untuk apa lagi?

siapa anwar untuk jumpa peguam di perancis itu? adakah dia seorang hakim, lawyer atau saksi yang terlibat. jadi lu pulak guna otak lu untuk berpikir

apa hal orang takde kena mengena sibuk2 sampai sanggup lari dari pembentangan bajet?