Monday, October 22, 2012

Pemuda MCA Tegur Pasangan Blog Seks

Gambar dari Gutter Uncensored

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari ini berkata sayap tersebut menolak sikap sebuah pasangan muda Malaysia dibelakang blog seks yang gempar baru-baru ini.

Wee berkata, Alvin Tan dan Vivian Lee tidak seharusnya menunjukkan hubungan peribadi mereka di Internet semata-mata mahu mendapat perhatian kerana budaya Malaysia ini yang konservatif.

“Mereka tidak seharusnya menggunakan platform ini untuk jadi popular, atau menjadi pelakon video lucah.

“Ini bukan caranya untuk mendidik masyarakat muda,” katanya apabila ditemuramah pada perhimpunan agung Pemuda MCA hari ini.

Wee berkata, hak kebebasan individu ada hadnya, terutamanya dalam negara ini yang menolak keterbukaan dalam hal ehwal seksual.

Beliau berkata Lee dan Tan seharusnya berfikir kesan tindakan mereka memuatnaik gambar dan video lucah mereka.

Di dalam blog lucah mereka, Lee, 23, dan kekasihnya Alvin Tan Jye Yee, 24 telah meletakkan video dan gambar lucah mereka ketika melakukan hubungan seksual.

Blog tersebut telah ditutup oleh pasangan terbabit, cuma meninggalkan beberapa tulisan dari 20 September hingga 15 Oktober, tetapi gambar dan video tersebut telah disiarkan di Gutter Uncensored.

Wee bagaimanapun enggan untuk mengulas apabila ditanya apakah tindakan yang harus diambil, sebaliknya hanya berkata orang lain tidak perlu mengikuti mereka.

“Itu bukan kami untuk memberi hukuman, sebaliknya terpulang kepada kerajaan.

“Saya cuma berharap pelajar lain tidak mengikuti mereka,” katanya lagi.

Tan, pelajar undang-undang yang menerima biasiswa dari ASEAN, bakal diberhentikan dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan biasiswanya akan ditarik selepas insiden tersebut, menyebabkan beliau dan kekasihnya menerima tumpuan dari media.-TMI

3 comments:

Anonymous said...

gejala sosial yg sukar dibendung..apa yg harus dilakukan

Anonymous said...

apa yg harus dilakukan? kick Anwar!

Anonymous said...

Apa hendak dihairankan...presiden MCA Chua Soi Lek telah menjadi contoh terbaik kepada generasi muda cina soal seks terbuka. Lu tanya sama CSL kalau tak percaya. MCA tidak layak bercakap soal moral kerana semua ahli MCA telah memilih ketua parti yang tidak bermoral.