Friday, November 9, 2012

2 Peguam Kesal Nurul Izzah Pusing 180 Darjah


Wanita yang bertanya soalan kepada Nurul Izzah adalah seorang penguam dan merupakan seorang AJK hak asasi majlis peguam. Menurut sumber lain, Siti merupakan salah seorang komiti yang menganjurkan Festival Seksualiti Merdeka.

Utusan: Seorang ahli Majlis Peguam kecewa apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu.

Menurut Siti Zabedah Kasim yang dipetik dari laman portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertahankan kenyataannya berhubung kebebasan beragama itu dan bukan ‘memusing’ 180 darjah.

‘‘Tiada apa yang salah mengenainya, beliau mengatakan kebenaran. Saya menjangka ‘hoo-ha’ selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, anda hanya perlu berpegang kepada kebenaran.

‘‘Saya percaya Nurul Izzah cuba menarik perhatian orang ramai, dia tidak memikirkan tentang kesannya," katanya kepada laman portal tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

pening!!!!!!!!!!! sekarang ni siapa bercakap bohong peguam ke nurul izzah.

Anonymous said...

Peguam selalu cakap bohong... biasa bercakap bohong.... dan biasanya bercakap bohong.... jadi sah lah peguam yang cakap bohong

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates