Friday, December 21, 2012

1 BN Youth Music Buskers Fest 2012 – Bakal Himpun Lebih 200 Pemuzik Jalanan


Program BN Youth Music Buskers Fest 2012 yang dijangka akan menghimpun lebih 200 pemuzik jalanan di seluruh negara, khususnya di Lembah Klang bakal diadakan di Kuala Lumpur City Center (KLCC) pada 22 Disember ini bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 7 malam.

Program yang bertemakanOur Generation Voice itu yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Pemuda BN dan disokong oleh Persatuan Seniman Malaysia tersebut merupakan satu-satu program seumpama itu yang pernah diadakan di negara ini.

Menurut Pengerusi BN Youth Music, Jamawi Jaafar, selain daripada menghimpun seberapa ramai pemuzik jalanan di negara ini, program ini secara tidak langsung merupakan satu pengiktirafan terhadap pemuzik jalanan di negara ini yang boleh dianggap sebagai duta perlancongan negara.

“Ia juga secara tidak langsung menghargai usaha pemuzik jalanan dalam menghiburkan orang ramai, termasuk pelancong-pelancong luar dan untuk mengubah persepsi masyarakat yang menganggap golongan ini dengan tanggapan negatif seumpamanya peminta sedekah dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Program tersebut akan turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Program tersebut juga turut menyelitkan acara-acara menarik bagi pengunjung antaranya permainan pancaragam, pertunjukkan silap mata, deklamasi sajak untuk Palestin, persembahan tarian orang asli dan acara cabutan bertuah bagi para pengunjung.

“Selain itu, kita akan mengadakan persembahan serentak yang melibatkan lebih 200 pemuzik jalanan yang bakal mencatat sejarah sebagai persembahan pertama seumpama itu yang pernah diadakan di Malaysia untuk dicatatkan di dalam Malaysian Book Of Records.

“Saya menyeru agar warga Malaysia dan Lembah Klang, khususnya pada anak-anak muda agar tidak melepaskan peluang untuk hadir ke program ini yang menjanjikan pelbagai acara menarik di sepanjang program tersebut berlansung,” jelasnya.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Malaysia Youth Buskers Fest 2012 ini boleh menghubungi talian 012-3434928 (Wady), 012-3954359 atau 019-4360064 (Mashy).-Info Pemuda

1 comments:

Anonymous said...

apala nk jadi

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates