Tuesday, March 5, 2013

Polis Percaya Masih Ada Musuh Bersembunyi Di Kampung Tanduo - KPN


LAHAD DATU: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.-BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Korang dtg sini utk menjual
Igt askar kt x sudi nk beli?
Amik ko..ngan jet kt org borong

Anonymous said...

Semoga Allah masukkan pejuang2 tersebut ke dalam syurga bersama2 para syuhada. Amin...