Wednesday, March 6, 2013

Sidang Media Ops Daulat Dedahkan Foto Kejayaan Pihak Berkuasa


Kejayaan pihak berkuasa


Antara senjata yang dirampas




Mayat pengganas


Sebuah kubur besar pengganas ditemui.


Anggota forensik polis telah diserang oleh pengganas 
semasa memeriksa sebuah kubur yang ditemui.

Lahad Datu: Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid meminta orang ramai supaya tidak memperlekehkan usaha yang sedang dijalankan oleh tentera dan polis menggeledah lokasi pertempuran dengan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo dekat sini.

Katanya, kerajaan tiada apa-apa yang hendak disembunyikan sebaliknya usaha itu terpaksa dilakukan dengan berhati-hati kerana ia berisiko tinggi.

"Jangan diperlekehkan apa yang dilakukan ini," katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat 16, dekat sini.

Sidang media itu dihadiri sama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pada sidang media tersebut, dua menteri itu mendedahkan beberapa keping foto yang menunjukkan bukti-bukti kejayaan pihak berkuasa.

"Ini adalah gambar yang selama ini ditunggu oleh masyarakat. Inilah operasi yang dilakukan oleh pasukan keselamatan kita," kata Ahmad Zahid sambil mengangkat sekeping daripada foto berkenaan.

Foto itu antara lain menunjukkan sembilan mayat pengganas yang dikebumikan dalam sebuah kubur besar.

Foto-foto lain menunjukkan antaranya senjata yang dirampas dan sebuah kubur lain yang menempatkan tiga mayat pengganas.

Sehingga ini, 13 pengganas disahkan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati dalam pertempuran pukul 6.45 pagi tadi.

Menurut Ahmad Zahid, kubur itu telah ditemui oleh pasukan keselamatan semasa operasi menggeledah. Operasi kemudian disertai oleh pasukan forensik yang memeriksa mayat-mayat yang ditemui.

Hishammuddin dalam pada itu menjelaskan bahawa operasi penggeledahan itu mengambil masa kerana ia perlu dilakukan dengan cukup hati-hati kerana keadaan bentuk muka bumi yang sukar serta ancaman serangan pengganas yang masih bersembunyi.

Beliau mendedahkan bagaimana anggota forensik polis telah diserang oleh pengganas semasa memeriksa sebuah kubur yang ditemui. Kejadian itu berlaku pukul 1.45 tengahari tadi.

"Bagaimanapun tidak ada insiden yang mencederakan anggota keselamatan kita setakat ini," tambah Hishammuddin.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan berkongsi dengan orang ramai perkembangan lanjut operasi dari masa ke masa apabila ada maklumatnya ada.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa tahap semangat anggota polis dan tentera yang terlibat bekerjasama dalam operasi tersebut berada pada tahap yang tinggi dan memberangsangkan.

9 comments:

Anonymous said...

Tak perlu la nak menunjuk2. menjengkelkan.....jgn riak sangat.

Anonymous said...

bukan menunjuk... tetapi untuk semua orang tahu... tak der lah banyak sangat orang yang cetek pemikiran buat ulasan yang tak berasas...

Anonymous said...

Patutnya bukan si Zahid Hamidi & Hishamuddin yg akan menjelaskan perkara ini. Mereka tidak berkenaan dan kerana masih operasi tentera. Mereka bukan oranga barisan hadapan tentera. Mereka hanya orang politik. Patutnya diberikan kepada Keetua turus angkatan tentera yang mengendalikannya.

Jangan masuk campur lah Zahid weiiii...

Anonymous said...

Semoga Allah masukkan mereka ke dalam syurga bersama2 para syuhada. Amin.

Anonymous said...

Buat menyemak saja 2 ekor ni. Bukan dia pun yang berjuang.

Anonymous said...

Bro Jinggo.. Carilah news yang exclusive sikit. Ini dah dilaporkan dalam mainstream media. Adoyai..

Anonymous said...

'Semoga Allah masukkan mereka ke dalam syurga bersama2 para syuhada. Amin.'

Maksud awak, they die for a great cause? Goodness gracious, you gotta be kidding. You support people who wants invade your country? So much for your patriotism. And, great humor.

Anonymous said...

sebagai seorang rakyat malaysia yang hanya tengok tv atau mendengar berita tentang peristiwa ini perlu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anggota anggota keselamatan negara yang berjuang di lahat datu dan kepada arwah-arwah yang berkorban jiwa dan badan mereka untuk negara dan tak payah nak campur adukkan dengan politik. kalau tak tahu yang sahih, duduk diam dan berdoa ataupun rasa hebat sangat korang yang terasa boleh pergi tawarkan diri berjuang kat barisan paling hadapan dan berjuang untuk negara kita. hormat pada yang berjuang untuk ketenteraman negara terutamanya barisan pihak kerajaan perlu ada. hormat sikit menteri kita.

Anonymous said...

zahid hamidi and hishamuddin merupakan menteri negara malaysia thus they're the important people that stand on malaysia government that have their own rights and fulfill their responsibility as to express or give any news that is fact and legal that related on this matter. takkan pulak nak panggil ketua angkatan tentera yang tengah sibuk pertahankan negara pulak nak bagi liputan. masalah betul manusia ni. kalau rasa diri tu betul sangat baik kau pergi lahad datu berperang sekali dengan terrorists sulu tu.gantikan ketua angkatan tentera tu sempat la dia nak bagi komen depan wartawan.