Wednesday, March 6, 2013

Tembak Menembak Baru Di Lahad Datu Pagi Tadi


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.

Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.

Beliau tidak mendedahkan lokasi kejadian itu tetapi memberitahu seorang pengganas Sulu tumpas manakala tidak ada sebarang kecederaan di pihak Malaysia.

Ismail juga mengesahkan bahawa kawasan Ops Daulat yang sebelum ini seluas 4 kilometer, kini diperluaskan lagi berikutan ada di kalangan pengganas dipercayai yang bergerak ke beberapa kawasan lain dengan menyamar sebagai orang awam.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

Pada sidang yang sama, beliau juga berkata, pihaknya belum lagi mahu menyiarkan jumlah pemberontak Sulu yang cedera atau maut dalam operasi yang digerakkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Dalam operasi itu yang bermula sekitar 7 pagi, pengganas digempur dan dilemahkan dalam masa hanya 3 jam oleh pasukan tentera.

Namun, OPS Daulat masih tidak berakhir kerana ia disusuli dengan operasi ‘mopping out’ atau operasi pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu lokasi lain.

4 comments:

Anonymous said...

Nur Misuari & Jamalul Kiran cakap 5-6 bulan sebelum ini kumpulan kumpulan kecil penganas sulu bersenjata sudah pun menyusup masuk ke Sabah.
Pihak tentera & Polis kena buru mereka ini.
Rakyat Sabah dalam bahaya yg sangat besar. Penganas Sulu akan menganas secara perang gerila.

Anonymous said...

Semoga Allah memelihara, memenagi dan memasukkan mereka yg tewas berjuang di jalannya kerana untuk menegakkan kebenaran dan membebaskan tanah air mereka dari cengkaman dan penipuan manusia2 yang fasik ke dalam syurga bersama para syuhada. Amin.

Unknown said...

Tangkap dan bicarakan Tian Chua dan mereka yg dipercayai dalang dalam kejadian pencerobohan di Sabah. Sy selaku bekas peg tentera terasa seolah olah terpanggil utk terus berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Insyaalah mereka akan tumpas dan dibunuh. SATU PELURU SATU MUSUH.

Unknown said...

Tangkap dan bicarakan Tian Chua dan mereka yg dipercayai dalang dalam kejadian pencerobohan di Sabah. Sy selaku bekas peg tentera terasa seolah olah terpanggil utk terus berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Insyaalah mereka akan tumpas dan dibunuh. SATU PELURU SATU MUSUH.