Tuesday, April 30, 2013

#PRU13 Anwar Lumpuh Di Permatang Pauh!


Maklumat yang diterima, calon Barisan Nasional Dr Mazlan kini mendapat sokongan meningkat, insyallah jika penyokong BN berusaha kuat, berkempen untuk beliau maka akan tumbanglah Anwar di Permatang Pauh...

Kali ni 'buku bertemu ruas'... Selama ni Anwar bawa keluarga berkempen, sebab bagi masyarakat Melayu, sokongan keluarga ada 'nilai tambah' dalam perjuangan...

Sekarang keluarga Dr Mazlan all out berkempen untuk beliau, mari kita tolong mereka yang berniat menolong agama Allah ini...

Luahan anak Dr Mazlan, 'sebab walid lawan DSAI...'





Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini.

Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat! Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak.

Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat.

Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la".. Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang.

Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS,bukan bawa agenda Islam,bukan ada Majlis Syura,bukan dasar Islam pun.Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar,itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Persoalannya,siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim,bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim;  seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim,aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin,membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita.Berlambak lagi yang layak,nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR,PAS,bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR,dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak.Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim.Jangan dok ambik personal.Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa,kami bukan lawan PAS. PAS jugak untung kalau Anwar takdak,boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai,hampa khatam blog yang aku sertakan itu,lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu,pi jumpa ustaz-ustaz,bagi link blog tu suruh depa baca,dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi,yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la,buat video seks konon Mustafa Ali la,apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir,tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi.Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak.

Buang la sifat taksub tu...Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa,ya kita kesian kalau benda itu benar ; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni.

Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau.

Awat kalau kesian kat dia,dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.Ni orang yang fikrah Islam yang jelas,dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin.

So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq,yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja,biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa.

Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh,oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni,baik duduk diam2 kat Telekom,takdak caci maki.

Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan. Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak  judge kami di akhirat.

Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua,kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

4 comments:

gua melayu,beb! said...

Sewaktu Raja Abdullah Jordan mengambil alih tampuk pemerintahan Jordan slps kematian Al Malik Hussien,apa kh ikrar ny?"Utk melucut kn senjata nuklear yg di miliki oleh Iraq".Walaupun Jordan punya angkatan tentera yg cukup besar di Timur Tengah,tidak ada sebutir pun peluru ny jatuh di bumi Israel!Musuh yg nyata bg umat Islam tidak mahu di perangi tp cuba menjatuh kn Negara Islam yg lain.Apa beza ny dgn tindakan Dr Mazlan yg menentang DSAI?UMNO yg terang2 memperlekeh kn Islam ber iya2 nk di pertahan kn tp mangsa kezaliman UMNO pulak yg nk di tentang!Kpd ank Dr Mazlan,guna kn akal utk berfikir,bila kh masa serangan terhadap DSAI terhenti slps dia di pecat dr UMNO.Hatta sewaktu dia msh meringkuk dlm penjara pun serangan dr UMNO di atas pentas politik tidak pernah berhenti.Cuba di hitung brp kali kh nama DSAI di sebut dlm persidang agung UMNO yg baru lalu?Menyertai kumpulan penyamun dn kemudian menuding jari kpd org lain sebagai pencuri,ni apahal?

Unknown said...

kepada anak dr. Mazlan:

Saya berasal dari permatang pauh dan mengundi di sini. Saya tak pernah meminati politik secara sirius sebelum ini. Sy mula lebih kritikal terhadap perkembangan politik negara di masa penghujung pemerintahan era Mahathir. Sy lihat banyak kemajuan yg dilakukan tetapi terlalu banyak juga kemusnahannya....KRONI, RASUAH, CAMPURTANGAN DALAM MAHKAMAH, NILAI ISLAM DIENTENGKAN, SOMBONG, BONGKAK, DLL. Kehadiran Pak Lah menyejukkan hati sedikit, tapi tidak lama. Naiknya Najib menghidupkan kembali legasi Dr.M dlm pemerintahan. malah lebih buruk dgn kehadiran isteri beliau yg lebih sudu dari kuah, sikap borosnya menjadi-jadi. kronisme dan rasuah menjadi amalan dan budaya dlm UMNO. masuk UMNO untuk jadi kaya,untuk dapat tender. Cuba perhatikan Wanita dan Puteri UMNO, berapa kerat sahaja yg bertudung dan mengamalkan nilai islam????. Rambut berbagai warna, pakaian usah ceritalah.

Berbalik kepada isu bapa saudara menentang DSAI. negara kita demokrasi, silakan. tapi perlukah DSAI ditentaang??? apakah kesalahan yg dilakukannya.???. beliau mengamalkan nilai islam, anak-anaknya bertudung, bersekolah dan hidup dgn gaya islam. DSAI sentiasa bertazkirah bersama rakyat. bila-bila masa saja beliau boleh menjadi imam, beliau juga boleh berbahasa arab.(disamping juga bahasa tamil dan inggeris). Tuduhan beliau LGBT tidak pernah dibuktikan, hanya sekadar video kelabu. jika tidak ada bukti, islam tidak menyuruh kita menghukumnya, berserah pada ALLAH. jika kita hendak menghukum tanpa bukti, macam-macam kita boleh kata, Najib pembunuh, Najib penzina...tapi kita tiada bukti, jadi kita diamkan sajalah.

Bapa saudara sepatutnya menentang bukan islam seperti Karpal Singh dan LKS ataupun mentang Dr.M atau Najib yg telah tebukti jahatnya. satu contoh sahaja, Najib terlibat dalam pembelian kapal selam scopene yg melibatkan rasuah sebanyak RM500juta. Ini bukan fitnah, ini diakui sendiri dalam parlimen, tapi menteri tidak menyebutnya sebagai rasuah, tetapi komisen pengurusan. Dr.M pula mengakui sendiri memberi ic percuma kepada rakyat filipina untuk menggulingkan PBS yg memerintah sabah. cuma katanya tengku memberi lebih lagi darinya.

Bagi saya, bapa saudara tersalah perkiraan, ataupun memang ada udang disebaik batu, mengharapkan habuan yg lebih besar dalam BN. wallahuallam, sy tidak mahu menuduh, tapi yg pasti bapa saudara menentang saudara seislam yg baik.

Anonymous said...

Al hamdulilah ayah saudara nampak di antara haq dan batil, pd peringkat aeal kebangkitan reformasi tajaan anuar saya lah yg menjadi pengikut tegar tanpa menghiraukan apa yg diberitahu...

Saya terfikir pd awal tahun 2013 dan membuat solat hajat memohon petunjuk
serta istikaroh, utk d beri petunjuk dari Allah s.w.t, alhamdulillah sy dpt yg saya istikorah itu ternyata BN pilihan terbaik buat masa ini.
bermula dgn les IMF yg hendak dpinjam oleh anuar..tp Malaysia masih terselamat dgn tidak ambik imf.
kes liwat yg berku berterusan sehingga ke hari ini memalukan dan menjijikan, kalu nqk tahu bab betul atau tidak kita tgk pendedahan Rahimi bekas pekerja Anuar yg d ugut dgn sseng dan sebqgainya, mengapa azizah murul izzah masih boleh bertqhan mempertahankan kaki liwat yg dia sendiri tahu.
mengapa tidak bersumpah wahai anuar kalu dia betul tidak meliwat dan berzina mengapa tidak bersympah. Jgn membelit dgn mengatakan tudal bileh bersumpah.
beliau kata kes qasaf, utk pengetahuan anuar dan penganutnya dlm islam kes zina or liwat bolh dihukm umelalui keadah pertama hudud dgn syarat2 yg telah d tetapkan syarak, jikalau ada qarinah(bahan bukti seperti video, air mani dan sebagainya) blh dihukum mengikiy takzir.......

berkautan dgn harta yg limpah ruah sehingga ada dlm bamk israel, sehingga sanggup mengadai kalimah Allah, sanggup menerima pluralisme, lgbt.

Panjang sangat kalu nak menulis, ringkasnya, ambil maklumat bukan hanya dr Pr saje ambillah semua maklumat dr pelbagai pihak dan yg terakhir solat lah hajat dan istikah jgn jadi miqallidin dan muqallidat.......

Ya Allah Ya Rahaman ya rahim
bukakanlah pintu2 hati manusia yg ikut membuta tuli tanpa mbuat kajian dan selik terlebih dahulu
Ya jabbar ya muntaqu ya allah
hancur leburkanlah pakatan ahzab malaysia, wahao tuhan yg menurunkan al quran dan yg menghancurkan ahzab tolong lah kami bantulah kami untuk memwntang gerqkan ahzab d malaysia yg terdiri dari DAP, PKR dan PaS

Anonymous said...

Anwar hidup dalam dunia tipu muslihat. Dia pandai berhelah, kemudian sengeh seolah tidak ada apa-apa. Sikap begitu berlaku terlalu lama hingga ramai kawan-kawan seperjuangan lari meninggalkan beliau. Prof Sidek Baba adalah yang terkini.

Kita yang tenguk dari jauh terkeliru dengan lakonan. Yang tahu, kenal permainan muslihat kotor. Yang tahu, pasti boleh tunjuk jantan yang jadi mangsa peliwat. Yang tahu, boleh sebut satu demi satu pompuan yang telah kangkang untuk anwar jolok.

Moral teruk sebegini sebenarnya boleh jadi racun. Sini ada 3 video katakan, diluar sana ada berpuluh tunggu untuk belit leher dan batang Anwar. Waktu itu negara jadi barang gadaian.

Semak saja apa kata Lee Kuan Yew tahun 1993 dan Karpal pada 1997 perihal Masalah moral Anwar.