Tuesday, April 30, 2013

#PRU13 Membongkar Pelan Huru-hara Pakatan Haram!


Perancangan Pakatan Rakyat untuk mencetuskan huru-hara pada PRU-13 telah pun terdedah luas. Malah, strategi-strategi serangan dan mematah isu juga sudah diketahui umum. Antaranya, membawa masuk pelanduk dua serupa dengan Anwar dari Thailand dan melancarkan keganasan seperti mengebom bilik gerakan dan sebagainya.

Namun, itu hanyalah permulaan. Kita tahu bahawa pelan kemuncak mereka ialah mencetuskan pemberontakan yang besar.

Ia akan dimulakan dengan kekecohan di beberapa tempat pada hari pengundian --> Kekecohan itu akan disebarkan secara meluas di media sosial dan diperbesarkan sehingga ramai yang terpengaruh --> Akibatnya keputusan pengundian tidak diterima, dan bantahan dibuat secara besar-besaran kemudian orang ramai pun dihasut untuk mencurigai dan memarahi kerajaan --> Akhirnya, demonstrasi bantahan keputusan PRU-13 secara ‘habis-habisan’ akan diadakan di Kuala Lumpur… dengan matlamat menggulingkan kerajaan.

Tidak mustahil, demonstrasi ini akan bermula lebih awal iaitu sejurus selepas keputusan diumumkan. Jika ini berlaku, bermakna mereka akan mengambil tempat masing-masing di sekitar ibukota apabila kekalahan hampir disahkan.

PR mungkin juga memerlukan satu insiden besar yang mengejutkan seperti percubaan bunuh atau pembunuhan seorang yang berpengaruh dalam kekecohan ini untuk membawa huru-hara itu ke satu tahap lagi.

Walau apapun, apa yang lebih penting ialah untuk kita memahami perancangan terperinci mereka.

Satu artikel di Outsyedthebox nampaknya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa huru-hara akan dicetuskan di kawasan paling strategik iaitu bermula di Jalan Pudu. Blog tersebut memaparkan gambaran yang lebih jelas dengan mengambil contoh Demonstrasi BERSIH pada 9 Julai 2011.

Dalam demonstrasi tersebut, kita melihat para peserta berkumpul di Jalan Pudu, Menara Maybank, Puduraya dan Tung Shin Hospital dan bukannya Dataran Merdeka yang menjadi ‘idaman’ mereka.

Tindakan mereka memutuskan perhubungan ke Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan TAR, Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang secara serentak.

Jika ini berlaku, seluruh Kuala Lumpur akan lumpuh apabila trafik tersekat, orang ramai terperangkap, maka huru-hara boleh direalisasikan ke tahap maksima. Insiden membelasah polis dan mungkin juga orang ramai tidak boleh diketepikan. Pada ketika ini, media asing sudah pastinya telah bersedia di beberapa tempat sambil bersedia dengan tajuk ‘Malaysia Spring’.

Sekiranya, perancangan ini diadakan pada hari pengundian, mereka mungkin tidak mampu mengerahkan begitu ramai peserta untuk mencetuskan huru-hara yang berkesan. Namun, ia memberi satu kelebihan di mana kebanyakan pemimpin tertinggi akan berada di satu tempat sahaja untuk meraikan kemenangan. Kepungan boleh saja dilakukan di sana. Walaubagaimanapun, ini adalah salah satu senario yang terburuk, dan sukar untuk dijayakan.

Selain hari pengundian, hari yang perlu diberi perhatian ialah hari mengangkat sumpah selepas PRU di mana mereka pasti akan sedaya upaya cuba menghalangnya.

Walaubagaimanapun, soal tarikh huru-hara bukanlah sesuatu yang signifikan kerana ia akan merupakan sesuatu yang berterusan bermula sekarang sehingga berjaya, iaitu tidak dapat dipastikan bila.

Apa yang pasti ialah mencetuskan ketegangan melalui internet bukanlah sesuatu yang sukar kerana tentera kacang merah DAP telah pun bersedia. Dengan hanya 2,000 orang tentera siber yang mempunyai 20-50 akaun laman sosial setiap seorang, tidak syak lagi yang mereka mampu mewujudkan gambaran persepsi berjuta-juta orang dalam sekelip mata.

Ini akan memberi alasan kepada pihak asing untuk mengambil pandangan mereka sebagai serius dan seterusnya masuk campur dalam urusan negara ini.

Semua yang diperkatakan ini telah pun berlaku di serata dunia hatta sebelum era internet lagi. Dalam kebanyakan kes, pertumpahan darah adalah pasti. Sama ada darah yang tertumpah itu adalah di kalangan rakyat dalam jumlah yang besar, mahupun terhad kepada satu individu tertentu, termasuk pemimpin atau penentangnya - terpulang kepada yang mana yang lebih memberi keuntungan kepada kuasa asing.

Syria, Mesir, Libya, Iraq, Afghanistan telah mengalaminya. Apakah kita benar-benar ‘teringin’ untuk mengikut jejak langkah mereka?

No comments: