Sunday, May 12, 2013

9 Jadikan Penyatuan Umno-PAS Agenda Berterusan - Nasharuddin


Umno dan PAS harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Katanya berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS telah memulakan usaha tersebut tetapi tidak kesampaian.

"Bagi saya penyatuan PAS dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan PAS dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini Ahad.

Nasharuddin berkata perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

"Setelah ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi PAS selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan PAS.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam PAS itu malaikat," katanya.

Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu.

"'Reconciliation' di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama," katanya.

Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. - BERNAMA

9 comments:

Anonymous said...

harap dipercepatkan

Anonymous said...

nasharudin kau jgn nak sibuk,youre nobody.macam tak faham quran.

Anonymous said...

Anon may 12, 2013 4:20 pm..

Hang lagii lah nobody..! Jgn2 kau ni pengedar pil kuda yg hj Hadi bilang tempuhari..

Anonymous said...

payah nak ada dalam pati pembangkang macam nasaruddin ni...dialah orang yg layak memegang jawatan tetinggi dalam pati tu...kerana boleh duduk bersama kerjaan BN bebincang tentang keselamatan negara dan juga agama...

Anonymous said...

BENAR DALAM PAS TIDAK SEMUA MALAIKAT

KAIN PELIKAT BYKLAH....

BOLEH LONDEH DLM LUAR NEGERI ******%%*%*%*#@#@#@#@ BIULLLLLL
BYK SGT KENA TIPU

Anonymous said...

Sape yg tak mnyokong usaha ini ,org itu tergolong dlm kumpulan ahli neraka ..

Anonymous said...

Sokong percepatkan usaha penyatuan demi bangsa , agama dan negara.

Anonymous said...

nasharudin kalau nak pangkat join je umno tu. Tak payah nak berselindung lagi.

Anonymous said...

salahkah menganjurkan kerjasama bila agama dan bangsa sendiri hampir berderai?

saya tak paham kenapa penyokong PAS marah-marah begini ...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates