Wednesday, May 1, 2013

3 #PRU13 Facebook Azhar Sulaiman digodam Cyber Troopers


Aktor popular tanah air Azhar Sulaiman, 41, membuat laporan polis petang ini kerana laman sosial peribadi beliau di Facebook diserang dan digodam oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Cyber Troopers.

Laporan polis dibuat di balai polis Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 3 petang tadi, katanya.

Menurut beliau, gara-gara serangan oleh Cyber Troopers, yang beliau dakwa sebagai penyokong pembangkang, akaun Facebook beliau kini menjadi tidak berfungsi (disabled).

"Sepanjang saya jadi artis tidak pernah saya mengadakan sidang akhbar tetapi hari ini, saya adakan sidang akhbar kerana hak kebebasan bersuara saya disekat," jelasnya.

Beliau berkata, cacian dan makian bertalu-talu yang diterimanya melalui akaun Facebook beliau yang mempunyai 11,000 pengikut, niat beliau membuka laman sosial itu untuk bertukar fikiran dan pandangan kini digantung.

Selain itu, Azhar menjelaskan laporan polis itu dibuat bagi melindungi diri dan keselamatan beliau yang dirasakannya terancam.

Mengakui bukan berminat untuk menjadi politikus, beliau berkata, beliau sekadar menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) iaitu kerajaan yang memerintah.

"Biarlah yang buruk saya tetapi bukan pemimpin saya.

"Saya menjalankan siasatan saya sendiri dan membuat penilaian tentang video seks yang membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Sebagai orang dalam bidang perfileman, mustahil video itu lakonan," tegasnya.

Beliau menambah, beliau lakukan semua ini termasuk membuat video dan Facebook adalah kerana mahukan para peminat dan pengikutnya berfikir serta menyokong sistem pemerintahan sedia ada.

"Saya bukan kejar populariti atau masih popular menerusi filem Abang 92 tetapi saya tak mahu sistem yang ada sekarang berubah," katanya. - Utusan

Sila baca artikel ini juga : Azhar Sulaiman...'suara' silent majority yang fedup terus diperbodohkan

3 comments:

Anonymous said...

dgn ini aku bersumpah aku tidak haked facebook engkau.so aku bersih kau tak boleh tuduh aku sebab aku dah bersumpah tak buat aku tak bersalah ok

Anonymous said...

sendiri buat sendiri lapor, lawak memang lawak..

Anonymous said...

KALAU KITA BERSUARA KITA DITUDUH MENYOKONG KERAJAAN TAPI KALAU DORANG BOLEH SAMPAI MENGHINA DAN MEMFITNAH KERAJAAN.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates