Thursday, May 2, 2013

0 #PRU13 Peguam PKR Sahkan Penahanan Blogger Pembangkang Milo Suam


Peguam PKR, R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.

“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi."

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman.

Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar palsu yang mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates