Friday, May 3, 2013

#PRU13 Tuduh PMO Bawa Pengundi Hantu, Pakatan Sedia Hadapi Kekalahan


Dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim 2 Mei, Pakatan Rakyat menuduh bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Anwar menuduh PMO (Pejabat Perdana Menteri) membawa pengundi-pengundi hantu untuk mengundi di Semenanjung. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga mereka cerita kononnya syarikat Malaysia Airlines (MAS) turut menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan terlibat dalam mengatur penerbangan yang ditempat khas untuk membawa pengundi hantu pada Pilihan Raya Umumm, 5 Mei ini.

Tuduhan melulu ini sengaja dibuat untuk mencari alasan sekiranya Pakatan kalah dalam PRU13. Mula-mula dikatakan 130,000 pengundi diterbangkan ke Semenanjung, kemudian jumlah dikurangkan pula kepada 45,000 orang.

Beliau mendakwa pengundi hantu ini akan dibawa ke pelbagai kawasan sekitar semenanjung untuk membolehkan calon Barisan Nasional menang di kawasan tertentu. Anwar turut mendakwa dia mempunyai salinan emel perbualan antara pegawai eksekutif tertinggi dalam syarikat penerbangan, yang menunjukkan pegawai yang bekerja di PMO adalah dalang disebalik tempahan penerbangan khas tersebut.

Anwar turut mendakwa penerbangan khas berkenaan yang telah bermula sejak 25 April lalu, dengan sebanyak 16 penerbangan setiap hari. Mereka berlepas daripada Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.

Beliau berkata jumlah berkenaan tidak termasuk kemasukan jumlah pelancong yang luar biasa daripada Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam serta Indonesia melalui Pelabuhan Klang dan beberapa pintu masuk di kawasan pesisir pantai negara ini.

Belum apa-apa lagi, Ambiga dan Bersih sudah memekak tentang isu ini menunjukkan sikap berat sebelah NGO ini. Sebelum ini mereka menuduh pendatang asing ramai mengundi di Sabah, kali ini tuduhan dibuat mengatakan pengundi-pengundi Bangladesh, Indonesia & Filipina dibawa pula ke Semenanjung.

Penipuan Pakatan Rakyat semakin melampau, namun jawapan yang diberikan oleh pihak yang dituduhnya juga enggan diterima, sebaliknya Anwar terus membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

Ketika diminta mengemukakan bukti, Anwar enggan menunjukkan bukti yang beliau ada, sebaliknya seolah bermain sorok-sorok denngan rakyat. Sama seperti beliau enggan bersumpah atau tunjukkan jam Omega beliau yang menjadi bukti gejala salah laku seks.

Nyata PR tidak meyakini mereka akan memenanngi pilihan raya ini lantas mencipta bayang-bayang ketakutan mereka menuduh pengundi hantu diseludup BN.

Cukup-cukup lah menunding jari kepada orang lain. Muhasabah diri sendiri, banyak perkara yang belum pun dijawab Anwar, kini cuba mencetuskan pelbagai syak wasangka kepada kerajaan. Kalau kalah, terima hakikat. Rakyat sudah menolak PR, dan meyakini BN, bukan menuduh tanpa bukti yang kukuh.

No comments: