Thursday, May 2, 2013

#PRU13 #TukarKelantan Najib Terima Sambutan Luar Biasa di Machang


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sambutan luar biasa daripada lebih 20,000 masyarakat pelbagai lapisan di Machang, Kelantan.

Ketibaan Najib disambut dengan lagu semangat Inilah Barisan Kita serta kibaran bendera dan rentangan I Love PM.

Laungan 1Malaysia dan 'Kelantan Tukar' bergema di sini tanda sokongan padu rakyat terhadap Najib dan Barisan Nasional (BN).

Najib diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan; Datuk Dr. Awang Adek Hussin ;serta calon-calon Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Parlimen Machang); Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Parlimen Kota Bharu); Halim@Ab. Halim Ismail (DUN Pulai Chondong); Azemi Mat Zin (DUN Temangan); dan Eriandi Ismail (DUN Kemuning).

Cuaca panas terik di Machang tidak menghalang orang ramai membanjiri padang SK Tok Bok untuk melihat lebih dekat dan beramah mesra dengan pemimpin nombor satu negara itu serta memberi penuh perhatian kepada amanat yang disampaikan Najib.

Perdana Menteri juga meluangkan masa menikmati jamuan tengah hari bersama-sama rakyat. -Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Ya ata botol lu punya cakap .....

... yang berkorban apa saja hanyalah yang ada dibawah, RAKYAT terus menjadi korban sedangkan yang dipanggil ELIT UMNO bermewah-mewahan sampaikan BIL air di rumah Perdana Menteri tu sampai RM40,000 sebulan semata-mata hendak memandikan BADAK berendam yang beli cicin sampai seharga RM24juta dengan duit RAKYAT


.... yang dikorbankan hanya ahli UMNO yang bersumpah setia, walaupun tetap miskin setelah berkorban untuk part selama puluhan tahun...

.... kadang-kadang kesian juga tengok keadaan ahli ahli UMNO ... walaupun tegar menyokong UMNO, masih hanya mampu minum steguk kopi diwarong yang hanya sibuk setiap kali musim pilihan raya ....

.... bandingakan apa yang dibuat olrh MIC dan MCA, paling tidak mereka memberikan saham kepada ahli-ahli mereka, insuran kesihatan, dan khidamta wakil rakyat [walaupun akhir-akhir nya wang SAHAM MAIKA dan KOPERASI MCA MCA dilibas juga oleh pemimpin parti...]]


... kesian ahli-ahli UMNO ini, kalau dibandingakna dengan taraf kehidupan seorang Ketua Bahagian UMNO - yang mampu berumah puluahn juta, mampu mempunyai kereta mewah dan mengaut keuntungan dari segala projek kerajaan .....

mungkin sudah sampai masa kenapa ahli-ahli UMNO harus mencontohi kesedaran Timbalan Ketua Wanita UMNO - pegerakan UMNO yang menjadi sayap terkuat dalam UMNO menjadi korban para pemimpin UMNO yang hanya berkerja saling menjatuhkan setalah berada diatas ... mungkin ahli-ahli UMNO harus juga merenungkan kenapa Naib Presiden UMNO seperti Muhammad Taib menyedari UMNO tidak lagi bergerak dengan tujuan asal UMNO ...

mungkin sudah sampai masa ahli-ahli UMNO menyedari bahawa UMNO sekarang hanya kelab elit yang digunakan oleh para pengusaha sebagai cara untuk mengaut keuntungan dibumi Malaysia ....

Anonymous said...

Janji di tepati