Sunday, June 2, 2013

Polis Terima 6 Laporan Tindakan Hina Agong



Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.

-Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Perbualan spt ini memang biasa didegar dimana2. Tetapi jika dipaparkan di media sosial, akan jadi lain la pulak...
Perbualan yang biasa saja - tak perlu dipolemik kan...
Jadilah bangsa Malaysia yang waras.

Anonymous said...

kalo menghina agong kita tu perkara biasa mmg tak layak lah jadi rakyat malaysia. bangsa malaysia? wakakakakakaka lawak giler. sorry to say most chinese only talk the talk but never walk the talk. menghina org melayu,agong,islam mmg pekara biasa bagi kaum cina.