Sunday, April 14, 2013

#PRU13 # TolakPR Pemimpin DAP Diarah Tutup Mulut Wujud Pertembngan DAP


Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.

Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?

Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.

Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.

Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.

Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.

Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.

Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.

#PRU13 #BN4Rembau Lagi Gambar Pelancaran Jentera BN Rembau Bikin PR Goyang!


Ribuan anak muda sedia gempur Pakatan Pembangkang! Ha... Kali ni jangan harap la Pembangkang nak berkuasa di Negeri Sembilan!!

Hidup BN! hidup Bn! hidup BN!



Lagi gambar klik di sini...

#PRU13 #BN4Rembau - Sekitar Pelancaran Jentera BN Rembau Most Wanted!


Pelancaran jentera Pemuda BN Rembau yang dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, di Dewan Orang Ramai Rantau, hari ini berlansung dengan punuh semangat juang!

Semangat yang ditunjukkan oleh Pemuda BN Rembau ini bikin puak pembangkang berasa gerun untuk meletakkan calon mereka di Parlimen Rembau! Selain dari mempertahankan Kawasan Parlimen Rembau dan DUN yang dimenanggi pada PRU12 yang lalu, Pemuda BN Rembau bernekat untuk merampas semula kerusi DUN Paroi yang ditawan oleh puak pembangkang!

Sedang aku membuat posting ini bergema laungan Hidup BN! hidup BN! Hidup BN!













#PRU13 Krisis Dalaman - Anwar Tangguh Umum Calon Parlimen PKR di NS


Spekulasi berhubung masalah dalaman dalam kalangan pakatan pembangkang di negeri ini semakin kuat apabila calon-calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tiga kerusi Parlimen yang sepatutnya diumumkan malam tadi ditangguhkan oleh penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cuba menutup masalah dalaman yang berlaku dalam PKR negeri, Anwar menjelaskan penentuan calon itu terpaksa ditangguhkan atas permintaan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dalam satu mesyuarat di sini hari ini.

Kata-katanya itu menimbulkan persoalan mengapakah pula PKR, dan Anwar khususnya, perlu mendengar permintaan pemimpin parti rakannya dalam pemilihan calon PKR.

Di samping itu beliau cuba menggambarkan bahawa masalah berhubung penetapan calon tidak wujud dalam PKR.

Malah beliau memberikan alasan yang tidak berkaitan sebagai sebab penangguhan itu dilakukan iaitu desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen pada pagi Isnin.

"Saya mahu ucap tahniah kepada kepada pakatan pembangkang negeri ini kerana telah menyelesaikan isu pembahagian kerusi. Cuma yang tidak selesai adalah pemilihan calon sebab dahulu orang tolak jadi calon tetapi sekarang mereka berebut sebab mereka yakin pakatan akan menang.

"Jadi sebab itu dalam mesyuarat majlis pakatan pagi tadi (semalam) mereka minta untuk saya tangguhkan pengumuman calon bagi tiga kerusi di Telok Kemang, Kuala Pilah dan Rembau," katanya dalam satu sesi ceramah di Pusat Komersil Melang dekat sini malam tadi.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, PKR bertanding di tiga kerusi Parlimen namun hanya menang di Telok Kemang menerusi Datuk Kamarul Baharain Abbas.

PKR di negeri ini dikatakan sedang mengalami krisis dalaman, termasuklah perselisihan Ketua Cabang Telok Kemang, M. Ravi dengan Kamarul Baharain, yang juga Pengerusi PKR negeri.

Malah, masalah pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga timbul apabila PKR kawasan Labu menuntut supaya kerusi berkenaan ditandingi oleh calon mereka berbanding keputusan ketika ini yang meletakkan calon sekutu mereka, Pas. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 #TukarKelantan - Pengundi Mahu Nik Aziz Berundur


KOTA BAHARU – Pada usia menjangkau 82 tahun dan sudah empat penggal memegang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, sudah tentu pengumuman Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada pilihan raya umum 5 Mei ini, mendapat reaksi negatif sesetengah pengundi.

Mereka berpendapat bukan sahaja mursyidul am PAS itu sudah lanjut usia, tetapi dengan pelbagai penyakit yang dihadapinya, beliau dirasakan tidak lagi berkemampuan untuk memimpin disebabkan keuzurannya.

Justeru, mereka mendesak agar Nik Aziz tidak bertanding lagi pada PRU13 ini dan sekali gus berundur daripada memegang jawatan menteri besar Kelantan.

Umum mengetahui Nik Aziz pernah menjalani rawatan jantung pada Ogos 2010 dan sehingga kini, beliau masih menerima rawatan berterusan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Nik Aziz bagaimanapun mendakwa masalah kesihatannya tidak menjejaskan kemampuannya untuk bertanding kerana baginya untuk menjadi wakil rakyat tidak semestinya sihat tubuh badan.

Sebahagian pengundi di DUN Chempaka yang ditemui turut mengatakan Nik Aziz gagal membangunkan DUN Chempaka walaupun telah lama menjadi wakil rakyat di situ.

Menurut mereka, pelbagai pembangunan yang dilaksanakan di Pengkalan Chepa, bukan atas usaha Nik Aziz ataupun kerajaan negeri tetapi hasil usaha kerajaan pusat seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Institut Pendidikan Guru Kota Baharu dan yang paling ketara cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Taman Bendahara.

Taman Bendahara kini cukup terkenal dan menjadi pusat pertumbuhan baharu dengan adanya UMK.

Projek tebatan ombak bernilai jutaan ringgit di sepanjang Pantai Sabak dan Pantai Cahaya Bulan juga hasil keprihatinan kerajaan pusat, kata Yusoff Saad, 47, penduduk Pantai Sabak, kawasan yang sering dipukul ombak besar setiap kali musim tengkujuh.

“Rumah kami banyak yang hanyut kerana ombak kuat. Nik Aziz datang pun tidak, menjenguk kami. Lama kelamaan kami yang tinggal di pesisir pantai ini dah tak ada tempat tinggal.

“Mujurlah kerajaan pusat bina benteng penahan ombak. Kuranglah sikit ketakutan kami,” katanya.

Pembaik alatan elektronik, Wan Lah Husin, 59, berkata kalau boleh biarlah orang lain yang memimpin pula.

“Walaupun peluang Barisan Nasional (BN) dikatakan tipis tetapi sekarang saya yakin ramai yang sudah menyokong BN kerana mahukan pembangunan fizikal ditingkatkan,” katanya.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin berkata BN telah banyak berjasa di kawasan parlimen itu termasuk yang terbaharu membina sebuah klinik di Jalan Rambutan Rendang di sini.

Katanya rakyat kini mahukan perkhidmatan terbaik seperti menangani masalah air yang tidak pernah selesai di Kampung Che Deris dan air Sungai Tok Sadang yang airnya keruh kerana masalah pembalakan. – Bernama

#PRU13 # Vote4BN Perang Maya: Barisan Nasional Lebih Bersedia!


Kajian yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan, 90 peratus orang muda menggunakan media-media sosial baru untuk mendapatkan maklumat berkaitan politik tanahair.

Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti tv dan hanya 15 yang menggunakan akhbar untuk mencari maklumat politik.

Jelas di sini betapa pentingnya media alternatif sebagai platform untuk meraih undi pengundi muda. Isi kandungan media tersebut bakal menjadi penentu kejayaan mana-mana parti yang bertanding.

Dalam hal ini terdapat perbezaan besar yang jelas diantara hebahan internet BN dan Pakatan di mana BN lebih banyak menyebarkan fakta dan bukannya fitnah.

Kegagalan menguasai dunia siber pada 2008 dikatakan antara faktor kekalahan teruk BN sehingga tumbang lima negeri.

Berbanding PRU12, BN kini lebih bersedia menghadapi “perang siber” PRU13 dengan penyokong-penyokong muda BN dan netizens bersama-sama bergerak menghadapi serangan pembangkang.
BN kini sudah sedar pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kekuatan cybertrooper BN ini sudah mula dirasai pemimpin tertinggi Pakatan Haram seperti Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang sangat takut sehingga menuduh agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang rakyat dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.

Kerisauan Lim Kit Siang ini ada asasnya apabila melihat puluhan ribu penyokong BN terus menyerang mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang.

Oleh hal yang demikian, wajarlah cybertrooper BN terus berkempen dengan dan adil serta mengelakkan dari mencerca dan memaki hamun.

Cybertroopers Pakatan lebih gemar guna bahasa kesat dan berdebat ikut emosi. Mereka telah menyalahgunakan kebebasan bersuara yang diamalkan dinegara ini dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.

Bukan mereka sahaja, pemimpin Pakatan seperti Nizar juga tidak ketingalan dalam menabur fitnah di pentas media sosial ini untuk berlaku biadap, kurang hajar dan derhaka kepada sultan.

Yang anehnya, segala pembohongan ini tetap diterima dan dipercayai secara membuta-tuli oleh penyokong-penyokong taksub mereka.