Thursday, July 30, 2009

KEMBALI KE ASAS PERJUANGAN, RAPATKAN BARISAN


Seruan Panglima Perang Cyber YDP Blogger Pembela Negara BPN Hentikan Persengketaan!!!

“Saya telah mendapat tahu ada sedikit pergeseran antara rakan kita para blogger yang hebat dan mantap ini.... Saya telah menghubungi dan meminta rakan lain menjadi pendamai kepada dua kumpulan ini. Namun nampaknya ia masih lagi berterusan.

Pertelingkahan sesama blogger perlu dielakkan dan saya khuatir kerugiaan lebih besar dari kebaikan akan terjadi susulan dari perpecahan di kalangan blogger pro negara ini. Maka BPN menyeru semua agar melupakan sengketa jika mereka BENAR BENAR sayangkan nasib agama, bangsa dan tanah air dari diri dan dendam mereka sendiri”.

Saya amat terharu dengan pesanan yang diluahkan oleh Panglima…

Bagi saya apa yang diluahkan oleh Panglima adalah bertepatan dan saya menyokong dari hati saya sendiri dengan sejujur-jujurnya…

Terima kasih Panglima…

Blogger setiakawan tetap setia pada kawannya, blogger setiakawan tetap menghormati kawannya dan blogger setiakawan juga sentiasa menerima teguran dari kawannya…

HARAPAN SAYA AGAR BLOGGERS PRO UMNO DAPAT BERSATU DIBAWAH NAUNGAN PARTI KERAMAT PARTI UMNO !!! HENTIKAN PERBALAHAN DIANTARA SESAMA KITA!!! TANAMKAN SIKAP KETERBUKAAN DIDALAM DIRI KITA!!! AYUH KITA PERTAHANKAN HAK KITA!!! KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN UMNO!!! KALAU BUKAN KITA !!! SIAPA LAGI YANG AKAN MEMPERTAHAN DAN MEMPERJUANGKAN UMNO!!!

BERJUANGLAH!!! BERJUANGLAH!!! DAN TERUSLAH BERJUANG !!! SEMARAKKAN JIWA ANDA DENGAN SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG UMNO DULU KALA!!! KITA PENYAMBUNG WARISAN PEJUANG BANGSA!!!

SALAM HURMAT

SALAM PERJUANGAN

BJ

9 comments:

otai said...

Syabas anak muda, sebenarnya anak muda tidak kalah dalam perjuangan anak muda.

"Kembalilah Keperjuangan Asal" bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Berpadulah tenaga hancurkan Pakatan Rakyat, itulah yang sebaiknya.

Anonymous said...

BERSATU.BERSETIA.BERKHIDMAT

"Perjuangan Tidak Akan Tamat Kerana Individu Gagal, Tetapi Perjuangan Akan Tamat Jika Parti Hancur!!"

ahlang said...

salam...

kuat kn tekad..
kembali kn semangat..
ayuh...bangun la bangsa ku..

-ahlang-

oyabun said...

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kembali ke perjuangan asal untuk memperkukuhkan kedudukan Melayu di tanahair bumi tercinta ini. Ingat..Melayu hanya tinggal kuasa politik!

Salam perjuangan

Aspirasi said...

UMNO dan UMNO bersaudara.. kita serumpun, kita seagama... ikatan kita ialah perjuangan kita demi masa depan Melayu dan Islam... selagi ada bulan dan matahari di bumi ini, selagi itu kita akan membangunkan agenda Melayu dan Islam...

PaKMie said...

Salam...

Blogger BPN bertanggongjawab menegak kebenaran bagi menentang kemungkaran Pembangkang dlm mengelirukan rakyat. Syabas kini rakyat semakin ada perubahan dengan coretan2 dgn bukti2 yg dipaparkan oleh BPN.

Kita juga jgn lupa jika ciri2 dan sifat2 yg ada pada pembankang ada dan amalkan dlm BPN lama kelamaan BPN juga akan menjadi lemah.

Pakmie menyokong apa yg di ulas dan cdgan oleh BJ respon dari Saudara Yang di Pertua BPN.

Mantapkan BPN utk nusa dan bangsa dan perjalan kita tetap tiada penghujungnya. Kita semua sama2 bergerak dgn keiklasan.

Selamat berjuang!!!
Pakmie.blogspot.com/exco Kelantan.

Parang Sasau said...

SALAM

SAYA AMAT BERASA KECEWA DENGAN TINGKAH LAKU SALAH SEORANG BLOGGER PRO UMNO YANG CUBA MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN DIANTARA BLOGGER PRO UMNO !!! SEPATUTNYA KAMU SEMUA BPN PERLU MEMBATU RAKAN SEPERJUANGAN KAMU UNTUK MENEBUS MARUAH SALAH SEORANG PENYOKONG BPN YANG TELAH DIMALUKAN SECARA TERBUKA!!! WALAUPUN SAYA BUKAN AHLI BPN TETAPI SAYA MENYERU AGAR AHLI BPN DAPAT MELAWATI LAMAN BLOG INI DAN TOLONG FLAGKAN BLOG INI >>> SILA COPY URL INI http://mayakhairy.blogspot.com/2009/07/maya-berdoa-pada-yang-kuasa-selamatkan.html

Anonymous said...

Nak buat apa bersatu,,,, umno akan berkubur tak lama lg,,, korang tunggu aje, akan sampai masanye,, marilah menyokong PR utuk semua Rakyat

Panglima Perang Cyber said...

saya rasa kekuatan kita apabila kita menggabungkan kelebihan yang ada di kalangan blogger pembela negara dan memaafkan kesilapan rakan rakan yang mungkin terlanjur terkasar bahasa.

justeru saya harap yang bersalah atau tidak akan memohon kemaafan dan kembali merapatkan saf perjuangan mereka demi nasib anak cucu kita yang memerlukan kestabilan politik bagi menjamin kestabilan ekonomi.

Yang penting, nasib bangsa serta agama kita akan terbela apabila suara suara kita dapat disatukan.

Itulah peranan dan cogankata kita selama ini, 1suara 1arah dan 1akidah melalui konsep 1malaysia.

Bersama kita jayakannya...

Terima kasih dan ayuh kita teruskan perjuangan !!!!!!!!