Wednesday, December 23, 2009

Dr Mahathir Ada Hak Saman Wain, Kit Siang Dan Malaysiakini




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mempunyai hak untuk menyaman dua individu dan sebuah portal berita kerana menuduhnya membazirkan RM100 bilion bagi projek-projek mega sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia bergantung kepada keputusan SuruhanjayaDiraja yang dicadangkan pemimpin DAP Lim Kit Siang, bagi menyiasat sama ada beliau telah membelanjakan wang tersebut bagi projek-projek mega dan amalan rasuah sepanjang tempoh itu.

"Bergantung kepada keputusan suruhanjaya (yang dicadangkan), saya berhak untuk saman (penulis) Barry Wain, Lim Kit Siang dam Malaysiakini.com kerana membuat fitnah bagi jumlah yang akan diumumkan kemudian," katanya dalam blognya semalam.

Wain merupakan penulis buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", menganggarkan bahawa Dr Mahathir telah membazirkan sehingga RM100 bilion sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, Wain mesti menyediakan bukti kukuh berkenaan mana-mana amaun yang didakwa telah "hangus" itu.

Beliau juga mengalu-alukan cadangan Lim semalam, yang menggesa kerajaan untuk mewujudkan suruhanjaya diraja sama ada beliau ada membazirkan sejumlahwang berkenaan.

Sila Baca>>FORM ROYAL PROBE ON DR M'S SQUANDERING

3 comments:

Anonymous said...

Inilah peluang Tun utk menegak kan kebenaran....saman Tun jgn tak saman,biar rakyat buka mata dan dpt menilai yg mana batu dan yg mana permata atau yg mana kaca dan yg mana berlian...rakyat yg tahu mengenang budi Tun sebagai pemimpin negara yg begitu cemerlang sehingga terpancar sinar kegemilangan keseluruh pelusuk dunia tidak akan sekali2 merelakan Tun di hina dan di fitnah....maknusia yg tak pernah mengenang jasa spt LKS harus di rejam dgn batu biar sampai dia bermastautin dialam lain....LKS telah mencalarkan imej Tun sebagai pemimpin negara islam yg sangat di sanjung oleh negara2 islam yg lain didunia ini...seeloknya Tun beri pengajaran secukupnya kpd penkhianat negara ini sehingga tersembam muka kebumi dan baru dia sedar tinggi atau rendahnya langit...saman dia dgn membayar balik maruah dan harga diri Tun yg telah di aibkan keseluruh antero dunia dan diseluruh rakyat malaysia dgn nilai harga sebuah negara CINA....Tun berhak menyaman spt mana cadangan drpd saya ini kerana penebusan balik yg mana dia telah menggadaikan dan mengaibkan negara Malaysia yg di terajui oleh Tun selama Tun menggalas tanggong jawab sebagai Perdana Menteri Malaysia...kami rakyat malaysia yg cinta dan sayangkan negara telah banyak terhutang budi kpd Tun dan jg semua pemimpin negara yb sebelum dan selepas Tun tidak ternilai harganya walau pun dibayar dgn nilai sebuah empayer negara cina!!!....LKS MESTI DI AJAR SEBAB DIA TIDAK PERNAH HENDAK BELAJAR MENGHORMATI HAK ORANG LAIN....ummi merdeka said

Sangtawal Sakranta said...

salam.

amat bersetuju dengan tuan.

tengok tajuk dan kulit bukunya pun dah tahu apa maksud si penulis itu!

sila baca artikel terbaru chedet berkaitan dengan perkara ini.

mampuslah pemfitnah dan penulis buku lepas ni! dia tak kenal ke siapa mahathir??? cari la peguambela yang terbaik lepas ni... jika Tun kata , dia pasti akan Kota... itulah mahathir yang aku kenal selama ini!!!

wassalam.

pencinta kebenaran said...

salam semua..Tun saman diorg Tun jgn x saman..saman jek kaw2 punya smpai bg diorg tu sakit jantung especially lim kit siang babi tu..gembiranya aku tgk klau dia heart attack n mampos.dia ni lah antara mangkuk ayun yg nak menjahanamkan m'sia!!