Pemuda Bahagian UMNO Bukit Bintang menyarankan bahawa orang awam terutamanya pihak bukan islam agar tidak memperlekehkan pandangan dan perasaan orang islam yang menentang penggunaan kalimah Allah supaya luka berikutan isu ini dan pembakaran khianat gereja-gereja di Malaysia dapat diubati.
Penafian pandangan dan perasaan umat islam Malaysia yang menentang penggunaan kalimah ini sebagai satu agenda “politik”, “fanatik” atau “sempit” hanya akan menyisihkan lagi masyarakat islam dan bukan islam daripada mencapai penyelesaian. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia adalah untuk memahami dan berempati antara satu sama lain agar Malaysia dapat keluar dari ketegangan yang melanda negara kita sekarang.
Untuk itu pemuda bukit bintang berpendirian bahawa perasaan dan pandangan muslim harus diketengahkan agar pihak awam dapat memahaminya.
Sebelum itu, Pemuda Bukit Bintang menyatakan pendirian kami bahawa kami tanpa berbelah bagi mengutuk tindakan membakar mana-mana rumah ibadat kristian. Perbuatan seperti ini sebenarnya mencemarkan nama Islam dan harus dibendung setegas-tegasnya. Penjenayah harus dibawa ke muka pengadilan segera. Walaupun demikian, Pemuda Bukit Bintang menyokong sebulat suara bahawa pandangan umat islam di Malaysia harus diketengahkan secara tegas, sivil dan berhemah tanpa kekerasan dan keganasan.
Pandangan muslim di Malaysia sebenarnya tidaklah rumit. Pada kami, perkataan “Allah” adalah merujuk kepada Allah Tuhan kami; Tuhan yang Esa; Tuhan yang satu; Tiada anak dan tiada diperanakkan. Kamus Dewan Bahasa mendefinasikan yang [Allah itu adalah tuhan orang islam] sahaja. Perkataan ini digunakan oleh kami dari kami lahir hingga ke liang kubur dan berkali kali setiap hari; sebelum dan selepas makan; diwaktu suka dan duka dan sebagainya. Ia mempunyai pengertiaan yang bukan sahaja literal tetapi marangkumi fahaman keagamaan dan tauhid serta ikatan emosi, kesayangan dan kerohanian yang amat mendalam bagi umat Islam di Malaysia. Dan kita telah menggunakannya setelah sekian lama di Malaysia ini. Penukaran maksud perkataan ini sudah tentu memberi kesan kepada kami kerana ia tidak akan lagi merujuk kepada Tuhan kami yang esa.
Isu pada masa ini timbul apabila segolongan masyarakat meminta perkataan ini ditukarkan maksud yang kami fahami. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka pada masa ini pada masa ini pada masa ini tidak munasabah dan sukar diterima. Maka dengan itulah secara tidak sengaja menimbulkan kesangsian dan keresahan tentang penggunaan kalimah ini oleh golongan bukan Islam.
Secara amnya hujah yang diberikan boleh digolongkan kepada dua kategori. Pertamanya adalah berdasarkan bahawasanya ia digunakan di dalam dunia arab dan Indonesia untuk membawa maksud tuhan bukan orang islam. Hujah ini tidak diterima oleh muslim kerana persoalan di dalam isu ini adalah pemakaian kalimah “Allah” di dalam bahasa Malaysia di Malaysia dan bukan di negeri Arab atau Indonesia. Penggunaan kalimah Allah mengikut kamus DBP yang autoritatif jelas menunjukkan bahawa rujukan kepada tuhan bukan islam adalah tetap salah dalam pemakaiannya di dalam bahasa malaysia. Ia sejajar dengan pemakaian kelazimannya di dalam bahasa melayu yang dipakai selama ini. Terdapat banyak bukti penggunaan eksklusif sebegini di Malaysia sejak merdeka lagi. Dari prinsip rukun Negara ke lagu negaraku ke ucapan harian. Allah telah digunakan secara "eksklufi" kepada Allah tuhan Islam di dalam bahasa malaysia dan tidak seperti bahasa arab dan indonesia yang mempunyai epistimologi dan sejarah penggunaan yang berlainan.
Hujah bardasarkan konteks pemakaian di dalam bahasa Indonesia juga tidak bertepatan dan sesuai. Di Indonesia amalan sesetengah penganut islam membolehkan mereka berkahwin dengan penganut ugama lain tanpa berpindah agama. Pihak kristian dibolehkan untuk menyebarkan ugama kristian di kalangan melayu dan justeru itu membenarkan secara meluas dan umum penggunaan “gereja Allah” dan “Allah anak Yesus”. Perkembangan bahasa di Indonesia dan Malaysia juga tidak sama. Akibat assimilasi semua jenis kaum kepada satu bangsa indonesia, bahasa dan identiti indonesia lebih diutamakan. Di sini, amalan kita jauh berbeza. Kita mempunyai undang-undang yang jelas tidak membenarkan penyebaran ugama lain kepada muslim. Umat Islam di Malaysia rata-ratanya tidak boleh menerima seseorang yang keluar Islam.Orang bukan islam khususnya di semenanjung Malaysia tidak diwajibkan untuk diassimilasi dan secara amnya mengutamakan bahasa ibunda dan inggeris. Norma sosialnya berbeza. Konteks perkembangan Islam berbeza. Penggunaan perkataan Alah pun begitu dan di sini telah digunakan khusus kepada tuhan orang Islam sahaja.
Hujah kedua adalah berdasarkan fakta bahawa pihak kristian di sabah dan sarawak telah menggunakannya selama beberapa ratus tahun. Oleh itu semua urusan agamanya menggunakan Allah dan perkara ini telah sebati dengan mereka. Penukaran kepada Tuhan tidaklah munsabah dan sukar. Perkataan Allah pada mereka juga mempunyai ikatan emosi sebagaimana orang muslim. Tetapi hujah beginilah yang menimbulkan beberapa persoalan. Kenapa fakta penggunaan orang islam yang menggunakan "Allah" sebaliknya tidak boleh diterima? Kenapa fakta penggunaan Allah dalam bahasa malaysia formal selama ini tidak boleh diterima? Kenapa kita pandangan minoriti bukan muslim boleh diterima dan pandanagan majoriti muslim tidak boleh. Inilah ketidaksamarataan hujah yang tidak boleh meyakinkan umat Islam kenapa perkataan "Allah" perlu diubah maksudnya.
Penyelesaiaan isu kalimah Allah ini, kami akui amatlah rumit dan sebenarnya memerlukan penyelesaian luar mahkamah melalui perbincangan dan semangat tolak ansur dan muhibah. Tetapi untuk mencapai kesepakatan, rakyat harus memahami mengapa umat islam merasa cemas dan marah. Suatu perkataan yang mempunyai maksud keagamaan dan ikatan emosi akan diubah tanpa, pada pandangan umat Islam, alasan yang substantif dan boleh diterima. Sekiranya pandangan umat islam ini dinafi atau diketepikan oleh masyarakat dan tidak dipimpin , maka sepertimana yang kita lihat, ianya akan mempunyai nyawa sendiri dan sukar dikawal. Kami pemuda bukit bintang menginsafi keperluan kepimpinan ini dan menyeru untuk kali ini semua golongan umat islam bersatu tanpa mengira haluan politik memimpin keresahan umat islam ini dan menyelesaikan perkara ini secara aman dan kolektif. Jangan menidakkan pandanagna umat islam. Masa untuk berpolitik sudah capai batasannya. Masa sekarang adalah untuk mencari jalan penyelesaian bersama.
Sumber : Tengku Azman Facebook
No comments:
Post a Comment